"Eh bukan akak ke yang jemput Areen?" tanya Huzayra Qayreen terus melabuhkan punggung di tempat duduk hadapan.
"Diam jelah kau" Huzayl Qayyed terus memandu laju menuju ke rumah mereka. Radio dipasang dengan kuat.
Huzayra Qayreen terus menjeling abangnya itu. Eiy aku cucuk telinga tu baru tahu!Sampai sahaja di rumah mereka berdua terus masuk ke dalam rumah. Tiba tiba terbau sesuatu yang harum memasuki rongga hidung mereka berdua. Tomyam!
Huzayra Qayreen segera berlari ke arah dapur rumah banglo itu. Dia melihat Ryzara Nazeqqa sedang menbuat air sirap lalu dimasukkan sedikit selisih.
"Wah! Akak masak tomyam! Ni kegemaran abang Qayy-" belum sempat Huzayra menghabiskan ayatnya. Huzayl Qayyed segera memotong.
"Huzayra, duduk!" kata Huzayl Qayyed tegas. Huzayra Qayreen yang teringat akan sesuatu terus melabuhkan punggungnya di kerusi sebelah abangnya itu.
Huzayl Qayyed menjeling adiknya itu. Cukup dia taknak ingat apa apa pasal kenangannya dahulu. Dia ingin melupakan semuanya.
Huzayra Qayreen hanya menundukkan pandangannya. Tahu akan kesalahannya. Sikit lagi hendak tersebut nama itu. Nasi dicedok masuk ke dalam pinggan.
Ryzara Nazeqqa yang melihat sudah memandang pelik dua beradik itu. Dah kenapa dua orang ni. Cam tak kena je?
"Korang makan la, akak panggil mama sekejap." katanya sambil meletakkan gelas dan jag kaca yang berisi air sirap di atas meja. Lalu terus dia melangkah ke luar rumah. Waktu waktu petang begini tahu sangat Datin Tengku Lena sedang berkebun di taman mini.
Dia menyarungkan selipar lalu berjalan ke belakang rumah. Sampai sahaja di taman mini itu. Dia melihat Datin Tengku Lena sedang menyiram pokok pokok bunga di taman. Ryzara Nazeqqa tersenyum kecil.
"Mama! Makan malam dah siap. Mari makan sama sama." panggil Ryzara Nazeqqa yang berada di luar kawasan taman mini itu.
"Ah baiklah. Mama nak mandi dahulu. Berpeluh tanam pokok bunga rose tadi." Datin Tengku Lena meletakkan penyiram itu lalu dia berjalan memasuki rumah bersama sama Ryzara Nazeqqa.
Datin Tengku Lena terus berlalu masuk ke dalam biliknya untuk membersihkan diri manakala Ryzara melangkah ke dapur untuk makan bersama sama.
Ryzara Nazeqqa melabuhkan punggungnya di kerusi bahagian depan Huzayl Qayyed. Pinggan kaca dicapai nasi dicedok lalu dimasukkan ke dalam pinggan. Lalu dia ambil pula tomyam yang dimasaknya.
Suasana di meja makan senyap hanya bunyi sudu yang berlaga dengan pinggan kaca saja. Ryzara Nazeqqa melihat Huzayl Qayyed makan dengan lahap.
Tiba tiba jejaka itu terbatuk kerana tersedak. Cepat cepat Ryzara Nazeqqa mencapai gelas. Dalam masa yang sama satu tangan kekar memegang gelas yang sama. Terus terkaku mereka berdua.
Ryzara Nazeqqa terus menarik tangannya sebaik sahaja sedar. Huzayl Qayyed pula terbatuk batuk untuk menghilangkan rasa janggal, terus tangan menuang air ke dalam gelas lalu diminumnya rakus.
Gelas diletakkan di atas meja. Terus lelaki itu melangkah pergi dari tempat itu. Tangga dinaiki. Bilik dituju. Sebaik sahaja bayang Huzayl Qayyed hilang, Huzayra memandang kakaknya itu.
"Amboi akak, terpegang tangan bakal suami ke tu?" katanya terkekeh ketawa sambil nasi disuapkan ke dalam mulut. Terbatuk batuk Ryzara Nazeqqa apabila diusik begitu.
"Eh mana ada la Areen,tu akak erm ah.." Ryzara Nazeqqa cuba mencari alasan untuk mengubah topik. Semakin kuat ketawa Huzayra Qayreen. Datin Tengku Lena tersenyum manis melihat suasana di meja makan itu.
"Amboi, apa yang seronok sangat ketawa sanpai tak ingat dunia ni?" kata Datin Tengku Lena lalu dia duduk di sebelah Ryzara Nazeqqa.
"Maa ahhah tadi kan maaa ada orang tu terpegang tangan abang sebab abang tersedak. Akak pula nak ambik air abang pun sama ehhh tersentuh pula," semakin menjadi jadi usikan Huzayra Qayreen.
Datin Tengku Lena ketawa kecil melihat anak daranya itu bercerita. Ryzara Nazeqqa sudah bertukar menjadi tomato. Malu la tu! hihi.
