Jabir Meftah as Shahrul Izzat
Rose as Nur Aimi Batrisya
Syamim Hasni as Daniel
Shahrul Izzat's pov
Aku tersedar dari mimpi , aku rasa sakit kepala sangat . Kenapa aku selalu mimpi yang pelik-pelik macam ni . Aku rasa ada sesuatu yang tak kena , macam ada mesej yang ingin disampaikan . Aku bangun dengan memegang kepala yang sakit . Aku rasa tak bermaya . Aku call Uncle Yahya mintak cuti aku rasa nak rehat jer hari ni . Aku ambik panadol dengan air kosong . Aku telan panadol dan minum air kosong yang aku pegang tadi . Aku cuba untuk ingat kembali mimpi yang aku selalu alami ni. Kenapa aku selalu mimpi pelik-pelik .
#Flashback (Mimpi Shahrul)
"Tolong pakcik Hamdan saya yang salah , saya yang duduk kat bilik bawah tanah ni lama-lama Anita tak salah" kataku merayu kepada pakcik Hamdan agar Anita tidak dibelasah . "Ketepi kau !" pakcik Hamdan menolak aku ketepi , dia berjalan perlahan-lahan kearah Anita yang merayu-rayu pada ayahnya agar dia tidak didera lagi .
"Baba tolong ampunkan Anita ! Anita yang salah sebab tak halau Shahrul sebelum pukul 10 malam" kata Anita . Pakcik Hamdan semakin mendekati Anita . Tali pinggang yang dipegangnya sudah diangkat ditangan , Tiba-tiba Shahrul Izzat memegang pakcik Hamdan dan menahannya dari memukul Anita . "Anita ! lari Anita !" jeritku pada Anita . Anita teragak-agak nak lari tapi selepas dia tenung muka aku dia akur juga akhirnya .
YOU ARE READING
SAYANG AKU TAK ? (S1)
RandomAimi merupakan gadis jelita yang mempunyai perasaan terhadap sahabatnya iaitu Shahrul Izzat . Segala-galanya berubah setelah hadirnya Shayla dan Anita . Mereka berdua telah mengubah kehidupan Aimi dan keluarganya . Berbagai-bagai dugaan hidup yang m...