"Ayum! Aku rindu kau!! Lama dah tak jumpa kau!" jerit Huzayl Qayyed lalu dia berlari di airport tersebut. Kembar kesayangannya dipeluk erat seerat eratnya.
"Ayed! Hehe aku rindu kau jugak wahai abangku sayang! Kau apa khabar kat sana? Okay jekan belajar kat sana?" tanya Huzeyn Qayyum lalu dia melepaskan pelukan.
"Nampaknya abang memang lupa Areen yang berdiri macam patung kat sini. Mentang mentang abang dah kurus! Benci la abang macam ni!" kata Huzayra Qayreen pula. Huzayl Qayyed sudah ketawa lalu dia mendekati adik bongsunya itu.
"Alololo Areen, abang minta maaf okay? Nak abang belanja makan tak lepas ni. Areen nak makan apa? Abang belanja." kata Huzayl Qayyed tersenyum sambil mencubit pipi adiknya itu.
"Yeay, abang belanja! Areen nak makan banyak banyak! Tak kira abang kena belanja jugak. Kalau tak Areen taknak kawan abang Ayed!" rengek Huzayra Qayreen.
Huzeyn Qayyum tersenyum sahaja melihat adik beradiknya. Tiba tiba dia teringat sesuatu.
"Yed, nanti balik rumah aku nak cerita kat kau something. Aku ada awek dowh. Lawa bhai. Hehe nanti aku cerita." kata Huzeyn Qayyum gembira.
Huzayl Qayyed hanya mengangguk. Dia mehu juga mendengar kisah cinta adik lelakinya itu. Best sangat ke bercinta?
Sampai sahaja dirumah Huzayl Qayyed menyalam kedua dua tangan ibu bapanya.
"Mama dengan papa okay? Sihat?" tanya Huzayl Qayyed sambil tersenyum gembira.
"Alhamdulillah sihat. Ayed macam mana? Sihat ke kat sana?" tanya Tengku Lena sambil mengusap kepala anak terunanya. Dan 5 tahun tak jumpa anaknya itu kerana belajar diluar negara.
"Sihat ma, okaylah Ayed naik dulu tau. Tu Areen tak masuk masuk sebab tak tahu nak angkat barang macam mana la tu" kata Huzayl Qayyed tersengih.
"Hm?" Tengku Lena pelik dengan kata kata anak sulongnya itu. Lalu dia berjalan ke pintu rumah. Dia melihat tangan anak bongsunya penuh dengan makanan.
"Ya Allah Areen, kenapa banyak sangat makanan ni." kata Tengku Lena sambil menolong anak perempuannya itu.
"Abang tu ha taknak tolong angkat sebab dia jata tadi dia dah belanja! Abang jahat!" Huzeyn Qayyum sudah berlari keatas tidak sabar mahu cerita tentang perempuan yang sudah bertakhta dihatinya.
Sampai sahaja dibilik dia melihat Huzayl Qayyed baru lepas mandi dan sedang memakai tuala. Tuala kecil ditangan untuk mengelap rambut pula.
"Uish cantik badan kau. Dah tak gemuk. Actually aku pun terkejut tadi tengok kau dah kurus. Lepas ni Zareef takda la ejek kau anak gajah dah. Kau pergi gym?" tanya Huzeyn Qayyum. Dia memandang badan tegap milik Huzayl Qayyed.
"Uish kau ni terkejut aku! Ketuk la dulu sebelum masuk. Kau keluar kejap aku nak pakai baju. 2 minit!" kata Huzayl Qayyed lalu dia menolak kembarnya keluar.
Selepas beberapa minit Huzayl Qayyed membuka pintu. Huzeyn Qayyum terus masuk dan melompat diatas katil.
"Ha kau nak cerita apa? Cerita la" kata Huzayl Qayyed pula. Lalu dia baring disebelah adiknya itu.
YOU ARE READING
HUZAYL RYZARA
ActionSYED HUZAYL QAYYED - Dia seorang anak kacukan Melayu Itali. Sikap beku muncul di dalam dirinya kerana kemalangan. Dia anak kepada pemegang saham terkenal, Syed Ismail. Dia juga mempunyai kerja kedua iaitu seorang mafia kerana datuknya seorang syaita...