Final ( Sayang Aku Tak ?)

207 26 7
                                    

Episod sebelum ...........





      "Jerit lah panggil Tiger King kau , hahaha !" ngilaian aku persis puntianak . "Kau jugak akan mati Shayla" katanya dengan nada yang serius . "Tunggu kiamat baru aku mati , hahahaha" gelakku padanya . Dia memandang wajah aku dengan serius , nampaknya dia sudah tidak takut kalau nyawanya hilang hari ini . " Ada kata-kata terakhir" kataku sambil meletakkan pistol didahinya . "Kau akan terima balasan yang sama" kata Anita kepadaku . Aku perlahan-lahan menarik picu pistol dan ..............




Episod baharu................





      Shayla meninggalkan mayat Anita yang sudah terkulai layu dan tidak lagi bernyawa diatas lantai sebuah rumah yang sangat usang . Sungguh kejam perbuatan mereka berdua akhirnya si kakak tiri itu sendiri yang menamatkan riwayat Anita yang sangat kejam itu . Shayla kemudian memandu keretanya untuk misi kedua dia iaitu menculik adik kepada Aimi . Semua ini kerana dia nak umpan Aimi untuk jatuh kejeratnya .

*

*

      Sampai disekolah adik-adik Aimi aku nampak yang paling bongsu keluar sendirian tanpa kedua orang kakaknya . Aku keluar dari kereta sambil menuangkan cairan pemensan ditelapak tanganku . Aku rasa sekarang masa yang sesuai untuk menjalankan misi aku. Aku berjalan menuju kearah adik paling bungsu dia iaitu Ayuni dan meletakkan tanganku lembut kearah hidungnya , dia kemudian pengsan dan aku berlakon sebagai ibunya .

     "Ayuni ! Ayuni kenapa ni" kataku sambil memegang Ayuni yang pengsan ditanganku . Ramai yang memandang kearahku , aku kemudian mendukung Ayuni dan letakkannya di sit belakang . Aku kemudian bergerak meninggalkan sekolah merek dan membawa budak ni untuk dijadikan umpan kakaknya .

*

*

    Aku telah sampai kerumah usang yang aku gunakan untuk bunuh mayat Anita . Aku ikat budak tu dekat kerusi dan berjalan-jalan mencari idea yang bernas untuk membuat mereka tidak call polis sama sekali . Aku rasa sekarang adalah masa yang paling sesuai untuk aku jalankan misi aku , aku akan pastikan hidup Shahrul Izzat merana sebab tinggalkan aku .

       Aku ambik talefon dan on kan ia . Aku rasa aku kena call Shahrul Izzat untuk bagitahu benda ni , Muahahahaha ! Aku pasti Shahrul akan gelisah and gelabah tak tentu arah nanti .

Nur Aimi's pov

        Aku keluar dari rumah aku untuk kesekolah dan ambil adik-adik aku . Aku bukak radio dan cuba untuk menenangkan fikiran aku yang masih berbunga-bunga teringatkan balik betapa sweetnyer Shahrul Izzat dengan aku semalam . Siap pegang-pegang tangan lagi. Secara jujurnya kitorang dah sah jadi pasangan couple dan aku tahu yang Shahrul Izzat jenis yang tak nak tunggu lama-lama kalau boleh esok nak khawin terus tapi kalau dia duduk with my family dia kena banyak belajar bersabar . Hahahaha , kelakar pulak bila ingat segala perangai yad ada pada Shahrul .

*

*

       Aku sampai dekat sekolah dan aku nampak adik-adik aku berjalan kearah aku sambil menangis-nangis , aku jadi penasaran nak tahu apa yang jadi kat diorang semua sebenarnya . Aku bukak pintu dan bagi diorang masuk dalam kereta tapi aku tak nampak adik aku Ayuni. "Ehhhh mana perhi Ayuni" kata aku dalam hati . Aku memandang wajah adik-adik aku dari tadi tak berhenti nangis . Sah memang sah ada perkara buruk jadi dekat Ayuni ni sebab kakak-kakak dia tak pernah nangis macam ni .

     "Akak , Ayuni hilang" kata Emieyla tersekat-sekat akibat menangis yang terlampau lama . Aku dah panik masa tu aku tak tahu apa nak buat . Ouhkay , aku cuba untuk menenangkan diri aku sebab aku tahu kalau aku terlampau gelabah karang aku yang masuk jerat diorang jadi aku kena sentiasa berhati-hati walaupun keadaan nampak tenang . Aku dail nombor Shahrul dan call dia kali kedua baru dia nak angkat call .

SAYANG AKU TAK ? (S1)Where stories live. Discover now