23🌱

2.6K 197 29
                                    

Matanya mengerling jam tangannya sudah menunjuk pukul 12:30 p.m. Sekarang waktu rehat, jadi Rachel mengambil keputusan untuk ke pantri saja. Minum air kopi sudah cukup buat dia tambah tenaga.

Dia bangkit perlahan lalu merengang badannya. Rasa kebas pula duduk lama-lama. Kakinya melangkah menuju ke arah pantri.

Sampainya dia di pantri, terlihat susuk tubuh yang dikenali sedang termenung dengan secawan air kopi yang belum diteguknya.

Pelik juga dia dengan sikap gadis ni. Sejak keluar dari pejabat Taehyung mukanya mendung saje dia tengok.

Taehyung marah dengan dia ke?

Ahh mollayo!

Tanpa berfikir panjang terus Rachel menepuk bahu gadis itu pelan sebelum dia melabuhkan punggungnya di sebelah Suzy.

Suzy tersentak kerana terkejut, kepalanya berpaling ke arah Rachel yang sudah ada di tepinya.

Dia menghela nafas kecil. Jauh sangat termenung sampai tak sedar ada orang datang.

"Beb, kau okey ke?" tanya Rachel dengan risau. Siapa tak risau kalau kawan sendiri ada problem.

Suzy mengeleng perlahan. Matanya tunduk ke bawah.

Rachel menghembus nafas pelan sebelum dia capai kedua dua tangan Suzy. Kepala Suzy terdongak melihat kelakuan Rachel.

Hanya secalit senyuman bundar dia tunjuk.

"Hey, janganlah macam ni. Kalau ada apa-apa masalah cuba cerita saja dekat aku manalah tahu aku boleh tolong kan?" ujar Rachel. Risau tengok mimik muka Suzy murung semacam.

Suzy mengeluh seketika. Mata sayunya menoleh ke arah Rachel. Rasa berat dia nak luah. Tapi dia cuba untuk kongsikan ceritanya.

"A-aku ada buat salah tadi" jawabnya. Terkerut juga dahi Rachel mendengar ayatnya. Salah apa dia buat sampai kemurungan macam baru habis putus cinta.

"Salah apa?"

"Salah sebab aku tak ikut peraturan dekat sini dan pakai pakaian macam ni huarghhh!!" meraung dengan penuh kekesalan sebab dia tak ikut peraturan kerja. Nasib tak kuat kalau tak memang kena hempuk dengan Rachel.

Sudahlah dia kena marah Taehyung tapi sempat juga dia mengoda gadis itu. Dasar— nasib hensem.

Rachel hanya menayang pokerface.

Duh, dia ingat apa sampai muka kawan dia itu murung semacam sebab baru kena marah dengan Tuan Taehyung paduhal? Ohh ok baru dia paham.

"Itulah kau suka sangat pakai macam gini ni kan dah kena warning" terus Rachel curi-curi mengambil gelas Suzy yang telah dibuatnya. Mesti kawan dia itu tak perasan. Terus dia sisip air kopi itu perlahan.

Hahaha janji tekak dia tak haus lagi dah!

"Ish kau ni bukannya support member! Aku bukannya sengaja nak pakai benda alah ni kalau si Areum itu tak memaksa" mencebik bibir gadis itu, tangannya disilang di dada.

"Itulah kau suka sangat dengar kata dia kan sendiri kena padah" kata Rachel dengan nada sindir. Dia bukannya tak tahu sikap Areum itu macam mana. Depan baik, belakang bukan main hanat. Kalau boleh dia nak je lempang saja gadis itu.

Suzy terdiam. Terasa mungkin?

"Hmm sikit lagi aku kena pecat dengan Taehyung beb, tapi ada satu syarat dia pinta..." terhenti ayatnya. Matanya terpejam rapat. Masih dia ingat kejadian tadi sampai bergeletar tubuhnya.

"Apa syaratnya?" Rachel situ sudah teruja sakan. Bukan kaleng-kaleng kalau Tuan Taehyung kasi syarat. Manatau syarat itu lain jadinya.

Hehehe.

[𝐂]𝐒𝐮𝐚𝐦𝐢𝐤𝐮 𝐃𝐢𝐧𝐠𝐢𝐧! | 𝑱𝑱𝑲 Where stories live. Discover now