HUZAYL RYZARA | 72

3.4K 122 16
                                    

Ryzara Nazeqqa memandang telefon pintarnya kerana ada sebuah mesej daripada nombor yang tidak dikenali dihantar kepadanya.

Dia membuka mesej tersebut lalu dia melihat gambar yang dihantar oleh nombor tersebut.

Dia amat terkejut apabila melihat gambar itu. Lalu dia membaca mesej yang baru dihantat beberapa saat tadi.

Unknow Number
-📸 Photo
-Kalau nak tahu lebih detail kau kena turun bawah. Kereta Bugatti warna hitam 50 meter dari mansion kau duduk. Aku bukan orang jahat.

Jam menunjukkan pukul 2.15 pagi. Dia melihat Huzayl Qayyed sedang lena tidur di atas toto tebal di sebelah katilnya.

Dia berjalan perlahan lahan. Dia hanya menyarung jacket tebal lalu dan hanya telefonnya dibawa. Dia takut tapi dia ingin tahu lebih lanjut pasal gambar itu.

Dia berjalan menghampiri ke kereta mewah tersebut. Sebaik sahaja dia masuk. Dia melihat wajah perempuan itu. Cahaya hanya samar samar sahaja daripada bulan. Jadi tidak terlalu jelas.

Perempuan itu membuka lampu di dalam kereta. Rambut yang menutupi separuh muka diselak perlahan ke tepi.

Ryzara Nazeqqa sangat terkejut melihat muka perempuan itu. Mukanya amat sama dengan Ryzara Nazeqqa.

"Nice to meet you. My name Ku Ryzrien Nazeffa Ku Fiz Hairi. Aku kakak kembar kau." kata Ryzrien Nazeffa sambil tersenyum manis. Tangan dihulur untuk bersalam.

"Awak.. Orang yang dalam gambar ni?" tanya Ryzara Nazeqqa takut takut. Ryzrien Nazeffa senyum lagi.

"Ya tu aku. Aku minta maaf sebab baru sekarang baru muncul selepas 23 tahun aku sorok identiti aku." kara Ryzrien Nazeffa lagi. Kereta bergerak menuju ke rumahnya.

"Sebelum tu aku nak telefon kau sekejap." Ryzara Nazeqqa hanya menghulur. Ryzrien Nazeffa melihat wallpaper kembarnya.

Gambar semasa Huzayl Qayyed dan Ryzara Nazeqqa berada di pantai berdua. Mereka terlihat amat bahagia di dalam gambar tersebut.

"Suami kau?" tanya Ryzrien Nazeffa sebaik sahaja melihat wallpaper tersebut.

"Yup, His name Syed Huzayl Qayyed Syed Ismail" kata Ryzara Nazeqqa. Ryzrien hanya memandang adik kembarnya polos. Dengan sekelip mata dia mencampak telefon pintar Ryzara Nazeqqa ke luar tingkap.

Telefon itu tepat masuk ke dalam sungai deras. Ryzara Nazeqqa terkejut dengan tindakan drastik daripada Ryzrien Nazeffa.

"Kenapa awak buang telefon saya?!" marah Ryzara Nazeqqa. Ryzrien Nazeffa hanya tenang.

"Untuk pastikan kau selamat. Banyak kau tak tahu Ryzara. Pasal semua rahsia keluarga Ku. Kau naif. Kau tahu tak mama dengan abah mati sebab keluarga suami kau?" kata Ryzrien Nazeffa. Ryzara Nazeqqa terdiam sejenak. Matanya tepat memandang ke arah mata kakaknya. Mata berwarna Hazel.

"Saya.. Saya tak tahu." jawan Ryzara Nazeqqa perlahan. Betulkah ibu bapanya mati kerana keluarga Huzayl Qayyed?

"Kita dah nak sampai. Aku akan cerita semuanya dekat kau." kata Ryzrien Nazeffa.

Ryzara Nazeqqa melihat dihadapannya ada sebuah taman Villa. Rumah disitu besar besar. Lebih besar daripada rumah banglo Syed Ismail dan Tengku Lena.

Mereka memasuki Villa tersebut. Semasa perjalanan masuk. Dia melihat begitu ramai bodyguard menjaga keselamatan rumah itu.

"Saya nak awak ceritakan semuanya." kata Ryzara Nazeqqa dengan penuh tanda tanya. Ryzrien Nazeffa memandang dengan pandangan redup sahaja.

"Dah pukul 3 ni. Aku nak kau tidur. Esok aku cerita semuanya. Kau pregnant. Kesian anak kau nanti. Bilik kau kat situ. Aku tahu kau susah nak naik tangga kalau perut dah besar macam tu" kata Ryzrien lalu berlalu pergi dari situ.

HUZAYL RYZARA Where stories live. Discover now