Episod 18 ( Inspektor Kamarul x Profesor Hamid)

97 25 0
                                    

Kamil Zahar as abang Ramli

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kamil Zahar as abang Ramli

Episod sebelumnya....

   Aku memandu kereta aku hingga ke hospital mental , aku masuk kedalam hospital ni dan masuk ke Unit Psikiatri dan perlahan-lahan berjalan ke bilik Profesor Hamid . Aku bukak pintu dan masuk kedalam bilik Prof tu . "Shahrul Izzat lama tak datang sini" kata profesor Hamid . "Saya ada perkara yang hendak Prof tahu".........

Seminggu kemudian............

Rizky's pov 

    "Abang Amir akan teman saya untuk berjumpa dengan Inspektor Kamarul , abang Nazmi dengan Zack kena pergi dapatkan kereta Anita dan tampal alat pengesan tu pada kereta dia" kataku memberi arahan kepada semua . "Baik !" kata mereka semua . Aku dengan abang Amir berjalan menuju kearah IPD Kuantan . "Rizky nak tamatkan permainan diorang , yang pasti Anita akan ketali gantung" kataku dengan wajah yang bengis . Kitorang berjalan memasuki IPD Kuantan dan menuju kemeja report

  "Ada masalah yang boleh saya bantu ?" kata lelaki itu . "Hacker 202 " kataku dengan mata yang tajam . " Inspektor Kamarul ada didalam" kata lelaki itu dan menunjukkan bilik inspektor Kamarul . "Wow siap ada kod ehh" kata abang Amir , aku hanya senyum memandangnya . Aku mengetuk pintu dengan kod yang sama . "Masuk Rizky" kata inspektor Kamarul . 

     Kami berdua masuk kedalam bilik inspektor dengan membawa beg laptop setiap seorang . "Hai Hacker licik saya , lama tak jumpa" kata inspektor Kamarul . "Seperti yang telah dijanjikan inspektor , saya akan datang juga setelah dari tarikh tu" kataku padanya . "Tunjukkan bukti pada saya dahulu" katanya menghentikan hentakkan 10 jarinya diatas keyboard . Aku menghulurkan fail dan membuka laptop kepunyaan aku , abang Amir turut membuka laptop kepunyaan aku dan terus ke laman history penggunaan CCTV .

    "Awak memang hebat Rizky , memang kitorang nak cari kumpulan Syaitan ni" kata inspektor Kamarul . "Berapa lama masa yang perlu diambil agar mereka semua ditangkap" kataku dengan muka yang serius . "5 hari sahaja Rizky" kata inspektor Kamarul lagi . "Pastikan family saya selamat dalam masa 5 hari ni keadaan agak serius sekarang" kataku dengan melirik mata kearahnya . "Anita Syumaila binti Hamdan berusia 17 tahun tapi dah buat perangai syaitan , kita tak ada jalan lain selain daripada buat hukuman gantung atas kehilangan 50 nyawa diatas tangannya sendiri" kata inspektor Kamarul .

    "Ubah umur dia nanti , jangan bagi dia terlepas biarkan dia digantung" kataku dengan nada yang marah. "Sepertinya awak sudah memulakan tradisi yang baharu" kata inspektor lagi . "Saya tak rasa dia akan selamat " kataku dengan nada serius . "Kenapa ada sesuatu yang bakal mengancam dia?" soal inspektor Kamarul . "Shayla sudah pun mendapatkan cairan pemengsan dan juga pistol bersamanya , saya yakin orang pertama yang dia akan serang adalah Anita" kataku lagi . 

    "Tapi kenapa dia tak serang Aimi dahulu" soal abang Amir pula . Aku dan inspektor diam seketika dan kemudian aku bersuara semula . "Shayla dan Anita merupakan adik beradik tiri , sekarang Shayla dan Anita saling mengatahui yang mereka saling mencintai abang saya . Saya yakin , Shayla akan hapuskan riwayat Anita terlebih dahulu sebelum dia menghapuskan riwayat kakak saya" kataku dengan tenang . "Tapi apa alasan yang menyebabkan Aimi menjadi mangsa terkahir" soalan yang sama berulang dari mulut inspektor Kamarul.

SAYANG AKU TAK ? (S1)Where stories live. Discover now