Aku tahu.
Saat ini. Ketika ini. Waktu ini.
Inilah pilihan aku. Walau ada pilihan lain untuk aku, tetap aku memilih keputusan yang ini. Kerana, perkataan bahagia tidak layak lagi untuk insan seperti aku.
Jadi, biar aku memilih ini.
Dengan rela, aku lafazkan kata pisah yang akhirnya menggoreskan hati perempuan yang tulus menyayangi aku.
"Yura Imani binti Wahid, saya ceraikan awak dengan talak satu."
Bersama tangisan pilu, dia pergi.
Dia mengerti perasaan aku, luka aku, duka aku, tapi...
Dia juga tahu hati aku sudah pun tidak seperti dulu. Kerana itu, dia terpaksa akur jua dengan perpisahan ini.
Saat dia melangkah keluar dari rumah ini, aku di dalam bilik... terbaring lemah di atas katil bersama air mata penyesalan kerana khilaf-khilaf yang semalam.
Aku... terlalu kejam terhadap orang-orang aku sayang.
Terhadap dia... satu-satunya lelaki yang paling aku sayang di dunia ini.
Terhadap dia... perempuan tua yang paling aku sayang di dunia ini.
Dan terhadap Yura, bekas isteri yang pernah aku sayang separuh mati.
Semua yang berlaku... salah aku.
Kisah lalu menjadikan aku tidak mampu lagi lihat dan hargai apa yang ada di depan mata.
Kerana sebuah rasa penyesalan.
Suatu masa dulu, aku mempunyai seorang sahabat. Dialah segalanya untuk aku. Aku rasakan hidup aku sangat bahagia dengan adanya dia yang selalu mendampingi aku. Aku dan dia jarang berenggang, selalu bersama ke sana ke sini. Macam belangkas.
Nama dia Nedim. Sebaya dengan aku.
Aku dan dia sama-sama membesar di rumah anak yatim. Ya, kami sudah tidak punya mak dan ayah lagi. Jujurnya, aku sendiri tidak tahu tentang asal usul aku. Apa benar mak dan ayah aku sudah mati atau aku anak terbuang?
Begitu juga Nedim, dia tidak tahu siapa ibu bapa kandungnya. Hatta sekeping gambar pun tidak dimiliki.
Membesar bersama-sama menjadikan kami rapat bagaikan adik-beradik. Sepertinya aku abang, dan dia adik aku. Jujurnya aku gembira dengan rasa itu.
"Kenapa mesti kau abang, dan aku adik?"
"Aku jadi abang sebab aku nak lindungi kau. Aku tak nak ada sesiapa pun sakitkan kau. Tak ada."
"Jadi kau nak jaga aku?"
"Ya."
"Sampai bila?"
"Sampai bila-bila."
Waktu terus berlalu. Kami sama-sama memperoleh kejayaan yang telah kami idamkan sejak kecil.
Aku dan dia mendapat tawaran sambung belajar selepas tamat sekolah. Bertuahnya kami kerana kami akan belajar di universiti yang sama, dalam bidang yang sama, kelas yang sama...
Dan kami menjadi rakan sebilik.
Satu bilik untuk tiga orang. Aku, dia dan seorang lagi, Rezqi.
Kami bertiga berkawan baik. Seperti aku dan Nedim, Rezqi juga satu bidang dan satu kelas dengan kami. Jadinya, kami bertiga seolah-olah tidak pernah berenggang. Selalu rapat, selalu bersama.
Selalu saling menemani.
Hinggalah...
Suatu hari aku berkenalan dengan seorang perempuan bernama Yura. Aku jatuh cinta pandang pertama padanya. Semenjak itu, tingkah aku mula berubah. Aku sudah jarang berjalan seiring dengan Nedim. Aku selalu menghilang untuk bertemu dengan Yura, kekasih pertama aku. Dan Nedim... aku abaikan dia.
YOU ARE READING
PEDIH & LUKA
Short StoryKompilasi cerpen berkisarkan kelukaan hati watak lelaki mahupun perempuan. Di dalam dunia ini, tidak kira jantina apa sekali pun, kita semua mampu merasakan pedihnya sebuah luka. Tiada yang kecuali, melainkan kita adalah seorang psikopat. Dan, pasti...