"So apa rancangan kau pasal suami kau yang kau sanjung tu? Still nak berpura pura?" kata Farafisya sambil memandang Azura Sofea.
Azura Sofea terkedu sebentar sebelum dia memandang Farafisya. Lalu dia mengeluh perlahan.
"Aku tak tahu Fisya.. Aku sayangkan mama aku tapi.. Aku sayangkan Luqman jugak. Aku tak tahu nak pilih mana satu" keluh Azura Sofea.
"Kau.. Dah mula sayangkan Luqman? Bukan kau cakap kau benci Luqman ke sebab dia dah perangkap kau?" balas Farafisya.
"Ya.. Memang aku benci dia sebab kahwin dengan cara menipu macam tu. Dia pun selalu cakap kasar dengan aku sindir aku perli aku. Tapi dari segi dia layan aku. Jaga aku. Buatkan hati aku tertarik dengan dia Fisya.." adu Azura Sofea sambil menunduk.
"Aku tak tahu nak cakap apa, tapi yang pasti Syed Huzayl Qayyed.. Ketua mafia ahli Roses'z! Kau dah nampak kan aura dia haritu masa baru balik Itali? Kalau kau still ikut kata bapak tak guna kau tu. Kau sendiri akan mati Zura." Farafisya cuba memberi nasihat.
"Tapi.. Kalau aku ikut cakap Huzayl.. Mama aku pulak akan mati. Aku tak sanggup mama aku mati dalam keadaan hina macam tu Fisya. Dulu.. Aku hampir kena rogol sebab jantan tak guna tu pergi jual aku. Sekarang dia gunakan aku untuk balas dendam dia. Apa salah aku Fisya. Aku dah tak sanggup hidup macam ni.." luah Azura Sofea lagi.
"Aku tak tahu nak cakap apa lagi Zura. Ni tentang hidup dan mati kau. Kau sendiri kena buat pilihan paling susah seumur hidup ni" kata Farafisya lalu dia berlalu pergi dari situ.
Dia bersyukur Hud Riezmir dengannya langsung tidak mempunyai masalah serius antara satu sama lain. Buat masa ini merrka masih bahagia.
×××
"So new plan nak bunuh Huzayra?" tanya seorang lelaki kepada ketuanya. Dia hanya duduk tenang memandang anak buahnya itu.
"Ni Ungku Qizman, apa yang dia nak dia akan dapat. Plan baru sentiasa ada untuk bunuh perempuan sundal tu!" kata Ungku Qizman sedikit keras.
"So apa plan?" tanya anak buahnya lagi. Dia sudah tidak sabar mendapat duit yang melimpah ruah daripada anak Ungku Rasyid itu.
"Kita tunggu serangan daripada atuk syaitan diorang tu. Lepas orang tua tu dah buat serangan kita akan celah serangan tu. Culik perempuan sundal tu bawak datang sini. Aku nak siksa dia sampai puas!" kata Ungku Qizman sambil ketawa kuat.
Anak buahnya diam sahaja. Risiko amat tinggi jika mahu menganggu ahli keluarga Syed itu. Bila bila sahaja nyawa mereka akan melayang dengan sekelip mata.
"Kau boleh berambus dari sini. Nanti aku bagi tahu kau bila waktunya dah sampai" kata Ungku Qizman. Anak buahnya terus berlalu pergi dari situ.
Ungku Qizman mendail nombor seseorang. Tidak lama kemudian dia tersenyum sumbing. Lalu dia tergelak besar diruangan itu.
"Kau nanti lah siksaan daripada aku Huzayra! Hidup kau akan musnah lepas kau ada depan mata aku!" kata Ungku Qizman lagi.
×××
"Ryzara, kau masuk bilik aku sekarang." suara Huzayl Qayyed kedengaran di interkom yang diletakkan disebelah kiri mejanya.
Ryzara Nazeqqa berjalan menghampiri pintu bilik pengarah Syarikat Roses'z tersebut. Lalu dia mengetuk pintu dua kali sebelum melangkah masul ke dalam bilik beku itu.
"Ya? Ada apa tuan?" tanya Ryzara Nazeqqa dengan nada tenang. Huzayl Qayyed memandang redup sahaja isterinya.
"Jangan formal sangat boleh tak? Tak biasa la aku" kata Huzayl Qayyed sambil menongkat dagu.
YOU ARE READING
HUZAYL RYZARA
ActionSYED HUZAYL QAYYED - Dia seorang anak kacukan Melayu Itali. Sikap beku muncul di dalam dirinya kerana kemalangan. Dia anak kepada pemegang saham terkenal, Syed Ismail. Dia juga mempunyai kerja kedua iaitu seorang mafia kerana datuknya seorang syaita...