21🌱

2.7K 222 24
                                    

Jungkook mengatur langkah pergi ke depan pintu rumahnya. Beg bagasi miliknya masih setia dipegangnya. Matanya memandang ke depan dengan senyuman kecil sebelum dia bergerak pergi ke rak kasut. Kedua-dua kasutnya dibuka sambil tangan kanannya dilekap di dinding.

Daun pintu ditolaknya perlahan. Nak buat surprise lah katanya. Matanya tertancap melihat kelibat anaknya sedang menonton kartun Barbie. Mesti anaknya tak perasaan kehadirannya.

Puan Jeon yang baru keluar dari dapur itu terkejut dengan kehadiran anak lelakinya. Jungkook melekap jari telunjuknya di bibir supaya eomma dia tak buat bising. Puan Jeon tergelak suka lalu mengangguk kecil.

Perlahan-lahan dia membuka langkah menuju ke anaknya. Bibirnya mula tersenyum melihat wajah anaknya dari tepi. Terlalu layap sampai nak tembus televisyen itu ditenungnya. Kepalanya digeleng perlahan.

Terus dia labuhkan punggungnya di sebelah anaknya. Matanya menoleh ke arah televisyen sebelum berpaling semula ke arah anaknya.

"Hei, cute juga kuda tu kan?" usik dia. Jungkook cuba menahan ketawanya. Anaknya masih menonton televisyen itu hanya mengangguk pelan. Dia tak sedar suara itu milik daddy dia.

Patung unicorn masih dipeluknya erat. Matanya terkebil-kebil memandang Barbie sedang menunggang kuda bersama putera yang sangat kacak sampai dia teruja menonton kartun itu.

Jungkook cuba ketawa dalam diam melihat gelagat anaknya itu. Sungguh comel. Pipinya tembam itu dikembungnya. Rasa nak cubit saja pipinya itu tapi sabar dulu.

Prank belum jadi lagi. Hehehe!

"Hm rindu daddy kamu tak?" Jungkook cuba untuk bersoal lagi. Hara cuma diam sambil matanya tak lepas memandang kartun itu.

Lalu iklan muncul memberhentikan lamunan anak kecil itu. Terus kepalanya tertoleh sekilas sebelum dia pandang semula ke arah televisyen.

"Rindu.. rindu sangat-sang—" terus ayat anak kecil itu berhenti. Matanya berkalih semula ke arah figura yang duduk di sebelahanya. Jungkook senyum menayangkan gigi bunnynya sambil berpeluk tubuh.

Anaknya berpisat-pisatkan matanya supaya melihat dengan jelas manatau hanya bayang-bayang daddynya saja.

Namun, bayangan daddy dia masih terpacak di depannya. Jungkook lalu mendepakan tangannya menunggu gadis kecil itu memeluknya.

"Daddy?" comel saja anak kecil ni bersuara. Jungkook mengangguk senyum.

"Come close to daddy" Jungkook memanggilnya. Mata kecil Hara tadi itu makin lama makin besar jadinya. Alahai jangan comel sangat.

"DADDY!!" terus terkejut Puan Jeon yang sudah siap membancuh air teh di dapur sambil mengurut dadanya perlahan. Nasib tak sakit jantung. Bukan main lantang suara cucunya kalau menjerit. Sampai jiran di sebelah rumah boleh dengar jeritan anak kecil yang berusia 5 tahun itu.

Terus Hara memeluk daddy dia dengan erat. Tambah Jungkook pula mencium ubun-ubun anaknya. Baru lima hari sahaja dia tinggalkan anaknya sekejap dah terlampau rindu.

"Aigoo kamu ni makin beratlah" Jungkook mengusik lagi. Bibir comel anaknya mula mencebik. Belakang daddy dia dipukul perlahan. Makin galak Jungkook ketawa.

"Hahaha mian.. mian, anak daddy ni makin comel adalah hee" terus dia mencium pipinya anaknya berkali-kali. Geram betul.

"Eee dahlah daddy geli tau" Hara cuba mengelak dari ciuman dari daddy tapi tak dapat kerana Jungkook telah mengetat pelukan anaknya. Dengan rela Hara dicium oleh daddynya.

"Sudahlah tu kook, naik rimas anak kamu tu" Puan Jeon mencelah. Dulang  yang dibawanya letak di atas meja. Jungkook hanya tersengih lalu meleraikan pelukan bersama anaknya.

[𝐂]𝐒𝐮𝐚𝐦𝐢𝐤𝐮 𝐃𝐢𝐧𝐠𝐢𝐧! | 𝑱𝑱𝑲 Where stories live. Discover now