OKAY AMBIK PERHATIAN! MACAM YANG KORANG TAHU CERITA INI ADA UNSUR MAFIA. SIKSA DAN MEMBUNUH MESTI ADA SETIAP DALAM STORY BERKAITAN MAFIA. DAN KALI INI ADA UNSUR SIKSAAN DAN MEMBUNUH TERSEBUT.
×××
Khairil Izfar membuka matanya perlahan. Dia memandang sekelilingnya sebelum dia duduk. Rambut diserabaikan. Mata digosok bagi menghilangkan ngantuk.
"Aku kat mana ni" katanya sambil menguap besar di atas katil pesakit itu. Dia memandang sekeliling. Selepas itu dia melihat Azalea Alissa sedang tidur dikerusi sebelah katilnya. Lissa?
Dia mengesat lagi matanya. Lalu dia mengesat matanya. Pahal tetiba ada minah senget ni kat sini?
Dia ingin turun ke katil tetapi rasa sakit di pinggang kembali mencucuk. Dia melihat pinggang lalu menyentuh sedikit lukanya itu.
Seketika baru dia ingat Izraf Haykarl cuba memperkosa kekasih hatinya itu. Dia memandang wajah Azelia Alissa.
Putih, mulus, bersih, lalu dia tersenyum kecil. Sedang syok dia senyum sendiri tanpa sedar perempuan itu sudah bangun.
"Kau sengih sengih cam lembu dah kenapa?" tanya Azalea Alissa sebaik sahaja dia lihat lelaki itu sedang tersenyum macam orang tak betul.
"Eh, mana ada! Dah la kau jom balik!" kata Khairil Izfar. Begnya diambil lalu dipakai. Azalea Alissa menggeleng.
Sampai sahaja dikereta Azalea Alissa terus berjalan ke arah tempat memandu. Bukannya penumpang.
"Bak kunci, aku drive!" kata Azalea Alissa sambil menghulurkan tangan. Khairil Izfar memandang pelik.
"Eh mana boleh, ni kereta aku. Tak macho la siut perempuan drive bawak lelaki kat sebelah!" kata Khairil Izfar enggan mahu memberi kunci kereta.
"Kalau kau nak aku balik ke Roses'z better kau bagi kunci kereta kau." kata Azalea Alissa ringkas. Khairil Izfar terdiam. Beberapa saat dia menghulur kunci keretanya tanda pasrah.
Mereka berdua masuk ke dalam perut kereta. Khairil Izfar memandang Azalea Alissa yang sedang menghidupkan enjin kereta.
"Kau reti ke bawak kereta manual?" tanya Khairil Izfar resah sahaja melihat kelakuan perempuan itu.
"Kau rilek boleh tak? Ni Alissa! Bawak lori pun aku pandai" kata Azalea Alissa tenang. Lelaki itu diam seketika sebelum kembali bercakap.
"Bawak baby aku elok elok! Baby aku ada satu je. Bukan macam Zeyl banyak baby kat mansion dia. Belum termasuk kat banglo dia lagi." kata Khairil Izfar.
"Aku pun baby kau en?" kata Azalea Alissa perlahan serentak dengan enjin kereta hidup. Kereta skyline itu apabila dihidupkan bunyi ekzosnya sangat lah kuat.
"Ha? Kau cakap apa tadi? Tak dengar? Bunyi kereta aku kuat." kata Khairil Izfar lagi.
"Sapa suruh kau pekak. Aku cakap sekali je. Tak ulang ulang macam kau" kata Azalea Alissa terus memandu laju ke mansion.
Dia tahu Izraf Haykarl sedang berada di mansion sekarang. Ya dia ingin membalas kembali apa lelaki itu buat terhadapnya. Kau tunggu la babun!
"Woi slow la minah mereng! Nak mati awal ke?!" kata Khairil Izfar. Azalea Alissa membuat pekak sahaja. Malas mahu bergaduh.
Khairil Izfar menjeling padu perempuan disebelahnya. Sumpah ni pertama kali dan terakhir kali aku bagi dia bawak baby aku! Lepas ni jangan harap!
×××
"Mana si jantan sial tu?!" jerit Azalea Alissa. Khairil Izfar berjalan perlahan lahan ingin memasuki mansion.
Dia menjeling Azalea Alissa lagi. Bukannya nak tolong! Terus terjah masuk rumah macam beruk dapat pisang!
YOU ARE READING
HUZAYL RYZARA
ActionSYED HUZAYL QAYYED - Dia seorang anak kacukan Melayu Itali. Sikap beku muncul di dalam dirinya kerana kemalangan. Dia anak kepada pemegang saham terkenal, Syed Ismail. Dia juga mempunyai kerja kedua iaitu seorang mafia kerana datuknya seorang syaita...