"Aaa mama Ryzara dah siap makan. nanti minta Areen kemas tau. Ryzara nak naik mandi. Tadi balik kerja tak mandi lagi terus masak. Bye Areen, mama!" terus wanita itu mencicit lari menaiki tangga. Malu woi kena bahan depan mama!
Bilik Huzayl yang berada di lorong kiri dipandang. Kakinya pula terus berjalan ke arah kanan kerana biliknya berada di lorong sebelah kanan.
Tiba tiba kepalanya terlanggar sesuatu yang agak tinggi dan tegap. Terus dia memalingkan mukanya lalu dogosok sedikit kepalanya itu tanpa memadang apa yang dilanggarnya.
"Menda alah apa pulak tinggi macam anak jerangkung ni!" kata wanita itu sambil memandang ke depan.
Dia melihat sebuah badan yang berbalut baju tshirt putih berada tepat di depan matanya. Hanya tinggal seinci daripada tercium 'benda' itu.
Perlahan lahan dia mendongak untuk memandang tuan 'benda' itu. Dia melihat sepasang mata tajam sedang menatap tepat ke arah anak matanya. Ryzara Nazeqqa menelan air liur.
"Kau panggil aku jerangkung?eh minah ni kang aku cium jap lagi! Jalan tengok depan lain kali." kata Huzayl Qayyed sambil memandang perempuan dihadapannya. Tangan kiri dimasukkan ke dalam poket seluar. Pendeknya tunang aku ni, paras dada aku je. Sekali tolak tumbang dah ni!
"Ah err maaf!" kata Ryzara Nazeqqa terus menunduk sambil menjarakkan sedikit kedudukannya. Kepala ditunduk. Takut hendak memandang lelaki itu. Kang dicium betul betul tak ke naya hidup!
"Kenapa kau tak pakai cincin tunang?" kata Huzayl Qayyed. Tangan kecil milik Ryzara Nazeqqa dipandang.
"Ah errr, tadi kan kerja. Areen cakap awak taknak ada orang tahu kita bertunang. Pastu dia cakap simpan cincin tu. Cincin tu ada dalam beg saya" kata Ryzara Nazeqqa yang masih tunduk. Senyap senyap dia memandang tangan kiri lelaki itu. Aduh! Tangan masuk poket pulak dia ni. Kita baru nak usya!
"Patut la jantan tu usik kau tadi masa kat cafe. Sebab kau tak pakai cincin kau. Lepas ni kat tempat kerja kau takyah pakai cincin. Kau pakai cincin masa keluar jumpa client dengan kat rumah. Kang nanti mama nampak kau tak pakai cincin apa pulak dia cakap" kata lelaki itu terus berlalu pergi meninggalkan Ryzara Nazeqqa yang masih setia berdiri di sebelah tangga.
"Ah err awak!" tiba tiba dia teringatkan sesuatu yang perlu dilakukan pada pagi esok di tempat kerja.
Huzayl Qayyed hanya menoleh. Tangan kanan yang memegang daun pintu biliknya dilepaskan. Dia menjongketkan kening.
"Esok pagi pukul 8.30 awak kena jumpa Encik Hamzah. Tadi syarikat dia call supaya jangan batalkan projek pulau pinang tu." katanya sambil memandang wajah lelaki itu.
"Besok buatkan aku sarapan. Gerak sekali dengan aku. Areen nanti aku suruh naik kereta dia sendiri." balas lelaki itu pintu bilik dibuka kakinya terus melangkah masuk ke dalam bilik.
Ryzara Nazeqqa terus melangkah masuk ke dalam biliknya. Jam swatch ditangan dibuka. Lalu dia mengambil tuala untuk membersihkan dirinya.
Manakala Huzayl Qayyed membaringkan dirinya dikatil empuk itu. Tangan kiri dikeluarkan dari poket seluar. Kelihatan sebuah cahaya kecil berkilat.
Huzayl Qayyed memandang cincin di jadi manisnya. Dia duduk lalu almari laci sebelah katil dibuka. Terlihat sepucuk surat berwarna kuning lembut.
Dia mengambil surat itu lalu dibaca satu persatu isi surat tersebut. Air matanya bertakung. Surat tersebut dimasukkan kembali ke dalam sampul lalu diletakkan di dalam laci semula.
Air matanya mengalir. Sungguh dia tidak kuat apabila perkara itu berlaku dalam sekelip mata. Jujur dia tidak kuat. Air mata yang menitis dilap menggunakan jari.
"Maaf, aku tak jaga dia dengan baik. Aku keliru. Maafkan aku.." rintih Huzayl Qayyed. Semakin teresak esak dia menangis.
×××
VOTE AND COMMENT JANGAN JADI SILENT READERS!!
YOU ARE READING
HUZAYL RYZARA
ActionSYED HUZAYL QAYYED - Dia seorang anak kacukan Melayu Itali. Sikap beku muncul di dalam dirinya kerana kemalangan. Dia anak kepada pemegang saham terkenal, Syed Ismail. Dia juga mempunyai kerja kedua iaitu seorang mafia kerana datuknya seorang syaita...