Kereta yang dipandu oleh Pak Samad memasuki di kediaman rumah banglo 3 tingkat itu.
Syed Ismail dan Tengku Lena memasuki ke dalam rumah banglo itu. Sudah 3 hari tidak menjejakkan kaki di rumah banglo kesayangan mereka itu.
Huzayra Qayreen yang melihat wajah kedua orang tuanya itu tersenyum gembira. Dengan laju dia memeluk mereka berdua.
"Rindu mama dengan papa" katanya lalu dia melepaskan pelukan itu.
"Ryzara dengan Huzayl mana Areen?" Tengku Lena terus tanya tentang anak terunanya dan bakal menantunya itu.
Sebaik sahaja soalan itu keluar dari mulut Tengku Lena. Huzayra Qayreen segera memeluk mamanya itu.
Syed Ismail sudah pelik melihat tingkah laku anaknya itu. Seperti mahu menangis sahaja.
"Kenapa ni, Reen." tanya Tengku Lena dengan lemah lembut. Tiba tiba dia terdengar esakan kecil dari anaknya.
Belakang Huzayra Qayreen ditepuk perlahan bagi menenangkan hati anak daranya itu.
Huzayra Qayreen melepaskan pelukan. Kedua tangan mamanya depegang. Cuba mengambil tenaga.
"Akak Ryzara hilang masa nak beli barang dapur. Abang Huzayl pula Areen tak tahu. Dari semalam tak balik. Abang cakap dia keluar cari dengan abang Idzham," Menitis air matanya apabila cuba menyampaikan berita itu.
Tengku Lena memandang suaminya. Tidak percaya apa yang berlaku pada keluarganya itu.
Syed Ismail terus keluar dari rumah. Telefon dicapai nombor seseorang didail.
"Hello Idz, kamu tahu Huzayl dimana sekarang?" tanya Syed Ismail selepas enjen kerera dihidupkan.
"Huzayl kat hospital Rosez's pakcik," Jawab Idzham Shah ringkas.
"Terima kasih ye Idzham," Syed Ismail segera mematikan talian telefon. Hospital dituju.
×××
Ryzara Nazeqqa cuba membuka matanya. Sedaya upaya dia mencuba. Selepas membuka, cahaya matahari masuk menusuk matanya.
Matanya dikecilkan kerana silau. Tidak lama kemudian dia merasa tangan kirinya berat. Perlahan lahan dia cuba memandang gerangan itu.
Dia melihat rambut hitam tebal sedang berbaring pada tangan kirinya. Tangan milik rambut tebal itu pula memegang erat tangannya.
Selepas lama dia perhati orang itu. Dia perasan orang itu adalah tunangnya. Huzayl Qayyed. Ya, dia yakin itu tunangnya.
Perlahan lahan dia mengusap rambut tebal milik Huzayl Qayyed. Sedang khuyuk dia mengusap rambut lelaki itu tiba tiba pintu wad terbuka.
Pantas Ryzara Nazeqqa menarik tangannya daripada mengusap rambut Huzayl Qayyed.
Tangan yang digenggam oleh Syed Huzayl Qayyed juga ditarik. Gerangan dipintu dipandang. Terkejut Huzayl Qayyed dengan tindakan mengejut itu. Tetapi dirinya masih dikuasai oleh mamai.
"Papa," perkataan papa disebut. Menandakan orang itu adalah Dato' Syed Ismail.
Huzayl Qayyed bangun dengan keadaan mamai. Dia melihat Ryzara Nazeqqa sudah bangun. Tetapi mamainya tidak hilang juga.
Dato' Syed Ismail memandang ke arah Ryzara Nazeqqa lalu kakinya terus melangkah ke arah Huzayl Qayyed. Gerangan yang sedang mamai dipandang tajam.
YOU ARE READING
HUZAYL RYZARA
AcciónSYED HUZAYL QAYYED - Dia seorang anak kacukan Melayu Itali. Sikap beku muncul di dalam dirinya kerana kemalangan. Dia anak kepada pemegang saham terkenal, Syed Ismail. Dia juga mempunyai kerja kedua iaitu seorang mafia kerana datuknya seorang syaita...