"Triplet?!" tanya Huzayl Qayyed terkejut. Dia memandang Irdina Zasqia tidak percaya.
Ryzara Nazeqqa menekup mulut. Patutlah dia rasa badannya macam gemuk semacam.
"Ya Zeyl. Anak kau tiga orang terus. Nak tahu jantina sekali tak?" tanya Irdina Zasqia dengan tenang.
"Nak! Aku harap semua perempuan!"
"Takpa, saya nak jantina tu jadi surprise je nanti. Okaylah Dina, kami balik dulu." kata Ryzara Nazeqqa.
Irdina Zasqia hanya mengangguk. Huzayl Qayyed memandang kecewa ke arah isterinya. Hm aku dah excited astu dia taknak tahu.
Mereka berjalan memasuki ke dalam kereta. Ryzara Nazeqqa hanya diam. Huzayl Qayyed memandang isterinya.
"Kenapa kau macam takda mood je aku tengok? Kau tak happy sebab pregnant triplet?" tanya Huzayl Qayyed.
"Bukan, kalau nak cakap happy tu. Saya lagi happy dari awak. Sebab waktu pertama kali saya pregnant. Saya gagal jaga baby tu dengan baik. Bila dapat tahu saya pregnant kali ke dua.. Saya bahagia sangat sangat" kata Ryzara Nazeqqa.
"So what's wrong with you, sayang?" tanya Huzayl Qayyed lembut. Dia melihat Ryzara Nazeqqa menunduk lalu bermain dengan jari jemarinya.
"Saya takut.."
"Sayang takut apa?" tanya Huzayl Qayyed lagi. Dia perlu tahu apa yang di risaukan isterinya itu.
"Banyak perkara saya takut sekarang.. Saya takut dengan datuk awak yang kejam, takut tak dapat jaga baby ni baik baik. Dan paling saya takut.. Saya.. Saya.. Saya takut saya mati masa lahirkan anak kita" kata Ryzara Nazeqqa sambil memejamkan matanya.
Huzayl Qayyed terdiam. Dalam beberapa saat tangannya naik mengusap kepala isterinya lembut.
"Ryzara, jangan takut dengan perkara remeh macam tu. Pasal datuk aku tu biar aku settlekan. Aku akan jaga kau Ryzara sampai nyawa aku pun aku sanggup korbankan untuk kau. Pasal anak kita ni pulak jangan risau.. Aku tahu kau kuat." tangan dialih ke perut besar isterinya. Terasa gerakan kecil membuatkan dirinya tersenyum.
"Sayang, touch your belly now. Our babies are moving" kata Huzayl Qayyed dengan beria ria.
"Awak tak bagi tahu pun saya tahu baby tu gerak. Perut saya kut. Mesti la saya tahu" balas Ryzara Nazeqqa. Huzayl Qayyed sudah membuat muka merajuk.
"Heleh! Orang excited sebab baby gerak. Dia pulak tak support!" kata Huzayl Qayyed pula. Kereta dipandu menuju ke mansion.
Ryzara Nazeqqa pula hanya diam. Malas mahu melayan rajuk suaminya itu. Lagi dilayan lagi mengada ngada perangainya.
Semasa di mansion. Huzayl Qayyed membawa barang barang isterinya dan barangnya masuk ke dalam mansion.
Dia melihat semua rakannya sudah ada disitu kecuali Hud Riezmir dan Farafisya.
"Hud dengan isteri dia mana?" tanya Huzayl Qayyed tenang. Khairil Izfar menoleh memandang lelaki itu.
"Pergi pickup bini dia dekat Airport." jawab Khairil Izfar ringkas. Matanya fokus ke arah game PS4 tersebut.
"Eh kau dah sampai?" kata Azalea Alissa. Matanya jatuh memandang tepat ke arah perut Ryzara Nazeqqa.
"Waaaaa!! Besarnya. Baby sihat?" tanya Azalea Alissa excited. Huzayl Qayyed memandang Azalea Alissa yang dah macam budak budak terlebih dapat gula gula.
"Sihat je hehe" jawab Ryzara Nazeqqa lalu tersenyum kecil melihat kelakuan Azalia Alissa.
"Nak pegang boleh? Hihi"
Ryzara Nazeqqa mengangguk. Jelas nampak riak gembira pada wajah perempuan itu.
