Episod 4 (Rafiq Rizky's pov)

141 25 3
                                    

         







          "Ya Allah kau percepatkanlah waktu balikku agar aku dapat berjumpa dengan kakak Aimi , amin " doaku sebelum tidur . Entahlah , aku rasa macam tak sedap hati . Asyik fikir pasal kak Aimi saja . Aku risaulah pasal kakak Aimi ni . Tapi takpalah , esok aku dapat jumpa dengan dia jugak . Aku rindu kakak dengan abang . Rindu sangat-sangat aku dah taknak duduk kat sini , aku dah penat kena buli dengan abang-abang senior tapi aku tak berani nak cakap dekat siapa-siapa . Hanya diari aku jer yang mampu menjadi kawan sehati aku kat sini . 

         "Ya Allah , kenapa aku kena buli sampai tahap macam ni . Aku dah penat Ya Allah " ngomelku didalam hati . Hanya tuhan sahaja yang tahu betapa peritnya aku menjadi penghuni asrama yang penuh dengan seribu satu rahsia terbesar kat sini . Aku ambik diari aku dan mula mencatat kisah yang telah aku alami sehari-hari . Kalaulah Mama dan Papa masih hidup aku nak mengadu dengan diorang tapi aku tak mampu . Aku mencatat hingga aku tidak sedar yang ada memerhati aku diatas katil . 

          Orang itu berjalan perlahan-lahan kearah aku dan duduk ditepi katil aku . Aku menjadi terkejut kerana orang itu adalah Abang Amir ketua block A yang aku huni sekarang ni . " Abang tahu kau sedih , abang bukan tak nak tolong kau tapi abang tak mampu . Kita sama-sama rasa perit ni abang pun pernah kena apa yang kau lalui sekarang ni bahkan zaman abang lagi teruk dari kau . " kata-kata abang Amir itu menghentikan lamunan aku dan mula mengesat air mata yang sudah melimpah dipipi . " Abang Amir , kenapa diorang buat macam ni kat kita . Teruk sangatkah kita ni ? Kita pernah buat dosa besarkah dengan diorang sampai diorang buli kita hingga ketahap ini " aku mula bersuara dalam keadaan yang masih tersedu-sedu menahan airmata . 

           Sungguh aku tak mampu mengawal perasaan aku bila mengingati segala perit yang dialami selama menjadi penghuni asrama ini . Tiada siapa yang tahu apa yang kami lalui disini mereka hanya nampak dari sisi luar dan lakonan semata-mata .

        Mereka tidak mengatahui isi yang disimpan rapi oleh Pengerusi Semua Block a.k.a Abang Nazmi . Abang Nazmi ? Sumpah aku benci nama tu dan dia tak layak langsung terima gelaran tu . Aku harap sangat aku dapat keluar dari asrama yang berhantu ni . Tiba-tiba abang Amir bersuara lagi " mari abang tengok diari kau " . Aku hanya membenarkannya membaca isi hati aku yang penuh dengan seribu satu perasaan yang menghantui diri aku . 

*

*

SELASA 2 JANUARI 2019

    Hari ni merupakan hari pertama aku masuk ke asrama ni . Hati aku teruja sangat-sangat sebab dapat menjadi penghuni asrama ini . memang harapan aku nak duduk kat sini nak belajar perkara baru  . Aku nak sangat bina hidup baharu disini tapi AKU terlalu naif dan tidak memikirkan risiko dan realiti penghuni asrama . Hari pertama aku disini dan hari ini jugalah sesi buli telah dijalankan . Aku kena kutip semua cap jari Ketua2 Dorm dan Ketua2 Block . Memang penat sampai aku tak mampu nak cakap . Pelbagai aksi pelik yang aku kena buat tapi ada yang seberapa tu just bagi saja dan tak suruh aku buat macam-macam . Aku kene siapkan dalam masa 2 hari jer . Memang gila dibuatnya . Tapi aku redha dengan semuanya . 

*

*

JUMAAT 15 FEBUARI

     Aku ingatkan setelah kisah Cap Jari tu berakhir hidup aku pun akan bahagia kembali macam tu jer tapi ternyata aku salah . Aku kena jadi maid Pengerusi Semua Block sampai kadang2 aku tidur pukul 1 pagi . Macam-macam aku buat basuh baju dia , kemas katil dia , kemas loker dia dan macam-macam lagilah . Sumpah penat gila , kadang-kadang tu sampai kena marah dengan Teacher Rosilah sebab tak siap kerja dia dan banyak lagilah cikgu yang marah aku pasal homeworks yang tak pernah siap . Aku terpaksa hadap semuanya dan buat homeworks sampai pukul 3 pagi . Lepastu kena kejutkan abang Nazmi supaya dia dapat hidupkan loceng setiap block dan itulah tugas aku setiap hari . 

