Cerpen 5 : TAKDIR YANG KUNANTI (part 2)

68 3 0
                                    

"Dian? Apa you ca-"

"Shhh... dengar I cakap sampai habis."

Terus dia membisu.

"I... bukan Siti Sarah. I cuma perempuan biasa. I takkan sanggup melihat suami sendiri menduakan I atas alasan apa sekali pun. Dan walau I ditakdirkan mandul sekali pun, I takkan izinkan you kahwin lain. Tapi, seperti yang you cakap, takdir meletakkan kita dalam situasi yang I tahu, sikit pun I tak mampu untuk halang hasrat you itu. Kerana you bukan saja ada dia, tapi you ada Raykal. Dan mungkin tanpa pengetahuan I selama ini, sebenarnya you pun masih lagi simpan perasaan sayang pada bekas you itu. Mungkin sebab itu, sedikit pun you tak teragak untuk ambil keputusan untuk menikahi dia. Kan?" Sedikit sinis bunyinya di hujung bicara aku. Dan mengungkapkan itu semua bersama perasaan sebak yang tertahan. Mungkin aku tak luahkan secara terangan, tapi aku tahu, Khai faham apa yang aku mahu sebagai balasan jika dia mahukan Farhana sebagai isterinya.

"Kan I dah cakap, I buat demi Raykal..."

"I tahu. Dan I juga akan setuju demi Raykal, dan pastinya... apa yang berlaku antara kita selepas itu, kerana demi menjaga hati I sendiri yang you dah tak mampu jaga..."

"Sayang..."

"Enough, Khai. Bila-bila masa you bersedia, kita boleh ke mahkamah. Jangan risau, I bukan seperti perempuan lain, yang akan meroyan menjerit marah. Tak. You tahu I bukan jenis macam tu. Kalau I nak marah, nak meroyan, dari hari pertama you minta izin nak jumpa dengan dia dan anak you itu lagi akan naik gila. Tapi tak, I tak buat macam tu kat orang I sayang. I takkan sanggup tinggikan suara atau mencaci maki orang yang I sangat sayang. Tapi... I sanggup korbankan apa saja demi kebahagiaan orang yang I sayang..."

Dan akhirnya, esakan aku terlepas jua. Atas segala luahan aku, takkan mungkin aku mampu berlagak bagai seorang isteri yang tabah menerima semua itu. Aku mungkin kelihatan tenang, tapi Khai tak nampak betapa parahnya luka di hati aku untuk menyatakan semua itu. Dan walau seerat mana pun Khai memeluk aku, memujuk aku, dan membelai aku saat ini, takkan mungkin lagi semua itu mampu jadi penawar untuk luka aku. Luka aku... tak tersembuh lagi oleh perlakuan Khai.

Biarpun aku sedar yang Khai turut menangis...

Namun tangis itu tiada maknanya lagi.

Biarpun aku tahu yang Khai benar-benar sayangkan aku...

Namun bagi aku, sayang saja tidak cukup dalam perhubungan dan perkahwinan.

Mungkin memang benar. Takdir dan jodoh aku bersama Khai, setakat ini saja.

Khai cuma persinggahan dalam hidup aku. Membahagiakan aku sebagai isterinya buat beberapa tahun ini. Menjadikan aku seorang perempuan yang sangat bahagia memiliki seorang suami yang penyayang sepertinya.

Dan ternyata, semua itu akan jadi milik Farhana dan Raykal suatu masa nanti.

🍁🍁🍁

Segalanya-galanya telah terlerai. Selesai sudah semua urusan. Lafaz talak telah terucap. Terputus sudah ikatan dan jodoh.

Aku tak mengatakan apa-apa. Bagi aku, cukuplah aku mengerti sendiri. Bahawa Khai pastinya lebih menyayangi anak kandungnya, dan sanggup melepaskan aku demi bersama bekas kekasih yang pernah ditidurinya. Aku nampak letak duduk diri aku di dalam hati Khai, nyatanya bukan nama aku yang sepenuhnya menguasai ruang hatinya. Rupanya dalam diam, Khai membahagikan kasih dan cintanya.

Aku melangkah keluar rumah itu, yang bukan lagi milik aku bersama dengan Khai. Sedikit masa saja lagi, rumah itu akan didiami Khai bersama keluarga barunya pula.

Aku membuat keputusan untuk pulang ke kampung. Tinggal di rumah peninggalan arwah ibu dan ayah aku. Rumah itu kosong memandangkan aku anak tunggal. Jadi, sekarang aku benar-benar sebatang kara. Tanpa ibu bapa, adik-beradik, tanpa suami, apatah lagi anak.

PEDIH & LUKAWhere stories live. Discover now