Episod 11 ( Zack Zakaria's pov )

105 23 7
                                    

           Aku sunyi , aku takut berada disini sebenarnya . Aku sedih sangat setelah abang Nazmi membenci aku . Aku takut bila semua senior mula membuli aku macam dulu , aku cemburu dengan Rizky . Aku cemburu dengan segala yang dia dapat , dia dapat kasih sayang abang Nazmi yang aku pernah dapat . Aku tak bermaksud yang aku cintai seorang lelaki , tapi aku sudah pun menganggap dia sebagai seorang abang kandung dalam hidup aku . Ada keluarga tapi tak pernah caring pasal aku , tak pernah ambik kisah pasal aku . Diorang selalu datang ambik aku bila cuti-cuti umum jer . Tak ada sesiapa nak berkawan dengan aku setelah aku dipinggirkan dari abang Nazmi . 

    Arwah Amri lah satu-satunya kawan yang aku ada kat sini dari dulu lagi , dialah satu-satunya sepupu yang paling rapat dengan aku . Dialah segalanya bagi aku kat sini . Dia iklhas menerima aku sebagai temannya dan juga sepupunya . Aku sayangkan arwah Amri macam darah daging aku sendiri . Mak dan Ayah saudara tuduh aku punca kematian arwah Amri , ibu bapa aku tidak peduli dengan aku sikit pun . Aku rasa seperti dipinggirkan oleh semuanya . Cikgu-cikgu selalu nampak buruk aku , tak ada satu pun guru yang memandang aku dari sisi yang baik . Aku tertekan berada disini . Aku dah lama simpan niat nak bunuh diri tapi aku tahan sebab aku tak nak masuk neraka . 

    Aku mengeluarkan sekeping gambar aku bersama dengan abang Nazmi , sumpah aku rindu semua kenangan yang kitorang cipta bersama . Aku rindu setiap kenalakan yang  selalu dilakukan oleh abang Nazmi untuk mengusikku . Sumpah aku rindu semua tu. Aku rindu saat kali pertama dia ajar aku untuk mempertahankan diri dari dibuli oleh orang lain .

    Aku rindukan saat-saat dia yang menghantarkan aku pulang kerumah , bersiar-siar bersama aku dan juga kenangan-kenangan indah lainnya . Tapi sampai sekarang aku tidak boleh melupakan perempuan jahanam yang telah menghancurkan kebahagian aku . "Anita" sekali sebut boleh buat aku jadi gila . Aku benci dia sampai mati dan tak akan maafkan sekali pun perbuatan dia pada aku . Kalau bukan dia sudah pasti aku akan bahagia sampai sekarang bahkan aku juga akan bahagia bersama Rizky sebagai seorang teman yang sejati . 

#TB (Kenangan gelap Zack)

    "Awak ! Zack ugut nak bunuh saya kalau saya tak tinggalkan awak !" kata Anita ketika didalam talian bersama abang Nazmi . "Awak jangan bergurau dengan saya , saya tahu Zack bukan seorang yang mencintai lelaki dan dia tak pernah kesah kalau saya bercinta dengan perempuan " kata abang Nazmi . " Awak nak saya hantar gambar chat kami berdua " balas Anita . "Cuba awak hantar kat saya " kata abang Nazmi menginginkan kepastian . "Sekejap yer awak , saya nak hantar ni " Anita pun menghentikan talian dan menghantar gambar chat dia bersama Zack . 

*

*

    Aku tersedar dan terkedu melihat suasana yang amat ganjil bagi aku . Ya , aku berada di sebuah rumah yang sudah ketinggalan zaman . Ya Allah , hati aku jadi tak tenteram . Aku takut , aku menangis dalam keadaan yang terkaku . Aku cuba untuk lari tapi malangnya ada sekumpulan lelaki yang berbadan sasa menunggu diluar . Aku baru sedar yang diriku sudah diculik oleh akak Anita , perempuan jahanam ! Aku cuba untuk mencari jalan keluar dari situ tapi malangnya semua berkunci , tingkat pula dihiasi dengan tirai besi . Aku jatuh tersungkur . Kenapa akak Anita buat semua ni kat aku . Kenapa akak Anita cuba untuk pisahkan aku dengan abang Nazmi , aku mula meraba-raba mencari sesuatu keseluruh pelusuk rumah yang sudah usang ni . 

    Aku sedar yang talefonku tidak ada bersama aku . Aku perasan sesuatu , sepertinya ada perkara yang bermain dimemori aku . Aku cuba untuk mengingatinya tapi aku tak mampu . Aku terhidu sesuatu . Aku rasa kepala aku seperti ada sesuatu yang menempel diatasnya . Aku menyentuh kepalaku dan ternyata ! Darah yang sudah mula membeku melekat pada tapak tangan aku . Aku jumpa dawai ditelapak kaki  . Aku mula teringat sesuatu , sesuatu yang pernah diajar oleh abang Nazmi sekiranya aku berada dalam keadaan cemas ataupun situasi dimana aku telah pun diculik  . Aku mencari pintu belakang rumah ni , yesss aku jumpa ! . Tapi aku tidak mahu terburu-buru ada benda aku nak settle lagi ni . 

SAYANG AKU TAK ? (S1)Where stories live. Discover now