Episod 6 ( Pulang kerumah )

115 25 1
                                    


Hari ni aku dah boleh pulang kerumah dan berehat hingga aku sihat sejahtera seperti sediakala . Aku rindu sangat pada katil aku dirumah dan aku masih lagi berharap agar aku dapat baca isi tersurat yang Shahrul tinggalkan kepada aku . Aku nak sangat-sangat tahu apa yang Shahrul nak bagitahu aku sebenarnya . Dari hari pertama aku still berharap aku dapat baca tapi aku tak mampu .

#flashback (Surat Misteri)

Kusangka adikku tidak akan memanggil Shahrul kerumah tapi akhirnya dia panggil juga Shahrul untuk datang menjengukku . Shahrul menarik kerusi yang ada ditepi katilku dan melihat aku yang lena dibuai mimpi . Shahrul mengambil perlahan gambar yang aku peluk dan menatapnya dengan wajah yang pilu . Ternyata Aimi amat merindui dirinya dan mempunyai rasa cemburu ketika dia mengatakan bahawa dia telah jatuh cinta pada perempuan misteri tersebut .

Shahrul meletakkan kembali gambar tersebut dalam dakapan aku dan menarik kerusi yang didudukinya ke meja study aku . Rupanya dia hendak menulis surat dan meninggalkan aku didalam bilik sendirian . Aku terbangun saat dia menarik kerusinya namun aku tidak mahu bercakap apa-apa kerana diriku masih lemah untuk berkata-kata . Aku menjadi bingung dan penasaran untuk melihat isi yang ditulis olehnya . Tapi biarlah 'ia' menjadi misteri buat sementara waktu dan aku teruskan lenaku hingga kereta ibu dan ayah telah pulang kerumah

#flashbackoff (surat misteri)

*

*

"Kakak dah siap dah , beg ni biar Rizky yang angkat " kata adik angkat kesayanganku . "Dah sayang jom , pegang tangan akak ni takut jatuh . Kepala akak dahlah pening-pening lagi ni " kataku padanya . "Anything for you my sister " balasnya . Kitorang berjalan sampai ke kaunter memunggu Shahrul Izzat dibawah yang sedang membayarkan bil hospital . " Shah , kau tolonglah angkat beg yang Rizky bawak tu kesian aku tengok dia ni dahlah gendong beg dia tak bawak balik lagi " kataku padanya . " Rizky mari sini beg tu biar abang bawakkan sekali beg yang kau gendong tu " katanya pada Rizky . "Hurmmm , nahlah " balasnya pendek .

Kitorang berjalan menuju ke kereta aku dah tak sabar pulang kerumah . Aku dah excited sangat-sangat . Aku ambik sit belakang sekali dengan Rizky sebab aku nak lepaskan rindu aku pada dia . Dah lama aku tak jumpa dia mestilah aku rindu , lagi-lagi dengan keadaan aku yang sakit-sakit ni . Aku pegang tangan Rizky masa kitorang berbual-bual dalam kereta . Memang menjadi kebiasaan kitorang pegang-pegang tangan ni sebab kitorang dah anggap semua sekali macam adik-beradik kecuali si Shahrul ni jer tak . Aku memang simpan perasaan dekat dia dah lama , dari kecik kot tapi aku just diamkan jer .

"Akak , Riz kalau boleh nak akak jadi akak ipar Riz"

"Hey , apa cakap macam tu tak elok tau"

" Bukan apa kak , Riz tak berkenan dengan orang lain Riz kalau boleh nak akak yang jadi kakak ipar Riz "

"Ouhkay Riz bagitau sebab kenapa Riz nak kakak yang jadi kakak ipar Riz "

"Pertama sebab kakak ni kakak yang paling baik"

"Yang kedua ?"

" Yang kedua akak ni paling penyayang "

"Yang ketiga ?"

"Yang ketiga sebab Riz dah kenal akak sejak Riz kecik lagi dan yang terakhir sebab Riz sayangkan kakak "

Kata-kata Rizky membuat aku diam seketika dan mengiyakan sahaja kata-katanya . Shahrul Izzat dah pucat habis muka dia bila Rizky cakap camtu kat aku . Aku tahu dia malu tapi aku try to take over keadaan ni tak nak bagi siapa-siapa terluka or cemburu . Aku memang nak sangat dia jadi suami aku supaya aku dapat jaga Rizky dengan baik dan biarlah aku yang menjadi ibu kepadanya , hantarkan dia kesekolah dan buat segala-galanya demi adik-adik aku dan juga Rizky kesayangan aku ni .

SAYANG AKU TAK ? (S1)Where stories live. Discover now