Cerpen 1 : DALAM KAU MENCARI AKU [part 3]

152 6 0
                                    

Kaki aku menekan brek kereta secara tergesa-gesa sebaik saja sampai di depan pagar rumah anak yatim bawah jagaan Ibu, tempat tinggal asal aku dan... Nedim.

Aku keluar dari kereta dan terus menerpa pintu pagar yang nyatanya tak berkunci. Aku masuk ke dalam tanpa teragak-agak.

"Ibu! Ibu!" Aku memanggil Ibu dari luar rumah. Mahu saja aku terus menapak masuk ke dalam dan mencari Ibu di biliknya, tapi...

Aku takut untuk berbuat begitu.

Takut untuk berdepan dengan Ibu yang telah hampir 4 tahun lamanya aku tak bersua muka.

Seorang wanita yang aku anggar seusia dengan Ibu keluar dari rumah itu. Dia memandang aku dengan hairan.

"Anak cari siapa?"

"Puan Fatimah. Saya cari Puan Fatimah." Jelas sekali nada mendesak dalam suara aku. Dua kali aku menekankan nama Ibu, agar wanita di depan aku ini tahu yang aku benar-benar serius mahu berjumpa dengan Ibu. Aku tiada masa untuk main-main apatah lagi berbasa-basi.

"Anak... tak tahu ke?" Tiba-tiba wanita itu bersuara dengan nada yang teragak-agak, riak wajahnya juga berubah. Seakan-akan terkejut.

"Tahu apa..." Begitu perlahan aku membalas pertanyaannya. Entah kenapa, hati aku... terasa bertambah perit. Sepertinya aku akan menerima satu lagi berita terburuk dalam hidup aku.

Tuhan... Tolong jangan uji aku sebegini rupa. Aku tak kuat...

"Puan Fatimah dah meninggal. 2 tahun lepas."

Kosong. Jiwa aku menjadi kosong.

Pandangan mata aku terasa kosong.

Selangkah... Dua langkah...

Kaki aku mengundur.

Dan akhirnya aku jatuh melutut di atas tanah.

Wanita yang kelihatan cemas itu menerkam ke arah aku dan menjerit-jerit memanggil aku, bertanyakan sesuatu yang tak mampu lagi aku faham butir bicaranya.

Kosong. Segalanya kosong.

Setitik air jernih jatuh.

Kemudian menjadi dua, tiga, empat...

Lalu turunnya hujan yang lebat.

Bersama air mata aku yang turut lebat.

Aku bangun dan pergi dari situ, tanpa berpaling lagi pada wanita yang telah mengkhabarkan berita buruk itu.

Dalam hujan yang lebat dan diri aku yang telah kosong, aku memandu tanpa hala tuju. Aku tidak tahu harus ke mana lagi.

Siapa lagi yang tinggal dalam hidup aku selain Yura?

Di mana Nedim adik kesayangan aku?

Di mana Ibu yang menjaga aku sejak kecil?

Di mana semua orang yang aku sayang dalam hidup aku?

Aku berhentikan kereta di bahu jalan.

Dan menangis teresak-esak di dalam ruang yang sempit itu.

"Aku... aku minta maaf, Nedim... Ibu... maafkan Rel..."

Aku merintih semahu-mahunya. Malangnya, siapa yang mampu mendengar rintihan aku selain Tuhan? Hanya Tuhan...

Mendengar aku kini. Melihat aku kini.

Hati aku yang musnah, hancur, jahanam ini...

Hanya Tuhan yang tahu.

"ARGHHHHHH!!!"

PEDIH & LUKAWhere stories live. Discover now