"Kenapa kau datang lagi? Aku dah cakap taknak tengok muka kau. Aku tak suka" kata Syabil Zafiy sambil memandang perempuan yang masuk ke dalam wadnya.
"Just nak bagi tahu awak dah boleh keluar hospital dah. Awak nak balik mansion ke nak balik rumah awak?" tanya Huzayra Qayreen dengan lembut.
"Mansion?" tanya Syabil Zafiy setahunya mereka semua baru 20 tahun kenapa tiba tiba ada mansion?
"Yer, mansion abang Huzayl. Awak tak ingat?" kata Huzayra Qayreen lagi sambil menghampiri lelaki itu.
"Jangan la buat lawak. Kitorang semua baru 19 tahun still belajar. Huzayl ada plan nak buat mansion. Tapi belum start lagi. Mansion benda kau ni" kata Syabil Zafiy sambil ketawa hambar.
Huzayra Qayreen terkaku. Dia memandang lelaki dihadapannya yang sedang ketawa hambar. Dia tak ingat sekarang umur dia berapa?
"Listen here Tengku Syabil Zafiy. Umur awak dah 25 tahun, bukan 19 abang Huzayl dah ada mansion tu 4 tahun lepas. Dah siap lama dah mansion tu. Malam ni apa kata awak balik mansion. Mama papa awak tak kesah kan?" kata Huzayra Qayreen lagi.
Syabil Zafiy tersentak, terus mati ketawanya. Dia amat terkejut. Aku.. 25 tahun?
Syabil Zafiy memandang Huzayra Qayreen tidak percaya. Lalu dia mengangguk. Dia memang tidak percaya langsung. Selama dia sedar dia tidak memegang apa apa gadjet hanya duduk terperap dalam wad.
Idzham Shah dan Azalea Alissa masuk ke dalam wad sambil membawa makanan untuk Syabil Zafiy.
"Bro.. Kau sihat?" tanya Idzham Shah tersenyum manis. Dia menghampiri Syabil Zafiy yang masih terkaku.
"Nah makanan untuk kau. Aku beli ni free untuk kau. Kau kena makan baru cepat sihat. Boleh aku bahan kau dengan kekasih hati kau ni." kata Azalea Alissa sambil memandang Syabil Zafiy dan Huzayra Qayreen silih ganti.
Syabil Zafiy duduk memandang Azalea Alissa pula. Lalu dia memandang Huzayra Qayreen. Kekasih hati? Dia? Minah ni?
"Kau.. Kau keluar sekejap aku nak cakap dengan kawan kawan aku" kata Syabil Zafiy sambil memandang Huzayra Qayreen. Perempuan itu hanya akur sahaja.
"Kekasih hati? Siapa tu? Siapa dia aku tak kenal dia. Lisa explain dekat aku Kita sekarang baru 19 tahun kan? " kata Syabil Zafiy sambil memandang Azalea Alissa dengan penuh berharap.
"Abil.. Aku nak bagi tahu kau. Kau disahkan hilang ingatan. Perempuan yang baru keluar tadi tu adik Ayyed. Huzayra Qayreen nama dia. Dia adik Huzayl Qayyed dengan Huzeyn Qayyum, Syabil. Dan.. Umur kita sekarang dah 25 tahun bukan 19. Kau sekarang dah jadi dokter pakar Abil." kata Azalea Alissa. Syabil Zafiy masih setia memandang perempuan itu.
"Aku tak ingat.. Qayyum mana? Dia tak ada pun datang melawat aku. Qayyed pun sama. Korang berdua pun baru melawat aku harini" kata Syabil Zafiy lagi.
"Kau tak ingat apa jadi dekat Qayyum?" kata Idzham Shah lagi. Tenang sahaja dia berhadapan dengan orang hilang ingatan ini.
"Aku.. Aku tak ingat Idz" Balas Syabil Zafiy sayu. Dia menunduk memandang bawah. Dia kecewa kenapa dia perlu jadi begini.
"Takpa, yang penting sekarang kita balik mansion dulu. Sebelum tu bagi tahu parents kau dulu kau balik mansion. Kang risau pulak diorang tiba tiba anak diorang hilang" kata Idzham Shah. Syabil Zafiy mengangguk tanda faham.
Dia turun daripada katil mengemas barang barangnya. Azalea Alissa dan Idzham Shah keluar daripada wad menunggu Syabil Zafiy bersiap.
Dalam 20 minit kemudian Syabil Zafiy keluar sambil membawa beg sandang miliknya. Dia memandang tiga orang dihadapannya.
YOU ARE READING
HUZAYL RYZARA
ActionSYED HUZAYL QAYYED - Dia seorang anak kacukan Melayu Itali. Sikap beku muncul di dalam dirinya kerana kemalangan. Dia anak kepada pemegang saham terkenal, Syed Ismail. Dia juga mempunyai kerja kedua iaitu seorang mafia kerana datuknya seorang syaita...