Episod 5 (Rizky's pov part 2)

126 25 2
                                    






        Rizky bangun Rizky " suara abang Amir akhirnya kedengaran ditelinga aku . Berat sangat mata ni nak bangun . Nasib baik semalam aku tidur pukul 12 malam . "Abang teman jap saya pi kejut ker Abang Nazmi tu jap" pintaku padanya . " Memang itu yang abang nak buat pon , dah jom " katanya sambil menarik tanganku . "Huh , tak takut sangat dah lah bilik dia dekat block G " kata ku kembali . " Kau ni memang manja ehh ?" soalannya membuat aku terdiam seketika . "Sebelum arwah Mama ngan Papa meninggal saya memang seorang anak yang manja , tapi sejak diorang dah takder .

       Dengan abang saya sendiri pon dah kurang manja , saya kalau nak manja pon manja ngan kakak angkat saya jer " . "Siapa?" belum sempat aku menghabiskan ayat aku abang Amir dah potong . " Nur Aimi Batrisya , dia memang baik dan sopan . Saya sayang dia macam kakak saya sendiri ." aku menghabiskan ayatku dengan kepiluan yg menghantui .

         "Kau patut bersyukur Rizky , walaupun kau kene buli kau still ada orang yang sayangkan kau sepenuh hati daripada aku ni kena buli teruk macam mana pon still tak ada orang nak ambik kisah pasal aku . " kata-kata abang Amir buat aku rasa bersalah . "Abang , kalau abang ada apa-apa yang tersirat dalam hati abang tu ceritalah kat saya . Mana tahu nanti saya boleh tolong abang ker " aku cuba untuk memujuknya . "Kau tak perlu buat semua tu , biar abang yang buatkan semua tu untuk kau . Kau jaga diri kau jer abang ni kan batch 02 dah nak habis sekolah dah pun . Kau tu yang batch 04 panjang lagi perjalanan hidup kau kat sini . " Bebelan abang Amir cukup membuat aku tertusuk .

         Kami berjalan dari block ke block sampailah block G . Penat jugaklah nak berjalan tapi apakan daya , dah memang tugas aku sehari-hari . Aku tolak pintu dorm perlahan-lahan dan pergi kat katil abang Nazmi . Aku sebenarnya takut nak kejut tapi aku terpaksa kejut jugak . Perlahan-lahan aku pegang bahu abang Nazmi dan memanggil-manggil namanya agar dia bangun . Aku buat dengan penuh teliti dan berhati-hati agar abang Nazmi tak marah .

        "Abang Nazmi , bangun Nazmi" kejutku sopan santun agar tidak memanggu emosinya . "Kau pergi tekan loceng setiap block aku nak tidur jap" kata-kata abang Nazmi membuat aku berasa hampa . Mana taknya dah jauh aku berjalan last-last kena bukak sendiri . Baik tak payah kejut . "Kau jangan nak buat muka seposen kau tulah aku nak kau cepat , cepat !!!" tengking abang Nazmi sebentar tadi membuat aku terus bergerak laju meninggalkan katilnya mengajak abang Amir untuk menekan butang loceng setiap block . Aku melepaskan lelah ketika sampai ke block terakhir iaitu block A .

       Aku dengan lelahnya terpaksa sambung jalan ke block aku bersama abang Amir kitorang memang tak bercakap langsung masa berjalan balik ke dorm . Tiba-tiba abang Amir cakap kat aku "selamat pulang kerumah adik " . "Thanks bang , kalau abang nak paper nanti roger jelah saya . Insha Allah saya boleh tolong belikan untuk abang " kataku kembali . "Tak payah aku taknak paper pon , aku nak kau selamat jer pulang kerumah nanti " akhirnya abang Nazmi berjaya menghentikan perbualan kami . Aku dengan berat hati berjalan pulang kedorm aku .

        Sampai-sampai kat pintu jer abang Raziq dah terjah aku . "Kau tidur kat dorm orang lagi ker !" tengkingnya . " Ehh , tak-tak abang Nazmi suruh saya kejut dia supaya dia dapat tekan butan loceng untuk bangunkan semua orang " aku cuba untuk meyakinkannya yang aku tidur di dorm aku sendiri . "Baik , kalini aku percaya kau . Sekali lagi kau tidur kat dorm lain memang nahas kau aku kerjakan " kata-kata keramat abang Raqiz membuat aku terdiam tidak mampu bersuara . Aku takut sangat-sangat bila kena gertak sampai tahap camni . Tapi takpalah harini kan aku dah nak balik rumah . Tak aabar nak jumpa kakak kesayangan aku .

        Aku pon ambiklah tuala dan kejut rakan-rakan aku yang masih tidur diatas katil . Azmer , Aqilludin dan Amar jer yang paling rapat dengan aku dekat dalam dorm ni yang lain tu layan tak layan jer . Aku memang tak suka sangat kawan ngan ramai orang ni . So , aku ambik keputusan untuk berkawan dengan beberapa ketul jer . Biarlah aku kurang kawan daripada aku kawan dengan orang yang nak tikam belakang aku , naya aku nanti . Dengan hanya beberapa ketul manusia ni pon dah cukup sangat bagi aku . Aku sayang semua orang yang rapat dengan aku .

SAYANG AKU TAK ? (S1)Where stories live. Discover now