19🍀

2.8K 214 26
                                    

"Hey bro, good morning" sapa Taehyung lalu menepuk bahu si Jungkook. Terus Jungkokk berpaling ke arahnya. Rachel di belakang hanya memerhati saja.

"Em morning" Jungkook menjawap. Matanya sempat menjeling gadis itu namun hampa gadis itu melihat ke tempat lain. Jungkook hanya mengeluh kecil.

"Dah jom kita bergerak" tanpa banyak berkata Jungkook terus pergi ke arah keretanya parking di depan hotel. Taehyung dan Rachel terus berjalan menuju ke kereta Jungkook.

Sesampainya di kereta Jungkook, Taehyung mengarahkan Rachel duduk di depan sementara dia di belakang buat kerja yang tergendala malam tadi akibat mengantuk sangat.

Rachel mengeleng pelan memandang boss dia. Harap boss dia paham bahawa dia tak nak duduk bersebelahan Jungkook.

"Duduk sajalah bukannya Jungkook ada makan orang" habis dia berkata terus dia masuk ke seat belakang. Tinggal Rachel yang jadi tungu situ. Rachel mengemam bibirnya. Nasib dia ni boss kalau tak memang dia bantah sehabis-habisnya.

Rachel lalu perlahan membuka pintu kereta lelaki itu dan masuk tanpa mengeluarkan sebarang suara.

Jungkook situ hanya berdiam diri melihat Rachel sudah duduk di seat sebelahnya. Walaupun dia terkejut namun sempat juga buat-buat riak biasa saja.

Keretanya lalu meluncur pergi ke tapak pembangunan yang mereka atur tempoh hari.

°°°°

"Hara, sini dengan halmonie" laung Puan Jeon memanggil cucunya dari dapur. Hara yang masih menonton kartun Barbie lalu terhenti kerana halmonie memanggilnya. Terus dia turun dari sofa dan menuju ke arah halmonie.

Puan Jeon yang masih membancuh air teh itu memandang cucunya menuju ke arahnya.

"Kenapa halmonie?" kata gadis kecil ini lalu berdiri di sisi halmonie dia. Kepala dia terdongak sambil menunggu halmonie dia habis membuat kerjanya.

"Ni halmonie nak tanya sesuatu dekat kamu boleh?" kata Puan Jeon lalu menunduk sedikit badan dia samakan dengan ketinggian Hara. Mata anak gadis kecil tu terkebil-kebil saja memandang halmonie dia.

"Eung apa dia halmonie?" ujar Hara.

"Kamu suka tak kalau kamu ada mommy baru?" kata Puan Jeon membuatkan Hara terdiam. Dia tak tahu sama ada dia suka tau tak. Dalam masa yang sama dia nakkan daddynya ada mommy baru.

"Hara suka tapi daddy--" tergendala dia berkata. Mesti daddy dia tak suka kalau bahas pasal perempuan. Dia tahu daddy dia masih sayangkan mendiang mummynya.

"Jangan risau daddy kamu pasti suka nanti" Puan Jeon mengenyit matanya ke arah Hara. Hara tergelak suka. Puan Jeon sudah rancang sesuatu dengan Puan Park ingin menjodohkan anaknya itu dengan anak perempuan kawan dia. Terus setuju Puan Park dengan cadangan kawan baik dia.

"Mommy baru Hara cantik ke halmonie?" jawap Hara sambil memegang hujung baju dressnya.

"Cantik sama macam mummy kamu tu" puji Puan Jeon lalu mengelus rambut Hara dengan lembut. Hara mengangguk comel.

"Nanti-nanti kita bawa mommy baru kamu tu jumpa dengan kita" kata Puan Jeon lalu mengangkat Hara lalu diletakkan di bangku. Cupcake dibuatnya telah dihidang di atas meja.

"Yeahh!" dengan riang Hara bersorak gembira. Tak sabar pula nak jumpa mommy baru dia tu. Harap mommy baru dia tu baik, pandai jaga dia dan selalu ada dengannya.

Puan Jeon hanya tersenyum kecil melihat kelakuan Hara yang mencuit hatinya. Harap pilihan menantu dia itu bagus dan sesuai dengan citarasa Jungkook.

°°°°

Rachel hanya melihat sekeliling tapak bangunan itu separuh siap. Matanya meliar melihat kawasan itu tersangat luas. Taehyung dan Jungkook masih berbincang dengan satu klien bersama mereka.

[𝐂]𝐒𝐮𝐚𝐦𝐢𝐤𝐮 𝐃𝐢𝐧𝐠𝐢𝐧! | 𝑱𝑱𝑲 Where stories live. Discover now