Cerpen 6 : LANGIT LIMPAH HUJAN (part 3)

64 2 0
                                    

"Ya Tuhan... Zita! Kau fikir apa sebenarnya?!"

Sepasang tangan yang menggoncang kuat kedua-dua belah bahu aku akhirnya menyentakkan aku. Terus aku terkebil-kebil melihat Seri yang entah sejak bila sudah pun berdiri rapat di depan aku. Wajahnya teramat cemas. Kedua-dua tangannya jatuh ke sisi.

Aku terdiam. Tiada sesiapa lagi bersuara. Pandangan hiba aku hanya setentang dengan pandangan Seri.

Saat demi saat yang berlalu, lama-lama air jernih itu mula bergenang pada kolam mata aku. Dan kedua-dua tangan yang berada di sisi tubuh aku kepal erat di luar sedar. Tembok kekuatan yang aku bina di dalam diri aku sedikit demi sedikit mulai retak dan hanya menunggu detik seterusnya saja untuk runtuh dan musnah di depan Jes dan Seri.

"Aku tak boleh terima yang... apa yang doktor itu cakapkan dulu." Suara aku bergetar. Muka aku berkerut-kerut menahan tangis.

"Doktor itu cakap... Fira mati sebab bunuh diri. Bukannya sebab fizikalnya sakit, tapi... dia sendiri yang..."

Lutut aku jatuh. Muka aku tekup dengan kedua-dua belah tangan. Tangisan aku pecah, membingit seluruh ruang bilik itu.

"Dia buat aku rasa... yang semua ini kerana silap aku. Aku ke yang kurang baik sebagai kawan dia? Aku ke yang kurang beri perhatian pada dia? Kalau aku ada untuk dia, jadi kenapa mesti dia nak mati? Sedangkan aku kat sini... tak pernah pun lupa dia..."

Aku meraung, tanpa pedulikan pada Seri yang memeluk aku, dan Jes yang memujuk aku.

"Hanya Tuhan tahu apa yang aku rasa. Aku rasa menyesal sangat-sangat sebab tinggalkan dia pada hari itu. Aku tak patut balik. Aku tak patut keluar pun dari bilik dia hari itu. Kalaulah aku terus teman dia, dia tak... dia takkan... bunuh diri."

Fira...

Mungkin bagi kau, meninggalkan semua orang adalah jalan terbaik untuk hentikan penderitaan jiwa kau.

Sakit kau... dah tiada kini.

Namun, satu yang kau lupa.

Tanpa kau tahu, kau dah pindahkan rasa sakit itu pada seluruh diri aku.

Aku...

Yang ditinggalkan lebih sakit daripada kau yang meninggalkan.

[325 words]

- T A M A T -

4.55AM/Sun, 30082020

P/S : seram ke? Hehe. Kalau aku rajin akn dtg, aku sambung lagi kisah ni. Sebab apa yg dialami Zita tu masih misteri, kan?

PEDIH & LUKAWhere stories live. Discover now