Usia kandungan aku telah mencecah 9 bulan sejak insiden rempuhan kereta Taehyung dan Lori tempoh bulan. Langit yang tadinya cerah bertukar mendung.
Seakan mengerti kesedihan yang melanda diriku. Aku tersenyum pahit apabila wajah Taehyung memenuhi fikiran.
Jujur, aku tersangat rindukan kau Kim Taehyung.
Sudah hampir 6 bulan lelaki itu tidak sedarkan diri. Koma. Tangan dibawa mengusap perutku yang terasa tendangan bayi.
Tanpa membuang masa, aku capai cardigan yang tergantung di rak pakaian. Gaun berlengang panjang berwarna kelabu tersarung kemas di badanku.
Aku menepuk lembut perutku apabila merasakan tendangan bayiku seakan kuat sehingga mengakibatkan aku meringis sakit.
Langit ku pandang sayu sambil tersenyum pahit.
"Maafkan Jess, Tae"
---
Jessica mematikan enjin kereta wolkswagen miliknya. Kepalanya didongakkan keluar tingkap. Bangunan bercat putih dan suram itu menjengah pandangan mata.
Pintu kereta dibuka perlahan. Wanita bernama jessica itu segera mengeluarkan tisu dari tas tangannya. Air mata yang lebat membasahi pipi segera dilap.
Dia kuatkan hati dan semangat untuk menuju ke koridor bangunan tersebut.
Jessica mengemaskan pakaian yang dipakainya. Angin sejuk membuatkannya berasa menggigil. Satu senyuman manis dilemparkan kepada penjaga kaunter yang berusia lewat 50-an itu.
Wanita berusia 50-an itu membalas senyuman Jessica dengan mesra. Dia menyentuh bahu Jessica dan menepuk perlahan.
"Miss Jessica, boleh tunggu di taman dahulu. Sebentar lagi kami bawakan Tuan Kim. Tu.. Baby mesti tak sabar nak jumpa daddy dia kan?"
Jessica tergelak kecil apabila mendengar soalan wanita tua itu. Dia mengganguk kepala dan meminta izin untuk pergi ke taman terlebih dahulu.
"Jess tunggu dia kat taman. Thanks aunty "
Jessica menggenggam kedua tangannya kemas. Perasaan syukur tak terhingga mula bertandang di hati. Setiap hari dia melawat Taehyung menunggu lelaki itu bangkit dari tidur lenanya yang panjang.
Setiap hari dia berdoa moga lelaki itu bangun dari komanya. Berita gembira juga baru diperolehnya pagi tadi.
Doktor menyatakan bahawa Taehyung sudah sedar dari komanya. Bukan kepalang lagi terkejut wanita itu. Dengan segera dia bergegas ke hospital bagi menjenguk lelaki tersebut.
Namun, dia sendiri cuak. Adakah Taehyung dalam keadaan baik? Adakah Taehyung sihat?
"Miss Jessica, Tuan Kim dah sampai. Kami beri puan tempoh sejam."
Staf yang bertugas untuk tetamu vvip itu menolak kerusi roda yang diduduki oleh Taehyung.
Jessica menoleh pantas. Wajah pucat Taehyung menghiasi perkarangan mata. Jessica tersenyum dalam tangisan.
Terus ditariknya Taehyung duduk bersebelahannya. Taehyung hanya diam. Dia melilitkan lengannya di bahu Jessica.
Jessica memapah Taehyung untuk duduk di salah satu kerusi di taman. Setelah duduk bersama di kerusi tersebut, Jessica menyerang Taehyung dengan ciuman di seluruh wajah lelaki itu.
Jarinya mengelus lembut dagu Taehyung yang ditumbuhi jambang halus.
"Jess rindu Tae"ucap Jessica dalam nada ingin menangis. Tangisannya makin kuat apabila Taehyung langsung tidak membalas dengan apa-apa reaksi.
-tbc-
YOU ARE READING
[C]Mr Sugelus •Kth•
Romans"I love u Taehyung. Saranghaeyo, Kim Taehyung. F-forever. Tidur elok-elok Taehyung" - Jessica Park "Seokjin. Kim Seokjin, your worlwide handsome. Nice to meet you dear Jess." - Kim Seokjin Seorang lelaki asing yang menyelit masuk dalam hidupnya tela...