Episod 10 ( Rampas hak aku !)

102 23 0
                                    

Shahrul Izzat's pov

Aku terjaga saat talefonku berdering menandakan ada yang ingin berbual dengan aku . Aku buka mata dengan berat sekali dan mengambil talefon aku yang berada di meja sebelah katil . Aku amati nama di skrin talefon dan ternyata orang yang memanggil aku adalah Nur Aimi . Aku jadi tak tentu arah nak angkat ataupun tidak . Kalau tak angkat nanti dia sakit hati tapi kalau angkat nanti bernanah telinga aku dibebelnya nanti . Aku pun dah malas nak fikir panjang terus angkat panggilan tu .

"Asssalammualaikum Shahrul Izzat"

"Waalaikummussalam Aimi , kenapa call ni "

"Seriously kau tanya kenapa ? Kau dah tahu kan apa tugas kau harini "

"Hurrmmmm yerlah aku ingat , nanti aku ambik adik kau dari sekolah "

"Shahrul ? Actually aku nak tanya something kat kau "

"Apa dia Aimi , tanya jerlah "

"Betulkah family kita....."

Belum sempat Aimi menghabiskan ayatnya talefon Aimi tiba-tiba tertutup sendiri menandakan dia sudah kehabisan kreadit . Aimi menyumpah seranah pada talefonnya . Aku rasa dia ni macam ada benda nak sampaikan kat aku tapi lantaklah . Aku pun bangun dan bersihkan diri aku dan bersiap-siap untuk ke office . Aku sebenarnya masih tercari-cari apa yang sebenarnya apa yang hendak dikatakan oleh Aimi tapi aku endahkan buat masa sekarang sebab banyak lagi benda aku nak buat . Hari ni nak kena ambik Rizky lagi nak kena jada 3 beradik lagi . Tapi aku tak boleh mengeluh nanti hilang rezeki aku pepagi hari ni . Aku mengenakan baju kemeja berwarna merah jambu dan berjalan menuju ke kereta aku .

*

*

Aku telah pun sampai ke office dan orang pertama yang aku jumpa adalah Shayla . Aku terperanjat macam mana boleh ada manusia ni kat sini , tak padan dengan gila ada hati nak rosakkan hubungan kekeluargaan . Nasib baik Uncle aku cerita kebenaran yang terselindung dibalik kecantikan Shayla , aku harus berhati-hati dengan setiap gerak-geri dia aku tak nak nanti akan ada yang tercedera dengan penyakit yang dihadapinya . Ternyata dia menghadapi Personality Disorders , aku turut bersimpati pada dirinya tapi aku juga harus mengambil langkah berjaga-jaga . Aku risau kalau keluarga aku bakal menempuh masalah besar . Shayla mampu buat apa-apa sahaja demi merebut hati aku , aku taknak kehilangan Aimi . aku harus buat sesuatu demi kebaikan semua .

Aku berjalan menghampiri Shayla yang begitu cantik pada hari ini dengan mengenakan blaus berwarna hitam dan rambut yang beralun . Dia memandang aku dengan wajah yang tersenyum lebar , aku hanya melayani setiap karenah dia agar semuanya tetap baik sahaja . Aku terpaksa bagitahu Uncle aku yang anaknya bersama denganku buat hari ni . Nasib baik dia membenarkan aku untuk bersiar-siar dengan Shayla dan aku juga mendapat Off Day secara kecemasan . Aku rasa mungkin nasibku bakal malang hari ini tapi tidak mengapa , aku boleh handle semua ni .

"Hye Shahrul , jom kita pergi jalan-jalan Shayla rasa nak jalan-jalan dengan Shahrul lah harini " kata-kata Shayla membuat aku meremang seketika . "Ouh sure , siapa cakap tak boleh . Shayla nak pergi mana " kataku cuba mengawal macho . " Shayla nak ajak Shahrul pergi shopping , lepastu kita pergi makan kat satu cafe ni boleh tak " kata Shayla dalam keadaan gedik . "Errrrrr , boleh-boleh sure anything for you ha ah " kataku dengan senyuman palsu . "Thanks my baby , sweet you ni " katanya lagi . " So , jom kita " kataku menghentikan kegedikkan yang ada didepan mata aku sekarang . Rasa meluat pun ada dengan Aimi tak ada pulak dia nak menggedik macam ni , huh apalah nasib aku harini .

Nur Aimi's pov

Alhamdulillah harini aku Off Day sebab boss nak pergi outstation 3 hari . Dapat aku duduk kat rumah jaga budak and ambik Rizky dari sana sekali . Arhhhh ! bahagianya . Rasa nak jerit kat satu dunia betapa bahagianya aku bila dapat cuti tapi gaji still jalan cam biasa . Memang aku respect lah boss aku ni baik sangat even dia India tapi hati dia memang baik . Ramai yang nak bekerja kat sini tapi kena tolak sebab disiplin tak tinggi . Kiranya aku ni beruntunglah .

SAYANG AKU TAK ? (S1)Where stories live. Discover now