Syabil Zafiy melihat dua wanita itu berada di dalam restoran McDonald's. Dia melihat Ryzara Nazeqqa sedang menikmati makanannya manakala Huzayra Qayreen sedang menyisip air sambil bermain phone di tangan kirinya.
Syabil Zafiy menggeleng. Peluh yang mengalir di dahi dilap dengan tenang. Telefon bimbit dicapai dari beg kecil.
"Aku dah jumpa diorang, kat Mcd kau datang sini cepat" katanya lalu menutup panggilan kaki diatur masuk ke dalam restoran itu. Dua dua wanita itu dihampiri.
Syabil Zafiy menarik kerusi disebelah kekasih hatinya dengan kasar membuatkan Ryzara Nazeqqa dan juga Huzayra Qayreen terkejut. Lalu dia duduk disitu.
"Aku dah cakap kan aku malas tengok muka kau. Kau buat apa lagi datang ni." Huzayra Qayreen berkata sambil memandang lelaki disebelahnya tajam.
Ryzara Nazeqqa sudah meneguk air liur. Sisa burger kecil yang berada ditangannya dimakan habis. Air mineral diminum perlahan lahan.
Hud Riezmir datang dengan nafas yang tercungap cungap. Beg beg baju yang dipegang diletakkan kemas di tepi meja.
"Tolong faham tugas aku sekarang Qayreen. Kalau kau buat perangai macam ni. Aku pun malas nak jaga kau. Macam budak budak kau tahu tak? Boleh tak kau matured sikit? Menyusahkan kau tahu?" Syabil menyandarkan badan pada kerusi.
"Aku minta maaf menyusahkan kau. Sekarang aku taknak menyusahkan kau. Kita break Tengku Syabil Zafiy. Kau dengan aku takkan ada apa apa lepasni. Semoga bahagia dengan perempuan lain" Huzayra Qayreen berdiri lalu dia terus keluar dari restoran itu.
Ryzara Nazeqqa dan Hud Riezmir terkejut dengan perkataan berpisah daripada mulut adik Huzayl Qayyed itu. Tak sangka perkara begini terjadi.
Kaki Huzayra Qayreen melangkah laju ingin keluar dari mall tersebut. Hatinya sakit apabila lelaki yang dicintai selama ini mengatakan dirinya menyusahkan. Air mata bertakung ditubir mata.
"Aku pergi kejar dia. Kau jaga Ryzara kat sini" Syabil Zafiy meletakkan plastik telefon pintar milik Ryzara Nazeqqa diatas meja. Dia berlari keluar mengejar Huzayra Qayreen dengan tergesa gesa.
"Eh Hud lepas habis minum kita kejar diorang okay. Takut ada jadi apa apa dah susah nanti." Ryzara Nazeqqa melihat ke dalam plastik telefon itu. Terdapat beberapa barang barang kegunaan lain seperti Casing dan lain lain.
"Orang bercinta memang macam ni ke weh. Adu serabut aku lari lari dari tadi. Boleh cair lemak aku" Hud Riezmir minum air yang baru dipesannya tadi.
"Biasalah tu nanti elok la" Ryzara Nazeqqa menyandarkan badannya pada kerusi. Fikirannya mula menerawang memikirkan Huzayl Qayyed. Dia okay ke kat sana?
Syabil Zafiy melihat kelibat Huzayra Qayreen sedang ingin melintas jalan diluar mall. Kakinya laju mengejar perempuan itu.
"Qayreen!" jerit Syabil Zafiy kuat. Huzayra Qayreen menoleh kebelakang melihat gerangan siapa yamg memanggil dirinya.
Sebaik sahaja nampak Syabil Zafiy sedang mengejar dirinya cepat cepat dia melintas jalan dengan laju. Lampu penjalan kaki kembali merah. Syabil Zafiy belum sempat melintas jalan.
Syabil Zafiy sudah mengeluh geram. Dia tidak mahu kehilangan jejak Huzayra Qayreen. Dengan keputusan tergesa gesa dia melintas jalan itu dengan tidak berhati hati. Targetnya hanya satu mendapatkan Huzayra Qayreen.
Akibat keputusan itu tanpa sedar sudah membahayakan diri sendiri. Sebuah kereta Hilux dengan pecutan laju melanggar Syabil Zafiy.
BAM!
Tercampak tubuh lelaki itu di tengah jalan. Pemandu kereta itu terus melarikan diri daripada situ. Darah pekat sudah mula mengalir perlahan lahan.
Kaki Huzayra Qayreen automatik berhenti sebaik sahaja mendengar bunyi sesuatu dari jalan raya yang baru dilintasinya tadi. Pelahan lahan dia memusingkan badannya. Tolong jangan bagi tahu dia kena... langgar.
Huzayra Qayreen melihat sekujur tubuh yang sedang terbaring di jalan raya. Beberapa kereta berhenti untuk melihat kejadian tersebut.
Huzayra Qayreen mengalirkan air mata sebaik sahaja dia sudah mengecam akan tubuh yang terbaring itu. Dengan laju dia berlari ke arah tubuh situ.
