Episod 15 ( Asrama atau Pusat Perang ?)

84 24 0
                                    



  Rizky's pov

      Aku bangun pada pukul 5 pagi . Aku pandang wajah abang Nazmi dan juga Zack , nyenyak betul diorang ni tidur . Aku bukak laptop aku dan aku terkejut , musuh sudah mencapai 45% pemulihan sistem yang telah aku cerobohi . Aku kena buat sesuatu sebelum diorang tahu identiti aku . Aku mula menyerang kembali sistem diorang ,  kali ni aku keluarkan semua ilmu yang aku ada. Aku menyerang masuk kearah CCTV dalam markas tu . Aku nampak ada 10 hackers yang sedang berusaha memperbaiki sistem mereka . Tapi aku tidak mahu ketinggalan . Aku rekodkan setiap data yang aku dapat . Semakin sengit nampaknya halangan-halangan untuk terus ke folder rahsia yang mereka simpan segala jenayah-jenayah mereka daripada pihak polis . 

    Akhirnya , aku berjaya menebusi folder utama . Aku copy semua gambar-gambar dan juga data-data yang aku dapat . Memang kalini aku takkan lepaskan diorang semua . Rupanya sistem dibalai polis juga mereka hack, supaya data-data peribadi mereka tidak akan sampai keibu pejabat polis . Aku kagum dengan permainan mereka tapi aku juga mampu membuat mereka tertunduk dengan iq yang aku miliki . Aku tidak mudah jatuh ketangan si hacker yang berpengalaman kerana aku tahu aku bukanlah pertama kali buat bendabenda macam ni .

*

*

#Flashback ( kenangan hacking )

    "Inspektor  ! Saya dah dapat kesan mana lokasi penjahat tu , saya juga dah ceroboh masuk kedalam sistem diorang . Semuanya mudah sahaja " kataku pada Inspektor Kamarul . Inspektor hanya senyum melihatku menjalankan tugas rahsia . Aku membuka langkah untuk ke peranti utama . Aku copy segala maklumat yang aku dapat dari peranti utama diorang . Aku sekat sistem diorang agar diorang semua tak mampu nak buat serangan balas . Aku beralih pada komputer yang kedua dan menghack sistem CCTV . Aku nampak ada 15 orang yang sedang memperbaiki sistem , mereka tekun sekali . Tapi malangnya diorang semua tak mampu nak halang aku dari memusnahkan sistem diorang . 

   Aku masuk kesejarah penggunaan CCTV ni . Aku copy semua maklumat dan masukkan dalam USB aku . Aku memberikan USB itu kepada inspektor Kamarul dan terus menerus hack sistem diorang . Aku melihat kearah komputer yang kedua dan aku nampak diorang semua terpaku dan tidak mampu berkata apa-apa . Sistem diorang dah rosak sepenuhnya . Tidak mampu dibaiki dengan sendirinya , hanya aku yang mampu memperbaiki keadaan . Tapi aku tidak sesekali akan beri mereka peluang untuk memperbaiki sistem .

   "Awak memang hebat Rizky , saya kagum dengan kehebatan awak" kata inspektor Kamarul memuji-muji kehebatan aku . Aku juga tidak mampu menafikan ilmu yang aku ada , kehebatan yang aku pelajari dari dulu dan juga kecekapan dalam menangkas rintangan dari musuh . Bagiku komputer adalah senjataku , tidak ada yang mampu lari dari aku jika aku sudah menekan keyboard . 

#Flashback off (kenangan hacking)

    "Abang Nazmi , bangun" kejutku lembut . "Goodmorning Rizky" kata abang Nazmi sambil menguap . Aku beralih pula pada Zack yang lena dibuai mimpi . "Zack , bangun" kejutku lembut . Zack menggeliat dan memandang kearahku . "Latihan pukul 3.20 petang sampai pukul 4.00 boss" kata Zack kepada aku . Aku hanya senyum kepadanya , abang Nazmi bangun dan mengambil peralatan mandinya . Aku memegang tangan Zack dan berjalan menuju kearah abang Nazmi . "Pergi sekali bang , risau abang Raziq ngan abang Nazim attack kitorang sebab tak tidur dalam dorm kitorang sendiri" kataku pada abang Nazmi.

    "Baru nak ajak korang pergi sana , dah jom kita . Btw , beg sekolah yang ada laptop tu tinggal kat loker abang , jangan risau tak ada siapa yang berani usik loker abang tu" kata abang Nazmi lagi . Kitorang menyarung selipar dan bergerak dari block ke block untuk menekan loceng. Aku memandang Zack dengan wajah yang tersenyum lebar , kalaulah dari dulu kitorang dah berbaik aku akan jaga dan sayangkan Zack macam arwah Amri buat kat dia . Aku sebenarnya cemburu sebab Zack pernah dapat seorang sahabat yang berani menegur dan juga menjadi tali hidayah pada Zack . Sungguh aku kagum dengan arwah kerana mampu mengubah Zack dari hati yang busuk kepada hati yang seharum kasturi . Macam mana aku boleh kenal arwah Amri ? Tu pun sebab Zack ceritakan semuanya kat aku . 

SAYANG AKU TAK ? (S1)Where stories live. Discover now