Cerpen 4 : KAUKAH DI SITU? (part 2)

66 4 0
                                    

"Cynthia... cuba terus-terang. Takpe, saya takkan marah dan hukum awak. Saya cuma mahu awak ceritakan satu per satu apa yang dah terjadi. Jangan sorokkan apa-apa pun daripada saya kalau perkara itu sememangnya saya perlu tahu." Zafran cuba memujuk. Orang seperti Cynthia, tidak boleh berkeras. Harus dipujuk dengan cara yang betul. Kalau tidak, kemungkinan dia akan bertindak di luar kawalan memandangkan emosinya tidak seperti orang normal.

"Doktor kena celik mata. Dengan cara itu, doktor akan faham apa yang sedang terjadi. Doktor akan faham dan tahu siapa diri saya. Kerana kita berdua, tiada beza. Kita tiada beza, Zafran..."

Celik mata? Apa Cynthia fikir selama ini mata dia terpejam?

"Cuba lihat sekeliling doktor. Kita cuma berada di dalam satu ruang yang kita sendiri bina. Ruang ini, orang lain takkan nampak. Yang nampak cuma kita."

Lalu mata Zafran melilau sekeliling, menilik setiap sudut ruang yang kononnya hanya dia dan Cynthia saja boleh nampak.

"Kalau doktor rasa semuanya benar-benar ada. Maka, kisah saya juga adalah benar-benar ada. Saya takkan menipu cermin saya sendiri."

Kenapa Zafran rasa Cynthia sedang permainkan dirinya? Membuatkannya lagi bertambah keliru dan bingung. Yang harus menyoal itu dia, bukannya Cynthia yang kena menyuruhnya itu dan ini. Bukannya dia yang duduk di kerusi pesakit sekarang.

"Saya balik dulu, doktor. Cukuplah sampai sini. Selepas ini, saya datang lagi bertemu dengan doktor."

Zafran termangu-mangu sendiri saat ditinggalkan Cynthia. Sekelilingnya tiba-tiba saja menjadi sepi. Namun dirinya resah memikirkan Cynthia.

Tanpa membuang masa, dia bangkit dan berlari keluar dari situ. Nafasnya mengah dan kepalanya tertoleh-toleh kanan dan kiri cuba mencari kembali kelibat Cynthia. Dia tak tahu Cynthia datang ke kliniknya menaiki apa, namun mustahil secepat itu Cynthia menghilang.

Anehnya di ruangan matanya kini, segalanya-galanya bagaikan mencair. Pokok-pokok itu, bangunan-bangunan itu, runtuh satu per satu. Zafran terpusing-pusing dalam keresahan. Dia tidak mengerti di dalam dunia apa sedang dia berdiri.

Apabila semuanya bertukar menjadi ruangan putih bersih, dan tingkap yang berjerigi besi itu membenarkan silauan cahaya menerombosi masuk ke dalam dan menyilaukan pandangannya, satu suara kedengaran...

"Zafran?"

Kepala Zafran tertoleh ke kanan. Dalam perasaan bingung, matanya disapa dengan senyuman Cynthia yang sedang berdiri merenungnya dari ambang pintu bilik. Perempuan yang beruniform doktor itu berjalan menghampirinya dan duduk di atas kerusi bersebelahan katilnya.

"Awak okey hari ini?"

"Okey," jawab Zafran perlahan sambil menatap tak berkelip pada wajah Cynthia.

"Apa yang awak fikirkan hari ini, Zafran? Ada sesuatu yang mengganggu fikiran awak?"

"Dalam bayangan saya... saya seorang doktor, awak pesakit saya. Saya cuba nak bantu awak, tapi awak hilang..."

Cynthia senyum. Nampaknya Zafran berhalusinasi lagi.

"Dah makan ubat?"

"Belum. Awal lagi."

Cynthia mengangguk sambil tangannya laju mencatat sesuatu di atas kertas berlapikkan fail yang dibawanya bersama.

"Cynthia..."

Tangan Cynthia terus berhenti menulis. Muka diangkat dan dibuang pandang pada Zafran yang tiba-tiba kelihatan sedih.

"Ya?"

"Betul ke saya sendiri yang bunuh mereka?"

Cynthia diam tidak menjawab. Nampaknya hari ini Zafran ingat tentang itu.

"Saya... boneka yang jahat. Yang membunuh tuan sendiri."

"Awak bukan boneka, Zafran. Awak juga sama seperti yang lain. Awak sama seperti saya. Kita sama-sama manusia yang mempunyai kehidupan sendiri. Tiada istilah boneka di sini."

"Betul?"

Sekali lagi Cynthia menghadiahkan senyum sambil mengangguk pada lelaki berwajah monyok itu. Kadang-kadang, ada masanya dia perlu melayan lelaki itu seperti anak kecil biarpun sebenarnya lelaki itu telah berumur 27 tahun.

"Sekarang-kurangnya saya ada awak di sini, Cynthia..."

"Ya... Jarang risau, awak ada saya untuk bantu sembuhkan awak, Zafran. In Shaa Allah."

"Terima kasih."

"Sama-sama."

Sebelum Cynthia berlalu dari situ, sempat dia memerhatikan diri Zafran. Lelaki itu kembali diam dan duduk termenung di birai katilnya. Dan makin lama Zafran kelihatan hanyut semula dalam dunianya sendiri.

Cynthia melangkah pergi.

[610words]

- T A M A T -

[7.14PM/Wed, 24062020]

P/S : genre psychological, entah menjadi ke tidak sebab dah lama tak tulis citer genre camni, hahaha.

PEDIH & LUKAWhere stories live. Discover now