Episod 9 ( Apa yang kau nak ? )

92 24 1
                                    

Nur Aimi's pov

Dah seminggu kot aku tak jumpa Shahrul Izzat jadi rindu kat dia , apa yang dia buat and kat mana dia pun aku tak tahu . Dia langsung tak cakap apa-apa kat aku , aku rindu dia sangat-sangat . Tambah-tambah lagi aku dah lama tak jumpa Rizky adik angkat kesayangan aku . Ya Allah , engkau kurangkanlah rasa rindu ni . Aku pun kerja jer macam biasa walaupun kadang-kadang tu ada jugak si minah diva ni datang kat sini . Sumpah serabut dengan dia ni macam mana boleh tahu aku kerja kat sini.

Aku kutip pinggan mangkuk pelanggan yang berselerak atas meja . Nilah kelemahan yang ada pada manusia , pembaziran . Aku pun tak fahamlah oder sampai 50 hinggit tapi makan sikit jer . Tapi bila fikir balik gaji aku camner lak . Jadi aku pun terfikir kalau buang sayang . Aku bungkuskan makanan yang tak habis tu simpan dalam peti ais , nak balik karang aku panaskan balik . Tiba-tiba ibu call aku , aku pun angkat jerlah . Mana tahu ada hal pentingkan .

Ibu : Assalammualaikum , Aimi balik pukul berapa ?

Aimi : Waalaikummussalam ibu , macam biasa kenapa ?

Ibu : Tak bukan apa esok ibu dengan ayah oustation 2 hari kat Pulau Pinang ada hal besar dengan clients.

Aimi : Lah esok diorang cutikan , Aimi hantar diorang kat Rumah Shahrul Izzat jerlah lagipun esok Rizky balik dari asrama .

Ibu : Ikut kamulah , asalkan diorang selamat yer .

Aimi : Ouhkaylah macam tu , Assalammualaikum.

Ibu : Waalaikummussalam ....

Aku pun tutup panggilan daripada ibu dan teruskan kerja aku . Aku kemas , sapu and lap semua sekali . Usai melakukan tugas-tugas cleaner aku terus pergi punch card . Ambik makanan yang aku simpan dalam peti ais tadi dan panaskan balik . Orang lain padang aku semacam jer aku buat tak kisah jer . Semua makanan yang aku panaskan aku bungkus balik . Kemas dapur dan berjalan menuju kepintu cafe . Bila bukak jer pintu cafe muka Shayla dah ada depan mata . Terkejutlah jugak tapi aku cuba bertenang .

"Aku nak bercakap dengan kau sekejap " kata Shayla . "Boleh jer tapi kat mana " kataku . "Ikut aku , ada hal penting aku nak bincang dengan kau " katanya lagi . "Aku nak cepat ramai lagi orang nak makanan ni" kataku cuba untuk melepaskan diri . "Ikut aku atau kau akan ditipu seumur hidup " kata-kata Shayla membuat aku diam seketika . "Baiklah , aku akan ikut kau " kataku cuga untuk mengawal keadaan. Aku masuk kedalam cafe dan mengambil makanan yang aku panaskan tadi dan juga barang-barang pentingku

Kami berjalan kearah sebuah kedai makan yang terletak berhampiran cafe kami . Aku terpaksa ikut minah ni sebab manalah tahu ada benda penting ker yang dia nak bagitau sangat kat aku sampai kena tarik ikut dia pergi cafe seberang jalan dari cafe tempat aku kerja.

"So , apa yang kau nak sangat ngan aku ni " aku memulakan bicara . " Aku just nak kau berhati-hati dengan orang kau kau cintai tu , sebab ......."

Rizky's pov

"Macam mana aku nak kalahkan Zack" soal ku kepada Isma yang khusyuk sangat membaca komik yang baru dibelinya . "Buat apa tanya aku pergi jerlah kat abang angkat yang sayangkan kau tu " perli Isma secukup-cukupnya . "Buat buih mulut jer cakap ngan kau dahlah, bye" kataku menuju kearah pintu dorm , menyarung selipar dan berlari sepantasnya untuk mendapatkan abang Nazmi yang berada di block G

Aku merentasi beberapa buah block dan ada seseberapa makhluk bernama manusia asyik memerhatikan gelagat aku dan ada yang menjerit "Woyhhh ! Maraton woyhhh !" namun aku tidak memperdulikannya . Kerana aku sudah buntu idea untuk mendapatkan lagu yang sesuai untuk pertandingan nyanyian solo peringkat daerah nanti .

Larian Maraton aku tamat setelah aku sampai didepan pintu dorm abang Nazmi a.k.a Pengurusi Semua Block . Aku mengetuk pintu dan memberi salam , mujur salamku dijawab oleh abang Nazmi dan pintu dorm pun dibuka olehnya . "Kau berlarikan datang sini ?" soalan pertama yang dikeluarkan darinya . "Ha ah" jawabku pendek . " Dah masuk dalam air Teh O ngan Milo Ais ada kat situ rehat dulu abang tahu kau mesti ada masalah tiba-tiba muncul depan mata ni , hah ! ada lebih karipap tu makanlah abang dah kenyang " kata abang Nazmi panjang lebar .

SAYANG AKU TAK ? (S1)Where stories live. Discover now