"Sya-Syabil.." Huzayra Qayreen menangis teresak esak melihat darah pekat yang mengalir dari kepala Syabil Zafiy.
"A-ku minta ma-maaf," Syabil Zafiy bercakap tersekat sekat. Seluruh badannya terasa seperti digilis. Kepalanya sudah terasa kebas. Mata dipejam lama sebelum terbuka semula melihat kekasihnya.
"Jangan tinggalkan aku Syabil! Tolong jangan tinggalkan aku Syabil Zafiy! Tolong aku merayu!" Huzayra Qayreen menangis dengan kuat disitu. Tolong, dia tidak mahu melihat seorang lelaki bernama Tengku Syabil Zafiy mati.
"A-ku sayang kau Qay-reen" tangan kanannya naik mengusap pipi milik perempuan itu lalu dia tersenyum manis ke arah Huzayra Qayreen. Batasnya sudah tercapai. Mata tertutup perlahan lahan. Air mata mengalir dari tubir mata lelaki itu. Beberapa saat dia sudah tidak menyedarkan diri.
"Jangan tutup mata kau Syabil! Tolong jangan tutup. Jangan tinggalkan aku Syabil!" Makin teresak esak dia menangis sebaik sahaja mata milik lelaki itu tertutup. Pipi lelaki itu ditampar perlahan beberapa kali.
Seluar jeans hitam miliknya sudah basah dengan darah merah pekat milik Syabil Zafiy. Air mata mengalir dengan laju. Dia tidak bersedia untuk melihat kematian lelaki itu.
"Kat luar ada kemalangan. Nanti lepas beli ni kita pergi tengok" kata salah seorang lelaki yang berada berdekatan dengan Hud Riezmir dan juga Ryzara Nazeqqa yang sedang berjalan mencari Syabil Zafiy dan Huzayra Qayreen.
Mereka memandang sesama sendiri sebelum kedua duanya berlari keluar daripada mall terkenal itu.
Tidak lama kemudian Hud Riezmir dan Ryzara Nazeqqa sampai ditempat kejadian. Mereka melihat Huzayra Qayreen sedang menangis teresak esak seperi orang gila ditengah jalan.
"Ha sudah... " Hud Riezmir melepaskan segala beg baju yang dibawanya. Dengan pantas dia berlari mendekati Huzayra Qayreen.
Ryzara Nazeqqa menekup mulut. Kakinya seperti terpaku apabila melihat darah banyak di atas jalan raya. Wajah Syabil Zafiy dipandang dengan linangan air mata.
"Astaghfirullahalazim," mengucap Hud Riezmir sebaik sahaja dia melihat tubuh Syabil Zafiy kaku di pangkuan Huzayra Qayreen.
Huzayra Qayreen masih menangis. Bajunya basah dipenuhi dengan darah. Dia tidak kesah akan bajunya, lelaki dipangkuannya lagi penting dari baju berjenama miliknya. Dia mendongak memandang orang sekelilingnya.
"Hud, tolong aku Hud! Aku taknak dia mati Hud." Ryzara Nazeqqa masih setia tidak bangun dari situ.
"Kau sabar, aku dah call ambulans kejap lagi diorang sampai sini. Aku nak kau pergi tukar baju kau sekarang!"
"Aku taknak! Aku nak teman Syabil kat sini! Aku taknak tinggalkan dia lagi. Aku sayang dia!" air mata tidak berhenti mengalir. Hud Riezmir sudah mengeluh. Apa aku nak buat ni!
"Orang ramai yang berkumpul sila tinggalkan tempat kejadian sekarang bagi memudahkan kerja kami" kata seorang pegawai polis yang baru sahaja sampai ditempat kejadian. Tidak lama kemudian van ambulans datang.
Ryzara Nazeqqa menarik Huzayra Qayreen bangun bagi memudahkan pihak hospital menguruskan Syabil Zafiy.
Selepas tubuh Syabil Zafiy dimasukkan ke dalam van kecemasan. Huzayra Qayreen juga ingin masuk ke dalam van itu tetapi dihalang oleh staf disitu.
"Awak ada pertalian darah dengan dia?" tanya salah seorang staf bertugas.
"Saya isteri dia. Tolong bagi saya masuk! Pergi ke hospital Rosez's. Hospital tu berdekatan dari sini. Saya adik owner hospital." bohongnya. Huzayra Qayreen dibenarkan masuk ke dalam van. Dengan pantas van bergerak menuju ke hospital.
Ryzara Nazeqqa dan Hud Riezmir berlari ke arah kereta lalu mengejar van tersebut. Kalau Huzayl tahu. Mampus aku kena hukum dengan mamat ais tu!
×××
VOTE AND COMMENT! ALL
VIEW 900 BARU AUTHOR PUBLISH BAB 23 SOOO GO GOO!
YOU ARE READING
HUZAYL RYZARA
ActionSYED HUZAYL QAYYED - Dia seorang anak kacukan Melayu Itali. Sikap beku muncul di dalam dirinya kerana kemalangan. Dia anak kepada pemegang saham terkenal, Syed Ismail. Dia juga mempunyai kerja kedua iaitu seorang mafia kerana datuknya seorang syaita...