Episod 12 ( Dilema Shayla & Zack)

101 27 4
                                    



 Shayla's pov

   

    "Ha ha ha ha , akhirnya kau masuk dalam perangkap aku Aimi !" aku tertawa bagaikan dirasuk hantu . Sungguh aku tidak menyangka aku boleh jatuh cinta pada Shahrul . Aku tak boleh tahan perasaan cinta aku kat dia . Aku mesti dapatkan hati dia . Kalau aku tak dapatkan hati dia mesti Aimi akan rampas harta untuk aku kikis . Arhhhhhh !! semua ni tak boleh jadi aku kena buat sesuatu supaya Shahrul cintakan aku ! Aku nak Shahrul nampak aku bukannya Aimi yang keparat tu ! Aku berjalan kearah dinding yang penuh dengan gambar Shahrul Izzat . Aku pegang pisau ditangan dan tikam-tikam banyak kali gambar Nur Aimi Batrisya yang berada disebelah gambar Shahrul Izzat . 

   Aku semakin tak waras , aku memandang pada cermin dimeja solek aku . Secara tiba-tiba Wawa iaitu imaginasi aku datang menyapa . "Shayla , please saya merayu kat awak tinggalkan mereka semua atau awak bakal kehilangan nyawa awak sendiri " kata Wawa . "Hey betina ! Suka hati akulah kalau aku nak tinggalkan Shahrul ker tak nak ! Aku cintakan dia , dia bakal jadi milik aku ! Ha ha ha ha ha " aku mengilai seperti puntianak yang bergayut didahan pokok . " Shayla , awak yang menentukan jalan untuk awak pilih . Jika itu yang awak pilih saya tak boleh nasihatkan awak lagi " kata Wawa dengan penuh sopan santun . "Aku malas layan kau dasar murahan !" aku beredar dari cermin tu dan bersiap-siap untuk keluar . 

   Aku kena pakai cantik-cantik hari ni boleh aku jumpa Shahrul Izzat nanti , ehhhhhhh ! Dia kerja pulak ! Arhhhhhhhhhhhhhhh sakitnya hati ! Baru nak ajak dating . Tak apalah aku nak buat kerja gila harini , tak sabar nak jadi diva . Aku kembali semula kemeja solek aku dan make up muka aku biar nampak lebih cantik harini . Aku pakai foundation dari Safiey sumpah cover satu muka aku , aku rasa aku dah terlampau  cantik untuk mengalahkan Aimi . Aku pakai dress warna grey baru matching dengan make up aku hari ni . Aku ambik beg Bonia aku and blah dari bilik aku . Aku keluar dari rumah masuk dalam kereta Toyota Vioss aku dan ucap bye-bye pada rumah . Banyak lagi misi yang aku nak selesaikan . Aku kena buat sesuatu untuk pisahkan mereka berdua . Ha ha ha ha ha ! Diva is here !

*

*

     Aku memandu dengan kelajuan yang serdahana . Aku tengok jam baru pukul 12.30 tengah hari . Aku berjalan menuju ker cafe tempat si Aimi kerja tu tapi malangnya tutup harini . Haisssshhhhhhhh , baru nak jalankan niat jahat dah hilang pulak si dia ni . Tapi takper aku tak akan berputus asa aku tahu banyak cara lagi yang boleh aku pakai . Aku menyumpah seranah pada owner kedai ni tiba-tiba pulak nak tutup . Menyusahkan orang betullah diorang ni , tak boleh nak bagi aku peluang langsung . 

    Aku berjalan meninggalkan cafe buruk ni dan menuju kearah kereta aku . Masa nak buat jahat tulah kedai tutuplah , Shahrul kerjalah . Aku bencilah macam ni . Aku pandu kereta pulang kerumah dengan amarah yang berkobar-kobar dijiwa . Nak jer aku terkam and makan si Aimi tu tapi masalahnya aku bukan harimau . Aku bukan radio hot F.M dan melayani setiap alunan musik yang keluar supaya aku akan tetap tenang . Risau pulak aku tengah memandu ni . Nanti jadi lain pulak kang susah aku nak tanggung . Aku menyimpan dendam terhadap Aimi . Aku tetap dengan pendirian aku , rampas tetap rampas . Tak ada siapa yang boleh halang aku dari buat kerja aku . 

Zack Zakaria's pov

  

       Pagi-pagi aku bangun pun aku dah rasa sunyi . Aku pergi dekat Adib tapi dia tak layan aku pun . Aku rasa sunyi sangat-sangat . Aku berjalan menuju kebilik TV and ikut serta dengan diorang semua . Tiba-tiba abang Nazmi masuk dan memandang tajam kearahku , aku tidak melayaninya . Aku sedar diri aku tak layak berada disisinya , biarlah aku kesunyian seperti ini . Kalau ada Rizky tu boleh jugak aku nak kacau dia tapi malangnya dia dah balik rumah . Hurmmmm , sunyi sangat-sangat . Aku ingat lagi kenangan bersama-sama arwah Amri dekat sini . Kitorang rapat sangat sampai semua orang ingat kitorang berdua ni gay . Aku tak kesah orang nak cakap apa janji Amri setia sebagai kawan sejati aku masa tu . Tiba-tiba aku tersengih seorang diri . 

SAYANG AKU TAK ? (S1)Where stories live. Discover now