Flower 💕: 29

640 77 3
                                    

Belakang badan Taehyung diurut perlahan.
Omelan si isteri dihiraukan olehnya. Perit ditekak masih terasa akibat semua sisa makanan yang dimuntahkannya sebentar tadi.

Terasa badan begitu lesu dan tidak bermaya.

"Taehyung, awak okey tak ni? Muka awak pucat sangat ni"

Ditariknya peha Jessica lalu meletakkan kepalanya di atas peha wanita tersebut. Rambut blonde milik Taehyung dielus lembut oleh wanita tersebut.

Dipandang wajah Taehyung yang pucat lesi tersebut. Senyuman manis terhias kecil di wajah lelaki kacak tersebut.

"No, aku tak apa-apa baby. Pening kepala sikit je"

"Sikit apanya kalau dah sampai muntah-muntah ni. Muka awak pun dah pucat macam mayat ni."

Omelan jessica mencuit hati kecil Taehyung. Dia tidak pasti sama ada ini simptom-simptom penyakit kroniknya atau bukan.

Taehyung risau jika dia mengikut saranan Jessica untuk ke Hospital, rahsia besarnya akan terbongkar.

Tangan si isteri ditarik lalu dibawa menuju ke belakang mansion. Taehyung duduk di salah satu bangku yang tersedia di mini garden flower nya.

Kelopak matanya terkatup lembut apabila angin petang menerpa wajahnya. Digenggam tangan wanita tersebut lalu dikucupnya.

Suasana sunyi di taman bunga kecilnya menambah rasa duka yang tersimpan kemas di dalam jiwa Taehyung.

Mulutnya sedikit terbuka tatkala nyanyian kecil mula kedengaran. Kelopak matanya dipejam rapat menikmati bayu angin menghembus wajahnya.

"Wanna give you a flower,
From this lonesome garden,
Reminding me of you, mmm~.."

Jessica memejam perlahan kelopak mata menikmati nyanyian kecil lelaki tersebut. Angin lembut mula meniup-niup oksigennya. Seakan mengerti kesakitan dan kesedihan pasangan ini.

"I'd give you all and take,
This foolish mask off..
But I know, that I can
Never give you more than that,
Forever may be in the past,
Hide the ugly now.. "

Mutiara kecil mula bergenang di tubir mata Taehyung. Pantas tangannya menyeka air mata tersebut. Dada yang terasa berdenyut diurut perlahan. Perlahan-lahan nyanyiannya disambung.

"Cause I'm so afraid,
That in the end,
I'II leave again,
It may be sad, but what
Was I supposed to do?
I'm wearing mask
Again so I can see you..

But I still want you..
Ohh~ Ohh~ "

Taehyung membuka perlahan kelopak matanya. Pinggang Jessica dirangkul perlahan lalu bibir basahnya singgah mengecup permukaan dahi wanita tersebut.

Wajah disembamkan ke dada bidang si suami. Telinganya menangkap bunyi degupan pantas jantung lelaki tersebut. Dia tersenyum kecil tatkala mendengar degupan laju jantung Taehyung.

Hajatnya hanya satu. Moga Taehyung baik-baik sahaja. Bukan apa. Sejak kebelakangan ini, Taehyung kerap menguncikan dirinya di dalam bilik air.

Apabila keluar dari bilik air, langkahnya tampak perlahan. Badannya tampak lesu dan lemah. Tidak kurang juga pada wajahnya yang hampir sama pucat seperti kapur.

Pabila ditanya, pelbagai alasan dan jawapan yang keluar dari mulut lelaki tersebut.

Jessica mengeluh perlahan dalam pelukannya.

Tuhan, moga suaminya itu baik-baik sahaja.

-tbc-

Jangan lupa vote ya!

[C]Mr Sugelus •Kth•Where stories live. Discover now