30☘️ - End

3.5K 200 55
                                    

Pulang saja dari tempat kerja, cepat-cepat Rachel membersihkan dirinya. Usai sahaja dia mandi, terus kakinya melangkah ke arah almari. Pintu almari dibukanya.

Anak matanya meliar mencari baju gaun yang sesuai untuk dipakainya nanti. Terpandang satu gaun yang menarik minatnya, terus dicapainya.

Rachel perlahan menuju ke arah cermin. Ditiliknya gaun itu sebelum diarah ke dirinya.

"Ok perfect" bibirnya mula menguntum senyuman manis apabila melihat dirinya sesuai dengan gaun tersebut. Pasti Jungkook akan suka nanti.

Gaun berwarna putih, berlengan pendek dengan corak ceri kuning idaman gaun dia nak.

Sudah lama gadis itu membeli gaun tersebut tapi belum masa yang sesuai untuk dia memakainya. Dengan peluang yang ada terus dia cuba.

Terus gadis itu masuk ke dalam dan memakai gaun dipilihnya tadi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Terus gadis itu masuk ke dalam dan memakai gaun dipilihnya tadi.

••••

Sampainya kereta Jungkook di perkarangan rumah gadis itu. Enjin keretanya ditutup lalu keluar dari perut kereta. Baju coat ditariknya kemas sebelum berlangkah pergi ke arah pagar rumah gadis itu.

Baru sahaja dia hendak menekan loceng rumah gadis itu, tiba-tiba anak mata Jungkook terus memandang susuk tubuh lelaki yang keluar dari pintu dengan memegang plastik hitam ditangannya.

Matanya terkebil-kebil memperhatikan gera-geri lelaki itu dari tadi sampai dia dekat sini semacam patung cendana.

Jimin yang baru sahaja membuang sampah lalu terkejut melihat seseorang berdiri di hadapan pagar rumahnya. Dipandangnya dari bawah sampai ke atas. Bila masa dia ada dekat sini?

"Buat apa dia dekat sini dengan baju segak semacam ni?" gumam Jimin sendirian apabila mata mereka berdua bertaut. Terkerut dahi lelaki itu.

Jungkook yang masih tercegat dekat situ lalu mahu menegur lelaki itu dengan sopan.

"Em sorry nak tanya, ni rumah kau ke?" tanya Jungkook secara baik. Jimin perlahan menuju ke depan. Tangannya disilang ke dada.

"Aku tuan punya rumah ni, asal?" ujar Jimin dengan riak sombong. Dia belum tahu kalau lelaki berada di hadapannya jauh lebih kaya darinya.

Terus terkerut dahi Jungkook. Takkan dia boleh salah jalan pula maka alamat yang diberi eomma dia tempoh haritu memang alamat ini gps tunjuk.

"Kau kenal Rachel?" tanya Jungkook baru. Jimin lalu menyepi dari menjawab pertanyaan lelaki asing itu. Entah apa dia ni tertiba nak cari adik perempuan dia pula. Pepelik dia tengok perangai lelaki itu.

Baru sahaja Jimin hendak melarikan diri terus Puan Park keluar apabila terdengar Jimin bercakap seorang diri dekat situ, dengan riak terkejut melihat bakal menantunya di depan pagar rumah mereka.

[𝐂]𝐒𝐮𝐚𝐦𝐢𝐤𝐮 𝐃𝐢𝐧𝐠𝐢𝐧! | 𝑱𝑱𝑲 Where stories live. Discover now