Episod 2 (Shahrul Izzat's pov)

197 28 3
                                    

Shahrul Izzat's pov


"Thanks for these Shah ! " Aimi , 10.30 pg , whatssap .

*
*

     Sumpah berat mata nak bukak tapi aku bukak jugak akhirnya , benda paling utama sekali adalah bukak phone . Aku terbaca satu mesej dari orang yang amat familiar bagi aku dan yeah ! Dari Aimi kesayangan aku . Sejuk sekejap hati dia bila tengok Aimi bergambar sekali dengan hadiah-hadiah yang aku bagi . Aku pun ucap sahajalah "Welcome" and terus jalankan rutin harian aku seperti biasa . Aku berjalan menuju ke tandas dan membersihkan diri .




15 minit kemudian.......


     Aku keluar dari tandas dan bersiap-siap untuk keluar , tetapi malangnya aku tidak tahu mahu keluar kemana . Aku memakai baju belang hitam putih dan kemudian menyikat rambutku agar kelihatan lebih kemas . Aku turun keruang tamu lalu menguci pintu rumahku . Aku menghidupkan enjin keretaku dan memandu kereta aku menuju ke ECM ( East Cost Mall ) . Bila terfikir balik harini ada movie baru keluar dekat GSC ( Golden Screen Cinemas ) .

     Aku membuka lagu diradioku , aku menikmati lagu tersebut dengan sebaik-baiknya . Aku memandang kearah seat sebelahku dan aku mula teringat kepada Aimi . Aku rindu nak tengok dia tidur disebelahku ketika aku memandu , aku rindu sangat-sangat nak dengar dia membebel kat aku . Tapi apa yang aku perasan hati aku berdetak lebih laju bila bersebelahan dengan Aimi , aku tak tahu kenapa perasaan macam ni boleh muncul .

    Aku sengaja memegang tangannya ketika menonton wayang , aku tahu dia masa tu blushing sangat-sangat . Aku suka sangat sakat dia sampai kadang-kadang tu dia merajuk dengan aku . Aku mula tersengih seorang diri apabila teringat balik peristiwa hadiah yang aku letak dalam biliknya semalam , aku harap dia happy dengan hadiah yang aku bagi tu .


#TB ( Rumah Aimi )


    "Lambat lagi ker dia ni masak !" ngomel ku sendirian . tanpa lengah-lengah masa aku berjalan menuju kebilik Aimi dan letakkan kotak berisi hadiah istimewa untuknya . "Aku harap kau akan suka hadiah pemberian dari aku ni Aimi" kataku didalam hati . Perlahan-lahan aku berjalan meninggalkan biliknya dan menuju ke buaian dan tidur tanpa memikirkan sesiapa .

#TBoff ( Rumah Aimi )

    Aku parking kereta aku dihadapan ECM , aku memasuki kompleks membeli-belah tersebut dan mula berjalan menuju ke Padini untuk membeli baju buat adikku Rizky , aku tahu dia sudah kurang mendapat kasih sayang dari aku sekarang . Tapi apa yang yang aku buat ada betulnya , aku tidak mahu dia merasa sedih ketika berada didalam rumah ini .

    Aku sayang sangat kat adik aku sebab dia saja ahli keluarga yang aku ada sekarang . Aku sayang dia sangat-sangat that is why aku hantar dia pergi asrama , pasal risiko memang aku akan tanggung seratus peratus sebab aku taknak adik aku rosak pulak duduk asrama . Cakap pasal parents aku rindu gila kat arwah Mama and arwah Papa aku , aku tak boleh tahan sebak bila ingat balik kisah kemalangan yang berlaku 3 tahun lepas .

3 Tahun Lepas........

     "Awak tak pernah hargai saya selama ini pun kan ! siap ada betina lain lagi !" tengking mama Liana pada papa Mahmud . "Awak ni dah kenapa ! sejak bila saya ada betina lain pulak ni ! saya nak memandulah jangan buat masalah kat sini" amarah papa sudah mula bangkit tapi mama masih lagi dengan perangai egoisnya . "Awak jangan nak tipu saya ! Siapa Miya hah ! Awak jangan ingat saya tak tahu awak tak pergi outstation pun dalam masa 3 hari tu awak pergi bercuti dengan betina jalang tu betul tak apa yang saya cakapkan ni ! " tengking mama kembali . "Awak jangan nak tuduh saya yang bukan-bukan yer ! Saya tak pernah curang dengan awak ! " Papa makin meninggikan suara pada mama .

