Kau?! : 06

877 106 24
                                    

Kahwin paksa? Klishe kan? Tapi ni lah yang berlaku ke atas aku, jessica park yang masih berusia 24 tahun

Mogok? Tak usah cakap. Dah puas aku mogok dengan abang aku. Tapi dia tu kan hati batu, mana layan. Siap suruh aku mangkat lagi.

Fuh, stress ada abang macam ni.

Bukannya nak sokong adik, malah tidak dilayannya lagi

Jessica sekarang berada dalam bilik persalinan pengantin perempuan.

Erm, abangnya mempercepatkan perkahwinan ni sebab takut dia lari. Dia pun tak tau apa motif abangnya beria-ria sangat nak suruh dia kahwin dengan orang yang dia sendiri tak kenal.

"Ke dia jual aku? Huh, fikiran negatif apa ni?"

"Jess, kau janganlah nangis. Mesti ada sebab abang kau buat macam ni"pujuk sahabat baik jessica, min hwa.

Ya, hanya dia seorang kawan di sekolah yang tahu akan perkahwinan paksa jessica. Mereka hanya menjemput kenalan-kenalan terdekat memandangkan majlis ini tergesa-gesa.

"Dah, meh sini aku iring kau. Jangan menangis, nanti make-up cair sayang"pujuk min hwa lagi sambil menyeka perlahan air mata jessica

Pintu gereja dibuka lalu jessica melangkah ke hadapan. Min hwa melepaskan jessica kepada abangnya.

Tangan dipautkan ke lengan abangnya lalu kembali melangkah ke hadapan namun dia masih menunduk.

Orang ramai mula berbisik-bisik tatkala melihat kecantikan jessica yang memang tiada tolok bandingnya.

Ditambah pula dengan gaun sexy dan sendat yang tersarung di badan jessica.

Abangnya berhenti melangkah apabila mereka sudah sampai di hadapan. Pautan di lengan abangnya dilepaskan lalu sepasang tangan dihulurkan kepadanya.

Jessica mendongak memandang bakal suaminya.

Anak matanya bertembung dengan anak mata dark chocolat milik lelaki yang sangat dia kenali.

"K-kim T-taehyung?"soalnya gagap lalu mencapai huluran tangan taehyung

Matanya terkebil-kebil memandang wajah taehyung yang kelihatan tenang namun tidak baginya apabila menyedari bahawa bakal suaminya itu adalah sebayanya, dan juga sesekolah dengannya.

"Apa yang terjadi sebenarnya?"

Gumam jessica perlahan sambil matanya tidak henti-henti melarikan pandangan dari bertembung dengan sepasang mata sexy milik taehyung.

TO BE CONTINUE___🌻

[C]Mr Sugelus •Kth•Where stories live. Discover now