"Tuan nak pergi ke mana lagi ni?" tanya Rachel sambil memeluk tubuh memandang belakang Jungkook yang dari tadi berdiam diri sambil berjalan. Habis satu mall ni dia pusing tapi satu kedai pun tak juga dia nak masuk.
Terus terhenti pergerakan Jungkook. Rachel dibelakangnya pun berhenti mengejut nanti tak pasal-pasal pula terlanggar belakang Jungkook. Jungkook terus memusingkan badannya menghadap Rachel.
"Berapa kali aku dah kata dekat luar kau panggil saja nama aku bukannya Tuan paham!" suaranya tegas itu buatkan Rachel sudah kecut perut. Hanya anggukan saja dia beri. Jungkook terus menjeling gadis itu terus dia meneruskan jalannya.
Rachel di situ hanya mengeluh berat. Lenguh kakinya ikut Jungkook ni kalau tak dah lama dia pecut pulang tapi tak dapat sebab lelaki itu sudah dulu beri amaran.
"Kenapa dah tak ada kaki ke nak jalan?" tanya Jungkook hanya beberapa meter sahaja membuatkan Rachel melihatnya. Jungkook yang berdiri di hujung itu melihatnya dengan dingin. Macam tiada belas kasihannya dengan gadis ni.
"Mianhae" Rachel terus mengikuti Jungkook tapi lelaki itu tidak berganjak dari tempatnya tadi. Hairan gadis itu dibuatnya.
"Wae?"
Wajah dingin lelaki itu merenung Rachel dari tadi. Berkerut dahi Rachel melihat lelaki depannya ni lain semacam.
"Tu-J-jungkook" Rachel cuba untuk membiasakan dirinya memanggil nama lelaki ni.
"Ikut aku" terus pergelangan tangan Rachel dipegang Jungkook lalu dia membawa gadis itu ke suatu tempat. Rachel hanya akur lalu dia melihat tangannya dipegang Jungkook. Terbit senyuman di bibirnya.
Jungkook buat begitu kerana ramai sangat orang dari tadi tak lepas memandang Rachel. Dia tahu mesti gadis itu tidak perasan keadaan sekeliling.
°°°°
"Jungkook, kita buat apa dekat sini?" hairan Rachel melihat Jungkook membawanya ke panggung wayang tiba-tiba. Dahlah ramai orang disini.
"Mandi"
Terus cebik mulut mendengar ayat sinis dari Jungkook. Jungkook tidak menghiraukan gadis itu terus berlalu pergi ke arah kaunter. Rachel hanya melihat Jungkook sudah jauh pergi darinya terus dia membawa diri pergi ke kerusi sementara menunggu Jungkook.
"Nah" kepala Rachel terus mendongak melihat Jungkook lalu matanya jatuh melihat popcorn yang diberinya.
"Untuk saya?"
"Eh taklah, orang sebelah kau" terus dia mencebik dengan sikap Jungkook suka sangat menyakatnya. Jungkook di situ hanya tersengih sinis.
"Untuk kaulah siapa lagi aku nak beri, ambil ni" lalu Rachel mengambil popcorn dibeli Jungkook tadi terus dia tersenyum simpul saja. Terus Jungkook duduk di sebelah Rachel saja.
"Gomayo"
"Em"
"Eh Jungkook, kita lihat cerita apa nanti?" tanya dia dengan teruja. Manatau dia pilih cerita BTS movie boleh gila dia nanti. Dahlah hensem-hensem belaka lelaki dekat situ. Dia mula minat sebab kawannya dulu suka ajak dia lihat mv diorang. Habis satu rumah dengan jeritan mereka tu.
"Boboiboy"
"Hah!?" terbeliak matannya lihat Jungkook. Jungkook hanya menayangkan wajah kereknya. Terus mati niat Rachel nak gembira. Malas dia nak lihat cerita kartun tu bukannya bawa faedah pun.
YOU ARE READING
[𝐂]𝐒𝐮𝐚𝐦𝐢𝐤𝐮 𝐃𝐢𝐧𝐠𝐢𝐧! | 𝑱𝑱𝑲
Fanfiction+𝑆𝑒𝑚𝑒𝑛𝑗𝑎𝑘 𝑖𝑠𝑡𝑒𝑟𝑖𝑛𝑦𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑖𝑛𝑔𝑔𝑎𝑙 𝑑𝑢𝑛𝑖𝑎 𝑘𝑒𝑡𝑖𝑘𝑎 𝑚𝑒𝑙𝑎𝒉𝑖𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑛𝑎𝑘 𝑝𝑒𝑟𝑡𝑎𝑚𝑎 𝑚𝑒𝑟𝑒𝑘𝑎, 𝐽𝑒𝑜𝑛 𝐻𝑎𝑟𝑎. 𝑃𝑒𝑟𝑎𝑛𝑔𝑎𝑖 𝐽𝑢𝑛𝑔𝑘𝑜𝑜𝑘 𝑠𝑒𝑚𝑎𝑘𝑖𝑛 𝑏𝑒𝑟𝑢𝑏𝑎𝒉 𝑚𝑒𝑛𝑗𝑎𝑑𝑖 𝑠𝑒𝑜𝑟𝑎𝑛...