     Keadaan didalam kereta amat menyerabutkan hingga aku hanya mampu melihat kearah luar tingkap dan mengamati meter perjalanan kami dengan melihat keindahan ciptaan tuhan dan juga manusia . Aku dah tak mampu lagi mendengar segala pergaduhan antara mama dan papa jadi aku nak buat something yang boleh menghilangankan  kebosanan aku ini daripada aku layankan parents aku baik aku hiburkan diri sendiri .

     Mama makin keterlaluan hingga memukul papa yang sedang memandu dan pergerakan kereta kami akan terhuyung hayang sedikit . Aku yang tadi kononnya nak mencari ketenangan kini hanya berdoa agar aku mampu diselamatkan dari bala dan bencana yang menimpa aku dan family aku . Aku tak putus-putus berdoa dan pergaduhan mereka pulak semakin lama semakin rancak . Secara tiba-tiba lori tangki minyak merempuh separuh dari kereta kami iaitu tempat Mama dan Papa duduk . Aku tercampak dari kereta kerana sempat membuka pintu kereta dan akhirnya pengsan ditepi jalan .

*
*
*

    Aku membuka mata dan melihat keadaan sekeliling aku masih lagi dalam keadaan terbaring diluar kereta . Aku cuba untuk bangun tapi sayangnya aku dah tak mampu bergerak hanya mampu menitiskan air mata melihat mama dan papa telah hancur terburai badan mereka akibat kemalangan yang paling dahsyat yang pernah aku alami . Mereka ditanam pada keesokan hari tanpa kehadiran aku kerana aku ditahan diwad selama seminggu . Sampai bila-bila pon aku tak mampu lupakan kisah paling tragis aku kehilangan kedua orang tua aku dalam keadaan yang masih lalai dan leka dengan duniawi .

Kembali kepada cerita........




     Aku keluar dari Padini dengan membawa dua utas beg kertasku . " Satu untuk abang satu lagi untuk Rizky " kataku seorang diri . Aku tersenyum sendirian , aku tahu Rizky mesti suka dengan hadiah ni . Dia tidak pernah sekali pun menolak apa yang aku beri padanya , itulah kelebihan yang aku sangat-sangat suka padanya . Aku tidak perlu lagi bersusah payah memikirkan hadiah yang terbaik untuknya setakat mampu melihat dia tersenyum dan gembira itu sudah cukup bagiku .

     Aku berjalan tanpa arah tuju dan terlanggar seorang gadis jelita yang sedang memegang phone . "Ya Allah , sorry tak sangaja awak !" kataku gelisah . "Its okay memang salah saya pun cuai sangat main phone" balas perempuan manis itu tadi . "Ouh sorry awak saya kena pergi" kata perempuan itu sebelum meninggalkan Shahrul Izzat dalam keadaan terpinga-pinga . "Dah kenapa pulak dia ni , tak apalah ada rezeki jumpa balik " kataku dengan yakin agar dapat bertemu dengan gadis jelita sebentar tadi .

    Aku dengan rasa 1001 perasaan malu dan musykil terus bergerak meninggalkan tempat itu dan menuju ke kereta aku . Aku start enjin kereta dan pandu pulang kerumahku . Dalam perjalanan pulang kerumah aku hanya teringat pada wajah perempuan yang aku terlanggar tadi . Sumpah tak boleh lupa dengan muka yang cutenya , putihnya dan paling penting dia kurus . Aku memang dah tak boleh kawal perasaan cinta pandang pertama aku dan hanya mampu tersenyum mengingatkan kembali kisah yang baru hendak bermula.

     Sampai rumah aku terus rehat dan tertidur macam biasa. Ouh lupa nak bagitau aku ni CEO syarikat arwah papa aku kini syarikat tersebut kini disandang oleh bapa saudara aku Pak Long Yahya . Aku sayang Pak Long Yahya ni sebab dia antara orang yang paling rapat dengan family aku. Aku dah mintak cuti 3 hari so tak payahlah risau pasal kerja CEO tu . Tapi yang menjadi masalahnya Aimi pon tak tahu yang aku dah jadi CEO kat syarikat arwah papa ni . hurmmmmm , mesti dia marah kalau lastly baru dia tahu yang aku ni CEO syarikat tanpa beritahu dia sepatah haram .

    Malam tu aku memang dah bosan gila so call jelah si Aimi ni tapi dia macam tidak berapa suka dengan cerita aku jadi aku macam hairanlah , biasa bukan main dia gelak tapi kalini lain sikit . Entahlah , malas nak cara aku tutup lampu dan tidur tanpa menghiraukan apa-apa . Jumaat ni aku nak amik adik aku tak sabar nak jumpa dia . Rindu gila kat Rizky . " Goodnight dunia " tu jer yang mampu aku ungkapkan sebelum hanyut dibuai mimpi indah .










Bersambung............

SAYANG AKU TAK ? (S1)Where stories live. Discover now