11🍀

2.7K 212 29
                                    

"Tae, sini eomma nak tanya sesuatu dengan kamu" kata Puan Kim memanggil anaknya yang baru keluar dari bilik. Taehyung akur lalu berjalan ke arah Puan Kim sambil memegang briefcase.

"Apa dia?" ujar Taehyung mengemaskan necktie lalu menyarung kotnya. Anak matanya terus fokus ke arah eommanya.

"Sampai bila kamu nak membujang Tae? eomma teringin nak menimang cucu. Kawan-kawan eomma semua ada cucu. Eomma cemburu tau"

Taehyung mengeluh. Ternyata ini yang ingin eomma dia bagitahu.

"Belum ada jodoh, ma" selamba Taehyung membalas lalu jarinya menyeluk kocek seluarnya, mengambil telefonnya.

"Cuba cari Tae, manatau jodoh kamu ada. Umur eomma semakin hari semakin tua dan eomma tak tahu bila eomma akan pergi. Sebelum eomma pergi, eomma nak sangat tengok kamu berkahwin" Taehyung terus memandang eommanya. Puan Kim sengaja berkata sedih kerana dia nak tengok reaksi anaknya.

Taehyung terus duduk di sebelah eommanya, kedua-dua tangan disayangnya tu digengam dengan erat. Puan Kim menayangkan muka sedih depan anaknya.

"Eomma geumanhae, Tae janji akan cari jodoh Tae. Dah-dah jangan cakap benda mengarut lagi. Tae tak suka, tae sayang eomma"

"Kalau tae sayang eomma, cepat-cepat kahwin ye" Taehyung hanya mengangguk saja. Berat sangat nak tepati keputusan eommanya itu. Bukan susah nak cari pasangan, asyik melekat dengan kerja je mana nak luangkan masa nak cari perempuan bagai.

Puan Kim hanya tersenyum manis. Tak sangka dengan ugutan ni Taehyung terima. Memang Puan Kim buat macam tu sebab dia taknak anaknya yang terlajak hensem ni jadi bujang tua.

Walaupun Taehyung kini sudah berumur 32 tahun tapi pandangan perempuan terhadapnya masih muda sebab dari segi raut mukannya tiada menandakan dia tua sangat.

"Tae nak turun kerja dulu, annyeong eomma" terus Tae mencium pipi Puan Kim dan berlalu pergi ke arah keretanya.

Puan Kim hanya melihat kepergian anaknya dengan secalit senyuman yang manis.

"Yuhuuuu pintar juga idea aku~" kata Puan Kim lalu bergoyang dumang di situ. Gembira sangat sampai tak ingat dunia.

°°°°

"Rachel, come into my office now" ujar Taehyung yang baru sahaja sampai lalu mengetuk meja secretary. Rachel hanya akur lalu mengambil buku nota. Terkedek-kedek berjalan mengikut Taehyung dari belakang.

"Close that door"

"Nae" terus Rachel menutup pintu pejabat lelaki tu, lalu berdiri di depan meja Taehyung.

Anak matanya masih mengintai perbuatan Taehyung yang membuka coat di depannya saja. Tak semena pipinya memerah. Sado mak ai.

"Rabu ni kau aku ikut pergi Jepun, sebab nak lihat projek bangunan dekat situ sudah nak siap"

"E-err nae, tuan" Rachel sekadar menulis pesanan Taehyung, takut lupa pula.

Taehyung terus membuka laptopnya.

"Okay itu saja, kau boleh keluar" sejurus itu lalu Rachel membungkukkan badannya. Pintu pejabat Taehyung itu ditariknya lalu keluar dari pejabatnya.

Rachel terus duduk di kerusinya lalu mengeluh kecil saja setelah sampai di tempatnya. Anak matanya mencerlung ke arah kalendar. Hari khamis ni merupakan hari jadinya yang ke-24. Tak sabar dia nak sambut.

[𝐂]𝐒𝐮𝐚𝐦𝐢𝐤𝐮 𝐃𝐢𝐧𝐠𝐢𝐧! | 𝑱𝑱𝑲 Where stories live. Discover now