05🍀

3.1K 249 17
                                    

"Halmonie!! Hara dah balik" keluar dari kereta terus dia berlari menuju ke ruang tamu di mana Puan Jeon masih sibuk membaca majalah.

Nasib tidak tercabut jantung Puan Jeon apabila si Hara datang-datang terus duduk sebelah neneknya.

Tersengih dia memandang neneknya. Puan Jeon di situ hanya mengurut dadanya perlahan-lahan.

"Eh mana daddy kamu?"

"Oh daddy masih oncall dengan secretary-nya, entah pasal kerja kot" Puan Jeon hanya mengangguk saja, terus matanya memandang lutut milik Hara ada balutan. Hairan Puan Jeon dibuatnya.

"Kenapa dengan lutut kamu sayang? Kamu jatuh ke tadi? Siapa yang buat macam ni, kesian cucu halmonie ni" kata Puan Jeon seraya itu dia memegang kaki Hara manatau ada luka lagi. Jungkook yang berada di luar itu terus dia masuk lalu melihat raut wajah eomma dia risau dengan keadaan cucu kesayangannya.

Jujur dia kata, waktu dia beli aiskrim petang tadi dia ingat anaknya betul-betul duduk dibangku situ tapi dipandang sekilas terus tak ada lagi. Ayah mana yang tak risau anaknya hilang kan?

Jungkook mundar-mandir mencari anaknya sambil memanggil nama Hara. Apabila dia menatap susuk tubuh gadis yang memakai pakaian kerja yang sedang mengambil tisu dan bersama dengan anaknya. Jungkook terus berlari menuju ke tempat tersebut.

Tangannya terus memegang bahu gadis itu dari menyentuh anaknya. Dia tak suka sebab dia takut puterinya akan cedera. Tanpa melihat wajah gadis itu terus dia menapak ke arah anaknya yang masih terduduk memegang lututnya. Dilihatnya lutut anaknya berdarah terus dia mendengus marah. Baru sahaja dia ingin beri pengajaran dekat gadis itu, namun tangannya ditahan oleh anaknya.

Hara mengeleng kepalanya, takut daddynya akan marah kakak itu. Bukan kakak itu yang salah tapi dia sendiri kerana terlalu gembira sampai tak sedar ada orang didepannya.

Jungkook mendegus kasar lalu memeluk Hara dan dibawanya pergi dari situ, tapi dia sempat memberi amaran dekat gadis itu.

°°°°

"Ma, chel dah balik" katanya sambil membuka high heelnya lalu diletakkan dalam rak kasut. Dengan langkah longlai dia berjalan menuju ke biliknya.

"Eh chel, nanti dah mandi turun bawah kita makan sama-sama" laung mama dari dapur. Jimin yang duduk di sofa masih bermain game PUBG itu dipandang sekilas. Tiada moodnya nak bercakap dengan orang waktu begini.

"Arra"

Kakinya berjalan ke arah biliknya. Sampainya, Rachel terus duduk di birai katil lalu termenung mengingatkan kata-kata namja kepada budak tu tadi yang masih tergiang-giang dalam fikirannya.

Rachel mengusut rambutnya lalu bergerak menuju bilik mandi nak bersihkan dirinya. Sudahlah esok dia sudah start kerja di syarikat Taehyung.

Selesai dia membersihkan diri, Rachel keluar dari bilik dan turun ke bawah melihat mamanya sudah menghidangkan lauk pauk atas meja. Jimin hanya memandang sekilas adiknya duduk di sebelahnya.

"Chel, ceritalah macam mana kamu boleh diterima jadi personal assistant dekat syarikat eh apa nama syarikat tu chim?"

"Kim's Holding"

"Haah tu, lupa mama nak ingatkan syarikat tu"

"Macam tu lah ma" acuh tak acuh dia jawap. Jimin dan Puan Park memandang antara satu sama lain. Macam tak mood je dia ni getus hati Jimin. Rachel dari tadi masukkan makanan dalam mulut. Selesai dia makan terus naik atas.

[𝐂]𝐒𝐮𝐚𝐦𝐢𝐤𝐮 𝐃𝐢𝐧𝐠𝐢𝐧! | 𝑱𝑱𝑲 Where stories live. Discover now