PART 8 | TIP : NG
FARISH, Luqman, Anisya dan Danisha memandang ke arah Aaron dan Alice berselang-seli.
Satu gembira sampai senyuman tak hilang. Satu lagi dalam mood suram sampai semua orang dia marah.
"Baby!" Jerit Natasha kuat. Dia berlari ke arah Aaron. "Apa kau nak lagi?" Soal Aaron dingin.
"Ala, you ni kan... I cuma nak ajak you pergi satu tempat lepas sekolah." Kata Natasha sambil tersenyum.
"Pergi tempat kau semula, perempuan." Kata Alice dingin. Dia tidak ingin mendengar suara manusia bercakap.
Aaron tersenyum kepada Alice. Senyuman yang mampu mencairkan hati ramai pelajar perempuan.
"Sayang, jangan lupa tau esok." Kenyitan mata diberi kepada Alice. Alice menggulingkan biji matanya.
Natasha yang melihat terus menjadi panas. "Aaron, you boleh berbaik dengan dia tapi kenapa tidak I?!" Soal Natasha kuat.
"Jangan masuk campur." Kata Aaron dingin. Natasha menghentak kasut tumitnya yang dibawa secara diam-diam.
"Pergi tempat kau!" Tengking Alice kuat. Seisi kelas mulai senyap. Beberapa pelajar mula mengeluarkan telefon bimbit mereka.
Natasha terus menendang kerusi Anisya. "Woi sial! Kau angkat balik bodoh!" Marah Anisya geram.
"Qistina, Ellysa." Arah Natasha. Terus mereka berdua mengangguk lalu mengepung Anisya dan Danisha.
Alice memandang ke arah Natasha. "Kau nak apa lagi?" Soal Alice. Dia mencuba kawal kemarahannya.
"Jauhkan diri daripada Aaron. Dia aku punya!!!" Jerit Natasha kuat. Tercengang Aaron apabila mendengar jeritan Natasha.
"Hahaha, kau buat lawak ke? Kau tu cuma ex aku. Kau ingat selamanya aku cintakan kau?" Sindir Aaron.
Alice bangun lalu mengambil kayu besbolnya. Kayu besbol itu diacukan tepat me arah kepala Natasha.
Natasha terus mengeluarkan pisau lipat. "Ja-jangan dekat!!!" Kata Natasha sebagai amaran.
Alice terus berjalan mendekati Natasha. Matanya bertukar menjadi biru laut.
Ace tersenyum sinis memandang pisau lipat itu. "Cuba kau datang dekat aku dan kita tengok kalau kau boleh cederakan aku." Cabar Ace.
Natasha terus berlari ke arah Ace dengan pisau lipat di dalam genggaman.
"Satu." Kata Ace lalu dia menyepak pisau lipat itu ke atas dan menyambutnya.
"Dua." Tangan Natasha ditahan agar dia tidak berbuat apa-apa yang membahayakan diri.
"Woi." Panggil Ace kepada Aaron. Aaron memandang ke arah Ace bengong.
Ace menunjuk ke pelajar-pelajar yang sedang mengambil video. Aaron mengangguk lalu dia terus berjalan ke arah pelajar perempuan.
"Gadis cantik, serahkan telefon itu." Arah Aaron lembut lalu tersenyum seorang kasanova. "Kyaaa!" Terus pelajar perempuan berebut ke arah Aaron.
"Kau lemah." Pisau lipat dibuang lalu tangan Natasha dilepaskan. "Kalau kau tak bodoh, fikirlah keluarga kau..." Nasihat Alice lalu dia duduk di tempatnya.
Natasha terus jatuh ke atas lantai. Memang betul, dia tidak habis fikir tentang keselamatannya membawa pisau lipat itu.
Tiba-tiba dia tersenyum lebar. Senyuman apa? Seorang psychopath.
YOU ARE READING
[C] THE ICE PRINCESS : NEXT GENERATION ✔
RandomStart : 20 Dec 2019 End : 7 Jun 2020 Status : Completed PUTERI ALICE ERYNN DANIELLE, Seorang Yang Tegas, Pendiam Dan Tidak Suka Berkawan. Memang Daripada Dulu, Dia Dididik Dengan Pelbagai Jenis Pertahanan Diri. Kesemua Senjata Telah Mahir Di Guna. T...