"Kalau nak jugak, kahwin la" kata Huzayl Qayyed sambil melabuhkan punggung pada sofa berdekatan Khairil Izfar.
"Nak tu nak! Tapi takda calon. Takpa takpa aku ambik anak angkat pun okay" balas Azalia Alissa.
"Takda calon apa? Khai tu su-" belum sempat Luqman Fizham menyampuk Khairil Izfar membaling controler PS4 tersebut tepat pada kepala lelaki itu.
"Sakit la babun!" marah Luqman Fizham sambil memegang kepalanya.
Dia memandang Khairil Izfar dengan pandangan ingin membunuh."Controler tu aku beli mahal mahal kau sedap je baling baling kan?" kata Huzayl Qayyed yang sedang berbaring di sofa. Badannya sangatlah lenguh.
"Heh sorry. Nanti aku belilah yang baru" kata Khairil Izfar. Secara senyap senyap dia memandang Azalea Alissa yang sedang mengusap usap perut Ryzara Nazeqqa.
Azalea Alissa yang sedar dirinya seperti sedang diperhati terus dia berlalu dari situ. Tiba tiba terasa tidak selesa pula.
"Bilik kita yang kat bawah tu. Kau dah payah nak naik tangga. So kita tidur bilik bawah tu je" kata Huzayl Qayyed lagi.
Ryzara Nazeqqa hanya menurut kerana ada benarnya kata suaminya. Dia sudah susah untuk menaiki tangga kerana tidak nampak anak tangga.
Dirinya terus berlalu memasuki ke dalam bilik itu. Dia memandang sekeliling. Wah! besar jugak bilik ni.
Dia menghempas badannya di katil empuk tersebut. Mata dipejam rapat. Mulut tersenyum kecil. Indahnya katil! Rasa macam taknak bangun sampai bersalin!
"Amboi, sukanya kau dapat baring katil tu sorang. Maaflah tak besar macam bilik kita kat atas. So katil pun katil biasa" kata Huzayl Qayyed yang baru muncul di pintu.
Dia memandang tubuh badan isterinya. Jelas nampak perut isterinya yang besar itu semasa baring begitu.
"Saya lagi suka katil ni dari katil dekat atas. Katil atas tu keras sikit. Katil ni baring badan terus tenggelam. Nikmatnya!" kata Ryzara Nazeqqa sambil tersenyum gembira.
"Tapi.. Tu katil single. Badan kau pun dah besar macam mak panda. Memang muat untuk kau sorang jela. Aku nak tidur macam mana?" tanya Huzayl Qayyed.
"Lah tadi dia yang suruh kita tidur sini. Astu dia yang tak tahu tidur mana. Stewpid hubby!" kata Ryzara Nazeqqa. Bantal diatas mukanya.
"Nani kore?!" (APA BENDA SIAK)
"Apa benda awak ni? Nani kore? Apa tu?" tanya Ryzara Nazeqqa sambil mengalihkan bantal dari mukanya.
"Nothing," kata Huzayl Qayyed. Sejak berurusan dengan orang Jepun, dia sudah terbiasa sedikit bercakap Jepun.
"Bakayaro wifeu" kata Huzayl Qayyed perlahan. Ryzara Nazeqqa dengar tapi dia buat tidak tahu sahaja kerana tidak faham.
Semasa berjalan menuju ke tandas untuk membersihkan diri lelaki itu tersenyum sinis. Dia panggil aku stupid aku panggil dia baka. Fair bukan? Dua dua vodo githuw.
×××
VOTE AND COMMENT!
HEHE SELITKAN SIKIT BAHASA JEPUN. SIS SELALU TENGOK ANIME SO TERJEBAK SIKIT. JANGAN MARAH SIS. KEEP SUPPORT YA GUYS!
THANKS FOR 83.1K READS AND 3.09K VOTES!! MEE LOOVEEE YOUU ALL!!
YOU ARE READING
HUZAYL RYZARA
ActionSYED HUZAYL QAYYED - Dia seorang anak kacukan Melayu Itali. Sikap beku muncul di dalam dirinya kerana kemalangan. Dia anak kepada pemegang saham terkenal, Syed Ismail. Dia juga mempunyai kerja kedua iaitu seorang mafia kerana datuknya seorang syaita...