03🍀

3.4K 264 21
                                    

"Wahh, bukan main besar syarikat ni" tergamam gadis tu melihat syarikat ni dari dalam. Anak matanya memerhati gelagat orang di sini dengan penuh elegant.

Sudahlah pekerja lelaki dekat sini banyak kacak tambah pula perempuan sini pun bukan orang bishe-bishe, cantik.

Body goals semua ada, high heels bukan main tinggi dan tak lupa juga cara pemakaian mereka juga kemas.

Anak matanya meliar mencari tempat untuk sesi temu ramah tersebut, manatau dia orang pertama datang sini.

Niatnya ingin menegur gadis untuk memberitahu tempat sesi temu itu, nafas ditariknya dulu sebelum langkah kakinya menuju ke arah gadis tersebut.

"Hai tumpang tanya, mana tempat yang disebut mereka ni?" terus Rachel mengambil kertas itu dari begnya lalu ditunjuknya ke arah gadis itu.

Gadis itu terus menoleh ke arahnya sebelum matanya memandang ke arah kertas diarah kepadanya.

"Maaf, awak siapa?"

"O-oh saya Park Rachel, nak minta kerja dekat sini"

Gadis tu mengangguk paham.

Rachel memerhati nametag tertera pada baju kerjanya. Boleh tahan cantik gadis ni.

Kim Minjung.

"Em awak terus pergi ke depan lepastu awak belok kanan. Kalau awak nampak lelaki yang berbadan tegap dekat situ awak tanyalah dia dimana mereka nak ambil nombor, sebab awak mesti tunggu giliran baru awak boleh masuk"

Rachel mengangguk setelah dengar gadis tu menunjuk arah ke tempat tu.

Rachel memegang lengan gadis itu dan berbisik dengannya sekejap, terkejut gadis tu dibuatnya.

"Nak tanya, siapa punya syarikat ni? yang saya tahu nama syarikat ni Kim's Holdings tapi orang punya nama saya tak tahu juga" kata Rachel berbisik dekat cuping telinga si Minjung ni. Tergelak kecil gadis tu dibuatnya.

Terkerdip-kerdip matanya melihat gadis dihadapannya tergelak kecil. Ketawa pun dah cantik, siapa yang tak cair kan?

"Oh nama boss yang empunya syarikat ni, Kim Taehyung. Kalau awak berjumpa dengan dia awak buat riak biasa saja. Awak ada pengalaman kerja dekat syarikat?"

Rachel mengeleng. Ini kali pertama dia ingin mencuba untuk kerja syarikat besar ini.

"Takpa, awak boleh. Hwaitingg!"

Rachel hanya tergelak suka. Terus dia mulakan langkahnya mencari tempat itu. Hatinya dari tadi berdebar semacam. Tak tahu kenapa, mungkin gementar.

°°°°

"Masih banyak lagi ke, Seohyun?" tanya Taehyung lalu mengurut pelipisnya. Pening sangat cari personal assistant baru. Secretary lama dia sudah letak jawatan sebab ikut suaminya pergi oversea. Macamlah lama sangat.

"Masih banyaklah tuan, boleh dikatakan berbaris menunggu giliran mereka" jawap Seohyun selaku pembantu peribadinya. Rasa putus asa dia nak cari, semua perempuan dekat sini bukan main cara pemakaian mereka tak cukup kain.

Nak tunjuk tubuh seksi mereka depan Taehyung manatau tergoda lalu terus diterima kerja. Bukan tergoda lagi si Taehyung malah dihalaunya terus.

Tch!

Korang ingat dia tergoda? Heh, setakat itu dapat mengoyah perasaan nafsunya memang taklah baginya. Peraturan memang wajib diutamakan. Hal pakaian lantak korang nak pakai tapi dalam syarikatnya memang tak sama sekali. Sekali ingkar boleh blah terus dari syarikat ni.

[𝐂]𝐒𝐮𝐚𝐦𝐢𝐤𝐮 𝐃𝐢𝐧𝐠𝐢𝐧! | 𝑱𝑱𝑲 Where stories live. Discover now