Episod 7 (kemunculan misteri)

114 25 1
                                    

Loceng bilik aku dah berbunyi , aku bangun juga akhirnya . Aku capai phone tengok ada 15 chats yang aku belum baca . Terkejut sekejap , rupanya Rizky yang chat aku .

From : Rizky , salam kak . 9.30 pm , Whatssap

From : Rizky , akak esok abang ajak keluar . 9.32 pm , Whatssap

From : Rizky , ajak adik-adik sekali tau . 9.34 pm , Whatssap


Dan macam-macam lagilah , aku pun balas jerlah segala-gala chats nya dan membersihkan diri . Siap jer aku terus buat sarapan untuk family dan kejutkan ibu ayah untuk bersiap-siap , pistttt ! diorangkan kerja aku cuti lagi . Hahahaha . 'Menu hari ini ialah Nasi goreng' tersentak sekejap aku bila terbaca note dekat peti ais . Mesti ibu dah siap-siap suruh aku yang masak untuk sarapan ni , hurmmmm .

Perang dapur telah pun bermula , aku memasak nasi terlebih dahulu sebelum melakukan perkara-perkara lain . Bukak peti ais amik ayam dalam bekas and beberapa bahan yang diperlukan . Masak punya masak ibu sergah dari belakang , nak putus jantung aku melatah kau ! . "Pandai anak ibu masak nanti tak payahlah ibu susah-susah nak masak anak ibu kan ada" kata ibu . "Malunya Aimi kalau perempuan tak pandai masak" kataku kembali .

"Tahu pun , dah ibu nak pi make up jap harini nak jumpa clients besar " kata ibu . " Yelah ibu , Jap lagi Aimi dengan adik-adik keluar tau . Kitorang nak pergi Gambang Waterpark boleh ibu ? " soalku padanya . "Untuk anak-anak ibu mestilah ibu bagi , sayang . Kat sana jaga adik elok-elok tahu jangan leka sekejap pun" nasihat ibu padaku . "Baik ibu" balasku pendek sambil menggoreng ayam yang sudah aku potong tadi .

Ibu tersenyum melihatku dan berjalan menuju kebiliknya . Aku teruskan peperangan dengan dapur yang masih tidak nampak kemuncaknya . Akhirnya , aku berjaya menewaskan musuh dan menghidangkan nasi goreng yang telah siap dimasak . Tapi tulah , nama pun perempuan kenalah buat banyak benda . Aku kutip baju dalam bakul setiap bilik cuma bilik ibu jer dah tersedia kat luar .

Masuk dalam mesin campur sabun mak nenek bagai and tekan push . Hilang lelah aku sekejap . Aku ambik vacumm and mulakan pula sesi tari menari diatas lantai . Menari punya menari tiba-tiba ibu teriak dari dapur . "Dah-dah lahtu jogetnyer , mari sini makan dengan ibu sekali " kata ibu . "Kejap ibu !" aku menyahut teriakan ibu sebentar tadi dan meletakkan vacum ditepi rak buku .

Aku sebenarnya rindu nak sarapan macam ni lepas daripada aku sakit haritu aku mana ada dah aku sarapan ramai-ramai camni . Aku cedok sikit nasi goreng letak kat pinggan aku . Ayah pun bacalah doa makan dan kitorang mulakan sarapan dengan penuh bahagia . Tiba-tiba semua adik aku datang kat meja makan . "Akak tak kejut kitorang pun , hurmmmm ngajuk" kata Amirah . " Ouh sorry adik akak nah makan , yang ni untuk Amirah , yang ni untuk Emeilya dan yang ni pulak untuk Ayuni " kataku sambil mencedokkan nasi goreng untuk adik-adik aku .

"Thank you akak ! " adik-adik aku mengucapkan terima kasih kepada aku . "Welcome , now eating first before you start talking " kataku mengakhiri perbualan dimeja makan . Siap sahaja sarapan akulah Super Woman yang kene cuci semua pinggang mangkuk yang terbiar dalam singki . Memang rajin betul aku harini. siap membasuh aku terus menyambung kerja aku yang tergendala tadi . Adik-adik aku dah sambung tidur balik. Malaslah nak kacau diorang aku pun buat jerlah kerja aku sampai siap . Aku salam ibu dan ayah sebelum diorang pergi .

*

*

Aku duduk kat halaman rumah melepaskan lelah setelah siap melakukan kerja-kerja membersihkan rumah . Aku bukaklah instabawang kat phone nak check apa yang aku tertinggal selama ni . Terkejut aku bila tengok followers aku naik 19 k padahal aku hantar gambar setakat 15 keping jer . Mungkin sebab aku ni cantik kot. Tapi aku tak layan sangat dunia maya ni .

SAYANG AKU TAK ? (S1)Where stories live. Discover now