Episod 14 ( Bukti ?)

82 24 0
                                    


Nur Aimi's pov 


   Hari ni dah hari Ahad , tapi still Shahrul Izzat tak datang-datang untuk jenguk adik dia sendiri . Aku kecewa dengan perangai Shahrul sekarang . Dahlah tak balas chat , tak angkat call dan tak jenguk kami kat sini . Kemana kau pergi ni Shahrul . Kau tahu tak kitorang rindukan kau , tapi aku tengok si Rizky ni tenang jer . Hurmmm , memanglah tenang . Dah biasa duduk sini , biasa sehari jer lepastu balik rumah dia . Ni tak sampai nak balik asrama pun dia tak datang-datang . Aku kesian kat Rizky ni mesti dia rindu kat abang dia . Yelah , dah 2 minggu tak jumpa lepastu tiba-tiba tak datang tengok adik sendiri ( jenis akak yang overthinking be like) . 

  "Akak risaukan apa tu , abang Shahrul Izzat tu lelaki kak . Bukan perempuan , kalau perempuan Rizky dulu yang marah tak bagi dia keluar rumah " kata Rizky sambil bermain talefon . Aku tersentak apabila Rizky berkata seperti itu mungkin dia dah lali dan selalu ditinggalkan oleh Shahrul Izzat kot . "Kenapa Rizky cakap macam tu" soalku . "Akak tanya kenapa , hurmmm soalan yang salah . Sebenarnya macam ni" .....


#TB (kenangan ditinggalkan Abg Shah)


    "Yey keluar jalan-jalan dengan abang " sorakku kegirangan . "Hahaha , sukanya dia nanti kita pergi minum tealive yer" kata abang Shahrul Izzat . "Boleh jer lama tak jalan-jalan dengan abang Shah , duduk asrama rindu kat abang " kataku ingin bermanja . "Eeeeee mengada adik comel abang sorang ni " kata abang Sharul Izzat dengan mukanya yang senyum lebar . "Adik yang comel datang dari abang yang hensem" kataku dengan hidung yang terkembang-kembang . "Comellah sangat , hahaha" kata abang Shah sambil tergelak-gelak sakan . "Ahhhh tak sukalah , ngajuk arhh " kataku berpura-pura merajuk kerana mahu dipujuk . " Alololo adik comel abang ni janganlah merajuk , adik comellah" katanya termakan lakonan aku . "Yeker , tak tipu " soalku ingin kepastian . "Yey , sayang abang" balasku kembali . 

   Aku membuka talefon dan membuka I.B (InstaBawang) dan check apa yang patut . Bawangers (followers) aku bertambah semakin banyak , rasa happy pulak bila bawangers bertambah . "Ehhhh-ehhhh ada nama abanglah kat situ " kata abang Shahrul Izzat . "Ouh jadi selama ni abang tak pernah BawangBack (followback) adik kan , penat jer jari kite Bawangling(following) dia " kataku dalam nada merajuk. "Adik abang yang comel ni jangan merajuk , Abang tak perasaanlah . Tu abang dah BawangBack adik comel abang kan" katanya ingin mengambil hati aku

   "Nasib abang hensem arini , kalau tak dah lama adik makan " kataku membuat gaya harimau kelaparan . "Ouhhhh nak makan abang , kalau makan abang no more tealive ouhkay" kata abang Shahrul Izzat . "Tak cuke lah camni , nak nangis wuekkkk" kataku berlakon menjadi seorang bayi yang inginkan belayan . "Mengada, dah tidur situ abang tengah memandu ni" katanya lagi . "Ouhkay bang goodnight" kataku . "Yelah awok goodnight , tidur sorang dalam kereta " balasnya sambil mencari-cari spek mata hitam kerana terlampau silau baginya untuk memandu . Aku sudah lena dibuai mimpi . 

*

   "Adik comel abang bangun" kejut abang Shahrul Izzat. "Wuargggghhhhhh ! Yey ! Dah pagi " kataku padanya . "Pagilah sangat , jom pergi beli baju " katanya . "Nak sama dengan abang baru nampak macam adik abang" kataku lagi . "Ikut awoklah adik oiiii ! Asalkan happy sudah" balas abang Shahrul Izzat . Aku keluar dari kereta dan memegang tangan abang Shahrul Izzat . Kitorang berjalan menuju ke Padini . Abang Shahrul memang pandai kalau bab-bab memilih baju ni . So , sebab tu aku kalau nak beli baju aku selalu ajak dia jer pergi . 

   "Yang ni ouhkay tak bang ?" soal ku . "Hurmm , nope cari yang lain " jawapan paling sia-sia aku selalu dengar. "Yang ni bang ?" soalku lagi . "Hurmmm nope buruklah" katanya lagi . "Penatlah camni abanglah pilihkan untuk adik" rungutku . "Kalau abang , abang pilih yang ni untuk adik abang yang comel ni" katanya sambil memberikan baju yang dipilihnya kepadaku . "Wuoow , pandianya abang pilih sayang abang" kataku padanya . 

SAYANG AKU TAK ? (S1)Where stories live. Discover now