HUZAYL RYZARA | 63

3K 135 15
                                    

"Woi sakit! Ni aku la bongok!" jerit orang itu. Huzayra Qayreen yang menutup mata terus membuka matanya.

"Hud!" Huzayra Qayreen sudah menangis tanda bersyukur.

"Dah, kita kena pergi mansion sekarang. Tolong aku angkat mamat ni masuk kereta. Pastu angkat dua ekor tu masuk bonet." kata Hud Riezmir sambil memapah Syabil Zafiy.

Di dalam kereta Farafisya hanya memandang Hud Riezmir dan Huzayra Qayreen dari dalam kereta.

Dia penat baru balik kerja. Jadi dia hanya membiarkan sahaja dua orang manusia itu. Lagipun dia dah tahu. Mesti ada apa apa terjadi.

Semasa di dalam kereta Huzayra Qayreen meletakkan kepala Syabil Zafiy pada pehanya. Tidak lama kemudian terasa pehanya basah.

Dia melihat darah banyak sedang mengalir dari belakang kepala Syabil Zafiy.

"Hud! Faster! Syabil kepala dia darah banyak!" kata Huzayra Qayreen. Dia cepat cepat mengambil tisu yang berada di belalang kereta itu. Lalu ditekup pada belakang kepala Syabil Zafiy.

Hud Riezmir terus memecut laju ke mansion mewah milik Huzayl Qayyed.

Sampai sahaja disana. Huzayl Qayyed terus berlari ke arah Huzayra Qayreen yang seluarnya penuh dengan darah.

"Areen okay tak?" tanya Huzayl Qayyed dengan penuh kerisauan. Dia tidak mahu kehilangan adik perempuannya pula kali ini.

"Areen okay. Tapi Syabil.." suara Huzayra Qayreen terus menjadi perlahan. Dari tadi dia menahan sebak.

Huzayl Qayyed terus memandang ke arah manusia yang sedang terbaring pada peha adiknya itu.

Hud Riezmir dan Huzayl Qayyed memapah Syabil Zafiy masuk ke daan mansion lalu dibawa ke bilik rawatan. Disitu memang semua sudah lengkap.

Huzayl Qayyed menambah ruangan itu memang khas untuk kalau terjadi seperti ini.

"Dina! Tol—" belum habis mengarah. Irdina Zasqia sudah datang sambil membawa barang perawatan.

"Kak dina hati hati, belakang kepala dia koyak." Irdina Zasqia hanya mengangguk.

"Qayreen tolong ambik pek darah yang akak dah simpankan kat sana masa akak datang sini tadi" Huzayra Qayreen hanya mengangguk.

"Please yang lain tolong keluar. Biar Qayreen je dengan aku dekat sini. Aku rasa korang ada benda lain nak kena settlekan. So go" kata Irdina Zasqia.

Dengan hati hati dia mula merawat kepala Syabil Zafiy. Selepas selesai menjahit dia terus membalut kepala lelaki itu dengan kemas.

Di ruang tamu rumah semua sudah berkumpul pada satu ruang. Ryzara Nazeqqa hanya diam sahaja. Dia kalau boleh tidak mahu masuk campur melakukan perkara begini.

Suami mafia. Isteri naif dan polos yang tersakiti. AHAHAHAHAH JK. okay back to topic.

Farafisya sudah naik kebiliknya dan Hud Riezmir. Dia tahu kerana sudah pernah datang kesini dahulu semasa kawan baiknya diculik.

Azura Sofea duduk di sofa memerhati mereka semua yang sedang berbincang disitu. Muka masing masing tak payah cakap. Memang takda senyuman yang terukir.

"So tadi kau dah nak sampai tapi kau ternampak Syabil dengan Areen tengah masuk kereta lain sambil tangan terikat?" tanya Luqman Fizham.

"Ye, sebab tu aku follow. Lagi terkejut bila nampak kereta tu masuk dalam gaung. Pergh kalau aku dah confirm tak sedar dah. Macam mana adik kau boleh survive bhai lepas dah tergolek macam tu" tanya Hud Riezmir.

"Sebab Syabil peluk aku. Dia lindung aku supaya badan aku tak terluka. Sebab tu luka aku tak banyak. Luka dia yang teruk... Sebab.. Dia li-lindung.. A-aku" kata Huzayra Qayreen yang tiba tiba muncul dari belakang.

HUZAYL RYZARA Where stories live. Discover now