"Aku terima nikahnya Nik Azura Sofea binti Nik Rayden Aaileym dengan mas kahwinnya kelengkapan alat solat dan senaskah Alquran," akad nikah disebut oleh Luqman Fizham dengan tenang. Riak bekunya ditayang.
Tapi tidak bagi Azura Sofea. Hatinya seperti dirobek robek dari dalam. Dia tidak rela berkahwin dengan orang yang tidak dikenali dan dicintainya.
Dia memandang Luqman Fizham dengan air mata yang bertakung di tubir mata. Lelaki itu sedikitpun tidak memandangnya. Doa dibaca. Selepas membaca doa mereka menyarungkan cincin antara satu sama lain.
Dengan keadaan terpaksa rela Azura Sofea mengucup tangan suaminya lembut. Dia perlu redha untuk kali ini. Dia kena terima takdir.
Selepas semuanya selesai mereka berdua keluar dari pejabat agama. Luqman Fizham memasuki ke dalam tempat memandu Azura Sofea pula perlahan lahan membuka pintu kereta lalu dia masuk ke dalam perut kereta.
Mereka hanya diam sahaja semasa dalam perjalanan balik ke rumah Luqman Fizham. Lelaki itu juga diam. Radio langsung tidak dipasang.
Sampai sahaja di rumah banglo milik Luqman Fizham. Lelaki itu memegang tangan isterinya. Azura Sofea memandang suaminya. Baru ingin memarahi lelaki itu tiba tiba pasangan orang tua datang menghampiri mereka.
"Luqman, dah balik? Ni ke menantu Umi?" tanya wanita tua itu sambil tersenyum manis.
"Yup, her name Azura Sofea. Umi maafkan Luq sebab kahwin macam ni. Nanti lepas Luq bincang dengan Azura. Luq bagitahu umi" kata Luqman Fizham. Dia memandang lelaki itu.
"Ayah, Luq naik dulu." Luqman Fizham terus berlalu pergi sahaja dari situ sambil menarik tangan Azura Sofea.
Pasangan tua itu hanya memandang anak mereka. Anak mereka jarang sebegitu. Luqman Fizham akan jadi seperti itu kalau masalahnya amat besar. Tapi lelaki itu tidak akan cerita ke ibu bapanya.
Mereka memasuki bilik. Azura Sofea terpegun melihat bilik Luqman Fizham. Kemas dan juga teratur sahaja perabotnya. Luqman Fizham melepaskan tangan Azura Sofea.
"Duduk," kata Luqman Fizham. Azura Sofea duduk di birai katil. Luqman Fizham pula mengambil kerusi lalu diletakkan dihadapan isterinya.
Dia melabuhkan punggung ke kerusi itu. Luqman Fizham memandang Azura Sofea dengan riak bekunya.
"Aku tak rogol kau pun sebenarnya. Aku sengaja cakap macam tu sebab aku taknak kau terlepas" Azura Sofea terus memandang Luqman Fizham dengan riak terkejut.
"Kau buat lawak ke Luqman? Aku rela berkahwin dengan kau sebab takut aku mengandung. Aku takut anak aku membesar takda ayah. Tapi kau!" Azura Sofea mati kata kata.
"Aku minta maaf aku terpaksa buat semua ni. Kalau kau mengandung sekali pun aku akan kesah sebab kau isteri aku yang sah sekarang ni. Aku berhak ke atas kau" kata Luqman Fizham dengan tenang.
"Permintaan maaf kau tu murah! Sangat murah bagi aku. Sorry not sorry aku aku takkan maafkan kau. Sekali pun aku takkan maafkan kau. Kau tak guna. Kau tak guna Luqman kau sanggup buat macam ni kat aku kan?" Azura Sofea masih memarahi suaminya. Air mata mengalir. Dia sudah tidak kuat diperlaku begini.
Luqman Fizham bangun dia memandang isterinya dengan pandangan kosong. Dia menghampiri Azura Sofea lalu dipeluk perempuan itu dengan lemah dan lembut.
"Lepaslah Luqman. Kau lelaki tak guna!" Luqman Fizham hanya mengabaikan sahaja tumbukan yang ditumbuk oleh Azura Sofea. Dia makin kuat memeluk isterinya.
Azura Sofea mengalah dengan lelaki itu. Lawan pun takda guna tenanganya lain lelaki itu pula lain. Lalu dia tersedu sedu nangis semakin lama makin perlahan. Dia penat dan mengantuk.
YOU ARE READING
HUZAYL RYZARA
ActionSYED HUZAYL QAYYED - Dia seorang anak kacukan Melayu Itali. Sikap beku muncul di dalam dirinya kerana kemalangan. Dia anak kepada pemegang saham terkenal, Syed Ismail. Dia juga mempunyai kerja kedua iaitu seorang mafia kerana datuknya seorang syaita...