HUZAYL RYZARA | 78

2.4K 101 19
                                    

Syabil Zafiy hanya diam sambil memandu. Sesekali dia mengerling ke arah Syed yang juga diam.

Setelah sampai di banglo tiga tingkat yang masih tersegam indah itu, Syed terus memasuki biliknya. Huzayra Qayreen pula hanya memerhati.

Dia amat tahu apabila abangnya berubah menjadi Syed. Abangnya itu bukan seperti biasanya. Syed akan diam dan selalu hilang pergi ke mana tidak diketahui.

"Betul ke.. Tu Syed?" tanya Huzayra Qayreen apabila Syabil Zafiy menghampiri dirinya.

"Yup.. Dia panggil Abil guna perkataan Tengku tadi. Dia tak guna Syabil. Sayang pun tahu kan dulu dia pernah jadi macam ni masa sayang hampir kena rogol dulu? Dia tak panggil nama kita macam biasa dia panggil. Suara yang keluar dari mulut dia pun dingin." kata Syabil Zafiy.

Huzayra Qayreen terdiam. Semua yang Syabil Zafiy cakap itu betul. Dia hampir kena rogol dengan empat ekor jantan bodoh dahulu. Dia dikurung 3 hari tanpa diberi makan.

Masuk hari ke-4 secara tiba tiba pintu rumah sewa yang dia duduki itu ditendang kuat dari luar. Dia hanya melihat Syed yang bermuka dingin.

Perkara paling dia ingat ketika itu warna mata abangnya. Belah kanan berwarna kelabu belah kiri berwarna hijau. Mata yang berwarna kelabu itu kelihatan amat jelas bahagian putih mata berwarna merah.

Dalam beberapa minit sahaja. Empat ekor jantan yang cuba merogol dirinya itu mati dalam keadaan sadis. Mereka mati dihadapan mata Huzayra Qayreen sendiri.

Keadaan Syed ketika itu amat berbeza. Seperti dirasuk sahaja. Memang mengarut. Tetapi itu kenyataannya.

Apa yang dia nampak sebelum dia menutup mata ketika itu. Satu jarum suntik yang ditembak oleh Irdina Zasqia tepat terkena pada leher abangnya.

Syed secara perlahan lahan rebah dihadapannya. Dia juga tidak menyedarkan diri juga selepas itu.

Jujur dia amat risau ketika ini apabila membayangkan abangnya membunuh seseorang sendirian seperti itu.

Malam itu mereka tidur dengan lena. Tiba tiba bunyi deraian kaca pecah dari tingkat daripada bilik Huzayl Qayyed menyedarkan mereka.

Syabil Zafiy segera berlari ke arah bilik bertanda nama 'Huzayl Ryzara' tersebut. Dia cuba menekan daun pintu tersebut malah terkunci dari dalam.

"Zeyl! Bukak pintu!" jerit Syabil Zafiy dari luar. Huzayra Qayreen hanya memerhati. Jantungnya berdegup laju. Hatinya tidak sedap seperti ada sesuatu berlaku.

Apabila tiada apa apa tindak balas yang berlaku. Syabil Zafiy mengambil beberapa langkah kebelakang lalu dia berlari sekuat hati ke arah pintu. Dia menghempas pintu tersebut menggunakan lengannya.

Dalam beberapa hentakan pintu bilik Syed itu terbuka juga. Syabil Zafiy melihat sekelilingnya dengan jantung yang berdegup laju.

Gelap. Kosong.

Peluh didahi mengalir perlahan. Dia ternampak frame gambar diri Huzayl Qayyed bersama Ryzara Nazeqqa di pantai dahulu sudah pecah bersama pasu bunga. Tiba tiba satu tangan menyentuh lembut lengannya.

Dia melihat Huzayra Qayreen yang sudah menggigil ketakutan sambil menunjuk ke arah sudut pintu bilik wardrobe yang terbuka sedikit.

Syabil Zafiy memandang ke arah bilik wardrobe tersebut. Samar samar kelihatan susuk tubuh seseorang yang sedang berdiri tegak di sudut bilik.

"Sayang tunggu sini." Syabil Zafiy perlahan lahan melangkah ke arah bilik wardrobe. Dia membuka pintu bilik itu perlahan lahan.

"Jangan dekat dengan aku Tengku!" kata Syed lantang. Syabil Zafiy tidak mengendahkan kata kata Syed.

HUZAYL RYZARA Where stories live. Discover now