20🌱

2.9K 221 28
                                    

Park Rachel keluar dari bilik air sambil menggosok rambutnya dengan tuala. Kakinya dihayun pergi ke arah meja soleknya. Terus dia labuhkan punggungnya di kerusi pendek.

Selepas Jungkook menghantarnya ke hotel semula. Rachel banyak mendiamkan diri saja. Jungkook pun satu juga tak tahu nak cakap apa dengan gadis itu. Mungkin gadis itu masih terkejut dengan luahannya tadi.

Alat pengering rambut disangkut dekat tepi itu dicapainya. Terus suis itu di-on dia. Lalu rambut basahnya itu dikeringnya secara perlahan.

Selesai dia mengeringkan rambutnya, lalu menapak ke arah katilnya. Badannya lalu dihempas di katil empuk itu. Siling atas itu menjadi tatapannya.

Peristiwa tadi masih menghantuinya, selepas lelaki itu meluahkan perasaanya terhadapnya terus suasana sunyi sepi sampai mereka sampai ke tempat yang dituju.

Apabila sampai di restoran mewah terdapat di bandar Tokyo itu menjadi pilihan lelaki itu. Kenapa dia asyik pergi ke mewah saja, haritu hotel mewah ditempah Taehyung lepastu restoran mewah juga dipilih Jungkook.

Dalam hidupnya bukannya pernah pergi restoran semewah ini. Kalau gerai di tepi jalan selalu dia singgah. Sedap juga makanan dekat situ. Kalau dekat restoran mewah dia tak tahulah macam mana jenis makanan mereka hidang.

Terus dia mengimbas kembali dia bersama Jungkook makan sama-sama. Bukan main segan lagi gadis itu berhadapan dengan Jungkook. Dia cuba mengawal perasaan gemuruh dia.

Jungkook pun memesan makanannya serta gadis itu sekali walaupun gadis itu menolaknya. Terpaksa akur saja dipesan lelaki itu. Bukan main mahal makanan dekat situ, kalau roti dibelinya dekat bakeri pun sudah cukup dia beli apatah makanan ni. Membazir saja duit dia kalau tempah makanan dekat sini.

Deringan telefonnya memberhentikan lamunan gadis itu. Lantas dia menoleh lalu diambilnya. Pesanan yang dikirim itu dibacanya.

"Jumpa aku dekat bawah, jigeum!"

Terkerut dahi dia baca setiap ayat itu. Dah kenapa lelaki ini memaksanya turun ke bawah malam-malam macam ni. Argh! ikut sajalah arahan dia ni. Kang merajuk lelaki dingin ni.

Rachel terus turun dari katil. Tali getah di meja soleknya itu dicapainya lalu diikat dengan gaya messy bun. Sweater yang digantung di pintu itu diambil lalu disarungkan ke dalam tubuhnya. Manatau angin luar situ sejuk boleh juga sweater dapat tolong dia dari kesejukkan.

Kedua-dua kakinya mula diorak keluar dari biliknya. Tombol pintu itu dibuka sebelum dia menutup suis api biliknya. Dah terbiasa dia buat macam tu. Membazir nanti walaupun owner hotel ni yang bayar.

°°°°

"Mana pula dia ni tadi bukan main suruh orang cepat tapi dia macam kura-kura datang lambat ish!" bebel Rachel sambil dia berpeluk tubuh. Matanya memandang sekeliling pantai ini. Best juga dapat merasa angin sejuk dekat sini.

Kalau dia tahu belakang sini ada pantai memang tempat ni jadikan tempat dia meluangkan masa dari terperap dalam bilik.

"Puas dah bebel?" suara garau yang dikenali itu menyapa pendengarannya. Lidahnya terus kelu. Alamaknya mesti lelaki itu sudah dengar!

Jungkook tersengih nakal lalu berdiri di sebelah gadis itu. Rachel masih berdiam diri walaupun hatinya sudah berdebar kencang.

Kang kena sound dengan pakcik dingin ni.

"K-kenapa awak panggil saya kesini?" Rachel memulakan bicara, dia jeling saja lelaki dingin itu lalu memandang ke depan semula. Jungkook tersenyum kecil.

[𝐂]𝐒𝐮𝐚𝐦𝐢𝐤𝐮 𝐃𝐢𝐧𝐠𝐢𝐧! | 𝑱𝑱𝑲 Where stories live. Discover now