HUZAYL RYZARA | 77

2.3K 117 6
                                    

“Kau buat apa tu?” tanya Huzayl Qayyed perlahan sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam bilik.

“Tengah fikir nama baby. Lagi berapa bulan je anak kita dah nak lahir. Meh sini abang.” kata Ryzara Nazeqqa sambil menepuk perlahan kerusi lembut disebelahnya.

Huzayl Qayyed hanya ikut sahaja. Dia melabuhkan punggungnya disitu. Dia memang Ipad yang sedang dipegang oleh isterinya.

“So, kau dah pilih ke?” tanya Huzayl Qayyed. Rambut yang terjuntai di dahi dikuak kebelakang. Dia merapatkan badannya ke Ryzara Nazeqqa.

“Kalau lelaki saya ingat nak buat nama Airiel or Haydar? What do you think?” tanya Ryzara Nazeqqa sambil memandang tepat ke arah anak mata Huzayl Qayyed.

Huzayl Qayyed juga memandang anak mata isterinya lalu dia tersenyum. Dia memandang Ipad itu semula.

“I think.. We should put R or Z in their names.” kata Huzayl Qayyed lagi sebaik sahaja dia mendapat idea.

“Why?” tanya Ryzara Nazeqqa pelik. Huzayl Qayyed menyelak sedikit rambut isterinya.

“R for Ryzara and Z for Zeyl. So.. What do you think about Syed Rizkael or Syed Rizyan?” tanya Huzayl Qayyed lembut.

“Nice name. So kalau perempuan.. Ha! Rizya Rose! Its good right? My little flower Roses!” kata Ryzara Nazeqqa lalu tersenyum teruja.

Huzayl Qayyed ketawa kecil melihat reaksi kebudak budakkan isterinya itu. Terus mati wajah gembira perempuan itu.

“Kenapa abang gelak? Tak sedap eh nama Rizya Rose?” kata Ryzara Nazeqqa sambil mengerutkan muka.

“Bukan la budak gemok! Aku gelak sebab kau comel sangat. Aku rasa nak gomol gomol je kau. Dulu kau kecik je. Sekarang dah kembang macam bunga Ros dah. Kembang tapi tetap cantik.” dia mengelus pipi isterinya perlahan.

“Dasar husband pervert plus sweet talker!” Ryzara Nazeqqa mencubit pinggang suaminya kuat.

“Ouch! Sakitlah gemok! Memang kau ni sebijik macam bunga Ros lah. Kembang cantik tapi berduri! Aku nak merajuk!” kata Huzayl Qayyed lalu dia terus berdiri.

Dia terus baring dikatil lalu menyelimuti dirinya di dalam selimut sehingga paras bahu. Ryzara Nazeqqa membuat muka sahaja. Ish! Dasar kuat merajuk.

Tiba tiba idea nakal muncul di kepalanya dia bangun lalu berpura pura jatuh di sebelah katil.

“Ouch, ah abang...” panggil Ryzara Nazeqqa seakan akan mahu menangis disitu. Huzayl Qayyed masih tidak mengendahkan.

“A-abang, ada da-darah!” kata Ryzara Nazeqqa lagi sambil tergagap gagap. Kita kena lah feel sikit nak berlakon ni.

Huzayl Qayyed terus bangun daripada katil dengan pantas dia melihat Ryzara Nazeqqa yang terduduk di lantai sebelah katil. Ryzara Nazeqqa sudah ketawa jahat di dalam hati.

“AHAHAHAHA" Ketawa Ryzara Nazeqqa apabila melihat muka suaminya memang risau nak mati itu.

Huzayl Qayyed sudah pelik. Tiba tiba dia terus bangun sambil memandang tajam Ryzara Nazeqqa.

HUZAYL RYZARA Where stories live. Discover now