Episod 16 ( Abang Amir ?)

81 25 0
                                    

Abang Nazmi's pov

Tiba-tiba pintu dorm aku diketuk . " Masuk " kataku . Ada seseorang yang mendekati aku dari belakang . "Nazmi ni aku " kata 'dia' . Aku menoleh kebelakang dan terperanjat . Orang yang aku nampak ni adalah !

*

*

"Amir" kalimat yang mula keluar dari mulutku . "Ya , Nazmi ni aku " katanya padaku . Amir mula mendekati aku yang sedang menghacking sistem kumpulan Tigers King . Aku nampak dia membawa beg laptop bersamanya , aku keliru . Banyak persoalan yang keluar dari benak fikiran aku . Tapi apa yang Amir mahukan dari aku . Amir semakin hampir dengan aku . Aku jadi penasaran apa yang sebenarnya Amir ingin lakukan .

"Kau hack sistem Tiger King kan ?" soalan yang dikeluarkan dari mulutnya membuat aku terdiam seketika . "Tapi macam mana kau boleh tahu ?" soalku kembali . Dia mengeluarkan laptop miliknya dan aku terkejut , aku terpaku bila isi yang ditunjukkan oleh Amir merupakan sistem yang kami telah hack selama ni . "Apakah semua ni ?" aku makin bingung . Aku melihat wajahnya yang tenang sahaja . Aku pandang kearah matanya aku teringat sesuatu , dia mirip seseorang . Ya wajahnya juga mirip dengan seseorang .

"Jangan cakap yang kau dari keluarga" belum sempat aku menghabiskan ayatku Amir telah pun memotongnya . "Ya , Aku kembar pada Anita " kata-kata yang keluar dari mulut Amir buat aku terdiam . Aku tak mampu berkata apa-apa . Apakah yang berlaku selama ni . Adakah ini kebetulan ataupun telah dirancang . " Aku tahu kau keliru , tapi kau kena tahu realiti sebenar yang berlaku dalam hidup kita semua . Semuanya telah dirancang Nazmi " kata Amir . "Apa maksud kau dirancang " soalan yang keluar dari mulut aku merubah raut wajahnya

*

*

Abang Amir's pov

"Anita , kenapa kau hadir kembali dalam hidup diorang semua ! " aku sudah mula membangkitkan amarahku dihadapan adik kembarku . "Abang , ingat tak arwah ayah yang kenalkan Tiger King dengan adik . Ingat tak yang Mummy dipaksa untuk curang dengan Uncle Yahya . Semua ni angkara ayah kita abang !" Anita menerangkan semuanya . " Ya , memang semua ni angkara ayah kita tapi kau tak perlu kacau hubungan kekeluargaan diorang . Kau memang nak cari nahas ker" semakin lama dilayan Si Anita ni makin serabut kepala aku . " Abang duduk dan tengok apa yang Anita nak buat, Mama dan Papa Shahrul dah dapat balasan sebab kacau keluarga kita . Sekarang masa untuk adik buat benda yang sama kat Shahrul , adik nak pastikan yang dia akan betul-betul menderita" kata Anita menggila

"Abang tak akan benarkan kau buat macam tu , memang abang dibuang sejak kecik dari keluarga kita . Tapi jangan harap abang nak benarkan Nita buat macam tu kat diorang ! " amarahku makin memuncak . "Cuba halang jika abang mahu berada didalam masalah" kata Anita dengan senyuman Sinis . "Abang takkan pernah jatuh ketangan kau , kau takkan pernah dapat tumpaskan abang " kataku lalu meninggalkan Anita .

Aku berjalan menuju kekereta dan memacu kenderaan 4 roda tu menuju kerumah aku . Aku buntu , aku dah tak tahu apa nak buat . Sekarang nyawa keluarga Rizky dalam bahaya . Aku kena buat sesuatu untuk menyelamatkan mereka semua . Aku tak boleh berdiam diri . Aku memandu dengan keadaan yang gelisah . Aku melihat jam ditangan aku baru sampai pukul 5.22 petang . Aku kena cepat pulang keasrama . Dah berapa hari aku tak datang keasrama . Aku memang tak pernah miss sekolah tapi aku tak datang asrama ada sebab , aku terpaksa berbohong pada warden kononnya aku ingin menjaga ibuku yang sakit tapi sebenarnya aku hendak bertemu dengan adik kembar aku yang makin menggila .

*

*

Aku parking kereta aku dekat rumah kawan aku , Ramli . Aku kemas kain baju aku dengan segera . Aku kena bagitahu perkara sebenar dekat diorang semua . "Ramli hantar aku pergi asrama sekarang jugak" kataku kearah Ramli . "Barang dah siap" katanya padaku . "Sudah , sekarang kita kena bergerak kesana secepat mungkin" kataku lagi . " Baiklah kalau itu yang kau mahukan " Katanya lalu berjalan menuju kearah pintu . Aku mengambil beg aku dan mengunci pintu rumah , aku serahkan kunci pintu rumah kepada Ramli .

SAYANG AKU TAK ? (S1)Where stories live. Discover now