*

*

RABU 20 MAC

    Hari ni aku kena maki cukup-cukup dengan katua dorm aku abang Raziq . Sebab asyik tidur kat dorm orang lain . Aku dah cakap kat dia yang aku kena tidur kat bilik Pengerusi Block kalau aku risau aku tak dapat kejut dia . Terus penampar melekat kat muka aku . Aku pegang muka aku dan akhirnya butiran mutiara melimpah ruah dipipiku mengalir tanpa henti . Dan tak semena-mena abang Raziq menendangnya jatuh tergolek bagaikan nangka busuk . Aku tak mampu berkata apa-apa selain menangis teresak-esak menahan perit yang diberikan oleh abang Raziq . Secara tiba-tiba abang Amir datang membantu aku dan memaki abang Raziq secukup-cukupnya . Dia memang caring pasal aku dan tak kira apa yang berlaku dia akan cuba mempertahankan aku tapi bukan dengan Pengerusi . Sebab dia juga pernah lalui perkara yang sama aku lalui . Aku bersyukur juga akhirnya aku diselamatkan oleh Abang Amir . Abang Amir merawat luka akibat geseran pada lubang lantai yang tajam tu . Aku berterima kasih dan memeluk abang Amir seerat-eratnya . Abang Amir hanya merelakan dan membalas pelukan aku . 

*

*

#Backtostory ( Rafiq Rizky's pov )


         "Cukuplah abang dah taknak baca semua ni , abang dah anggap kau macam adik abang . Tak kira apa yang berlaku kat kau , tolong share dengan abang . Abang ada untuk kau , kau nak pukul abang sebab marah kat diorang pun buatlah . Abang rela jadi tempat kau melepas geram asalkan kau jangan bunuh diri kau ." Bebelan panjang lebar abang Amir membuat aku jadi terdiam dan tak mampu berkata apa-apa .

           Tiba-tiba abang Amir bangun dan berkata "Kau tidurlah dulu nanti abang kejutkan kau supaya kau dapat kejutkan Pengerusi Anjir tu " abang Amir berjalan meninggalkan aku . "Abang tunggu " aku cuba untuk menahan dia dari pergi meninggalkan aku . Secara spontan abang Amir berpusing kearahku yang masih duduk diatas katil .

           "Terima kasih sangat-sangat sebab jadi orang yang pertama dan terakhir caring dan menjaga saya dengan baik . Saya sayangkan abang macam abang kandung saya sendiri ." Kata-kataku sayu kedengaran ." Kau tak perlu cakap macamtu Rizky , abang dah anggap kau macam adik abang sendiri walaupun abang ni anak tunggal .

             Abang akan tetap jaga kau selagi abang ada kat sini ." Kata-kata yang abang Amir lemparkan pada aku membuat hati aku berasa terharu . Sungguh aku terharu dengan kata-katanya . Abang Amir membuka pintu dorm dan keluar meninggalkan aku . Aku beryukur sangat-sangat dapat abang angkat macam abang Amir ni . Tanpa dia tak mungkin aku mampu teruskan hidup disini . 

           Tiba-tiba aku teringat esok abang Shahrul nak datang ambik aku balik jadi aku kemas baju siap2 sebab takut tak sempat . Aku kemas sambil menangis2 teringatkan segala keperitan yang aku alami disini . Aku cuma harap suatu hari nanti sinar akan datang menyelamatkan aku dari kegelapan yang tak mampu aku dambarkan ini . Batin dan Zahir aku dah hancur terkulai layu bagai tiada hari esok .

          Tapi bila aku teringat pada kak Aimi aku jadi bersemangat nak teruskan kehidupan aku agar dapat bersama-samanya walau hanya sebentar sahaja . Aku amat merindui segala gelak tawa dan belaiannya kepadaku . Hanya tuhan sahaja yang dapat mengatahui betapa rindunya aku pada mereka . lepas siap aku mengemas , aku naik keatas katil dan terlelap lena dibuai mimpi . Aku harap hari esok lebih baik dari hari ini . Selamat malam dunia yang penuh dengan fatamorgana . 











Bersambung........

SAYANG AKU TAK ? (S1)Where stories live. Discover now