HUZAYL RYZARA | 02

6.8K 179 9
                                    

Selepas sarapan Ryzara Nazeqqa termenung di dalam biliknya. Hatinya cukup terluka dengan kata kata lelaki yang didengarinya itu.

"keluar beli sarapan! Huzayl taknak makan makanan yang perempuan tu masak. Mana tahu dia letak racun"

Ayat itu tergiang giang di telinganya. Tidak tahu kenapa dia cukup terasa bila difikirkan banyak kali.

"Mungkin dialah Huzayl yang mama cakap masa sarapan tadi, apa lah nasib aku lepas terserempak dengan dia nanti. Aku kena hina lebih teruk lagi agaknya?" Ryzara Nazeqqa menggeleng kepala perlahan.

Tiba tiba dia teringatkan seseorang yang pernah bertakhta di hatinya pada zaman sekolahnya dahulu.

Seseorang yang amat dia sayangi. Tapi malang lelaki itu sudah membenci dirinya. Sejak itu dia sudah tidak nampak kelibat lelaki itu selepas menerima sepucuk surat daripada seseorang.

Ryzara Nazeqqa berdiri kakinya cepat cepat keluar daripada bilik mewah itu. Dia tidak mahu mengigati lelaki yang pernah bertakhta di hatinya dahulu. Baginya lelaki itu cukup kejam meninggalkan dirinya begitu sahaja.

Sebaik sahaja kakinya jejak lantai tingkat satu terdengar seseorang sedang membuka bekas makanan yang berisi roti canai.

Bunyi itu menarik perhatian Ryzara Nazeqqa untuk memandang ke arah meja makan.

Kelihatan seorang jejaka sedang membelakangi dirinya. Tangannya lincah mengikat plastik kuah roti canai lalu diletakkan plastik itu ditepi pinggannya.

Sedang ralit Ryzara Nazeqqa memerhati setiap tingkah laku jejaka itu. Tiba tiba pintu rumah terbuka.

Bunyi pintu menarik perhatian jejaka itu untuk menoleh. Sebaik sahaja jejaka itu menoleh. Ryzara Nazeqqa terus memalingkan wajahnya lalu dia berlari anak keluar dari rumah.

"Dah kenapa perempuan tu? Kabut je." kata jejaka itu lalu dia melabuhkan punggungnya di kerusi meja makan. Makanan yang terhidang dia menjamu dengan selera.

"Eh Ryzara? Nak lari kemana tu?" tanya Tengku Lena kepada Ryzara Nazeqqa. Pelik kenapa lari seperti nampak hantu pula ni.

"Erm, haa Ryzara saja nak ambik angin. Nak tengok sekeliling rumah. Boleh kan mama?" tanya Ryzara Nazeqqa yang agak tergesa gesa itu.

"Mestilah boleh, belakang tu ada taman mini mama buat. Mama nak minta tolong ni boleh?"

"Apa dia ma? Mestilah Ryzara boleh bantu" jawab Ryzara Nazeqqa dengan sopan dan lembut.

"Tolong siram pokok pokok bunga mama disitu. 4 hari mama tak siram. Hujan pula tak turun. Ryzara tolong ya?" tanya Tengku Lena sekali lagi.

"Baiklah ma, Ryzara pergi ke sana dulu ya?" Ryzara Nazeqqa meminta diri dengan senyuman manis sentiasa di bibirnya.

Tengku Lena hanya mengangguk sambil membalas senyuman Ryzara Nazeqqa.

Kakinya melangkah masuk ke dalam rumah. Lalu dilihat seorang jejaka sedang menikmati makanan dengan sangat berselera. Macam orang tak makan sebulan saja.

"Huzayl, nanti lepas makan. Jumpa mama kat dalam bilik. I have something to tell you about your wedding" arah Tengku Lena dengan nada tegas.

HUZAYL RYZARA Where stories live. Discover now