Episod 1 ( Sayang Aku Tak ? )

554 32 4
                                    

   "Kringgg !!! " jam loceng sudah mengeluarkan suara nyaringnya untuk membangunkan orang yang lena dibuai mimpi , kalau merdu bunyinya mustahil untuk bangun dan makin lena berterbangan dilangit indah bak bulan madu di awan biru , hahaha . Aku menggeliat membetulkan tulang 4 kerat aku yang bakal aku kerah sehari-hari .

    Hye , nama aku Nur Aimi Batrisya dan aku berusia 23 tahun . Aku tak pernah sambung belajar lepas daripada tamat SPM , nak tak nak aku kenalah kerja demi mencari rezeki  dan menyara diri sendiri kerana malu meminta duit dari ibu ayah . Sebagai puteri sulung kepada 4 adik-beradik aku bangkitkan segala kerajinan untuk mengemas katil dan bergerak meninggalkan katilku yang masih memanggilku bagaikan singgah sana diraja .

    Disebabkan aku dah buat temu janji dengan Shahrul Izzat kenalah aku capai tuala dan membersihkan diri yang berbau harum bagaikan harumnya pontianak sundal malam . Siap sahaja sesi membersih dan mengemaskan diri , aku mula membuka pintu bilik aku dan bergegaskan ke bahagian dapur .

    Sampai sahaja ke tudung saji BTS yang aku buat sendiri tu terus aku buka tanpa rasa was-was . Alangkah terkejutnya aku bila ibu hanya meninggalkan sekeping nota yang bertulis "Masak sendiri hari ni ya anak ibu" . Hampa memang hampa tapi sebagai kakak sulung aku terpaksa buat semuanya tanpa arahan bagaikan dalam latihan tentera . Sedang elok aku berperang dengan dapur bagaikan perang dunia kedua tiba-tiba telefon aku bedering mematahkan serangan terakhir aku demi menerbalikkan sekeping telur goreng . Tanpa lengah-lengah aku mematikan api dan mengangkat panggilan tersebut .

*
*

     "Hello ! Selamat Memasak Sendiri kat rumah !"

     "Wehh , Izzat takyah arhhh gurau pishang arhhh aku tengah masak ni ."

      "Aku tunggu kat buaian depan masak cepat sikit tau siap jer terus kau siap-siap kita nak keluar aku dah tak sabar ni ."

     "Yelah-yelah sayangku intan payungku Izzat , tunggu ya tuan puteri nak melaram sekejap "

      "Ayat sekejap tulah macam aku ni bodoh pulak aku bagi masa 1 jam jer ! kalau tak aku yang make up kan kau "

      "Eeee , malu lah aku boleh make up sendiri tak yah harapkan kau tu"

      "Ehhhh , makcik ! make up kau pon aku yang ajar bersyukur sikit . "

      "Sebab bersyukurlah aku jadi brotherhood kau sampai sekarang !"

      "Dah cepatlah siapp wahai Puteri Nur Aimi "

*
*

      Dengan pengulung kata yang telah diberikan oleh Shahrul Izzat maka berakhirlah sesi perang mulut antara Aimi dan Shahrul Izzat . Dah nama pon perempuan mestilah melaram setahun kemudian baru siap . Hanya berbekalkan gambar Ariani Grandi penyanyi paling cantik dunia aku meniru segala-galanya .

     Baju pon aku pakai sama dengan Shahrul Izzat sebab kitorang selalu beli baju sama . Memang sehati sejiwa , sehidup semati lah namanya . Baju batik moden berwarna coklat pilihan aku and aku ni wanita bertudung mestilah aku dah pakai inners aku dulu sebab nak tutup aurat . Siap jer melaram terus aku turun kat bawah dengan secepat mungkin risau pulak si Izzat ni teridur menunggu aku yang melaram bagaikan tuan puteri .

    "Siap dah makcik" sayu jer suara Izzat macam orang tak makan 5 tahun . " Sorry pakcik aku nak nampak macam Ariani Grandi hari ni so terpaksalah amik masa lama sikit " kataku bernada sayu . " Sajer jer gurau dah jom aku drive arini " katanya sambil berjalan menuju ker kereta . Aku memang akan jadi kanak-kanak riang kalau jejalan keluar sekali dengan Izzat ni sebab dia ni memang sporting and penyayang . "Pintu telah dibuka silakan masuk tuanku" pelawanya bagaikan putera diraja . " Terima kasih wahai prince Charming gue " balasku dengan loyar buruk .

SAYANG AKU TAK ? (S1)Where stories live. Discover now