"Kahwin!?" Rachel dan Jungkook lalu berpandang sesama sendiri sebelum beralih memandang semula kedua-dua orang tua mereka.
"Apa ni eomma?" tanya Jungkook membuatkan Rachel dihadapannya terus memandangnya dengan kerutan di dahi.
Puan Jeon tidak menghirau pertanyaan anaknya malah merenung muka gadis itu dengan senyuman manisnya.
Hara disebelah Jungkook pun hanya memerhati keadaan mereka dengan muka tak tahu. Dari tadi anak kecil itu tak henti-henti makan kek sampai dah nak habis dimakannya.
Rachel terus bergerak perlahan ke arah mama dia. Lengan mama dia disenggolnya.
"Mama, kenapa anjumma tu merepek pasal kahwin?" Bisik Rachel kepada Puan Park. Puan Park lalu memusing kepalanya sikit memberi ruang untuk dia balas pertanyaan anaknya tadi.
"Sebab dia suka kamulah"
"Hah?"
"Haish anak ni, dia suka tengok gaya kamu ni jenis orang yang lembut lembut, cantik, apa-apalah dia suka tentang kamu macam itulah" acuh tak acuh saja jawap Puan Park. Terus dia berpaling ke depan semula.
"E-er ok" Rachel terus mengaru kepalanya yang tidak gatal. Apa dikatakan Puan Park tadi membuatkan dia binggung sekarang.
"Jadi kamu setuju tak?" tanya Puan Jeon sekali lagi. Rachel situ sudah buntu dengan keputusan nak kata ya ataupun tidak. Kalau kata 'tak' mesti kecil hati orang tua tu nanti.
Matanya menjeling sikit ke arah Jungkook yang masih menunduk kepalanya ke bawah. Dia perasan lelaki itu mengeluh.
"E-erm cuba anjumma cuba tanya Jungkook tentang hal ini manatau dia tak setuju" cadang Rachel. Ada sebab dia buat begitu kerana perkahwinan ini perlu persetujuan antara kedua-dua pihak.
"Jungkook?"
"..."
"Jung—" terus ayat Puan Jeon dipintas oleh Jungkook.
"Saya setuju"
Dengan itu, mulut Rachel terlopong luas. Dia tak percaya lelaki itu setuju dengan keputusan eomma dia sendiri.
Apa ni? hjsjsjsjsjsjsjs
••••
"Kenapa awak setuju tadi?" Kata Rachel kepada Jungkook. Lelaki itu berdiri sebelahannya saja.
Jungkook berpaling lalu merenung anak mata gadis itu. Senyum halus terpapar di bibir lelaki itu.
"Saja"
Terbulat terus mata gadis itu. Kalau dia ni patung memang dihempuk terus. Geram pula dengan lelaki ni.
"Awak ingat perkahwinan ni main-main ke Jungkook?" terselit kekerasan gadis itu bertutur membuatkan Jungkook terdiam.
"Kalau awak tak nak jangan paksa diri sendiri untuk setuju tadi. Saya tahu terselit dari hati awak masih sayang dengan mendiang isteri awak"
"Kita batal saja perkahwinan ni. Saya tak suka kalau kita kahwin tapi tiada cinta antara kita. Tak ada gunanya Jungkook"
Baru sahaja gadis itu hendak beredar dari situ pantas saja lelaki itu menahan lengannya. Rachel terus berpaling melihat tangannya sebelum dia beralih memandang Jungkook semula.
"Lepas" puas gadis itu meronta untuk minta dilepas tapi Jungkook masih erat memegang tangannya.
"Please, don't waste my time Jungkook. Just talk what do want to say before i go to your mom to cancel this wedding—"
YOU ARE READING
[𝐂]𝐒𝐮𝐚𝐦𝐢𝐤𝐮 𝐃𝐢𝐧𝐠𝐢𝐧! | 𝑱𝑱𝑲
Fanfiction+𝑆𝑒𝑚𝑒𝑛𝑗𝑎𝑘 𝑖𝑠𝑡𝑒𝑟𝑖𝑛𝑦𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑖𝑛𝑔𝑔𝑎𝑙 𝑑𝑢𝑛𝑖𝑎 𝑘𝑒𝑡𝑖𝑘𝑎 𝑚𝑒𝑙𝑎𝒉𝑖𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑛𝑎𝑘 𝑝𝑒𝑟𝑡𝑎𝑚𝑎 𝑚𝑒𝑟𝑒𝑘𝑎, 𝐽𝑒𝑜𝑛 𝐻𝑎𝑟𝑎. 𝑃𝑒𝑟𝑎𝑛𝑔𝑎𝑖 𝐽𝑢𝑛𝑔𝑘𝑜𝑜𝑘 𝑠𝑒𝑚𝑎𝑘𝑖𝑛 𝑏𝑒𝑟𝑢𝑏𝑎𝒉 𝑚𝑒𝑛𝑗𝑎𝑑𝑖 𝑠𝑒𝑜𝑟𝑎𝑛...