Park? : 11

868 100 29
                                    

"Miss, ade tak perempuan yang baru check in nama Jessica Park?!"

"Maaf, tapi encik ni--"

"AKU JIMIN PARK, ABANG KANDUNG DIA! BERAPA NOMBOR BILIK DIA BAHENOL?!"

Amarah jimin apabila jururawat tersebut terkebil-kebil memandangnya

"B-bilik 104 aras--"

Belum sempat jururawat perempuan tersebut menghabiskan ayatnya, jimin terlebih dahulu berlari ke arah lif.

Punat aras 2 ditekannya.

Sebaik sahaja pintu lif terbuka jimjn terus keluar sambil matanya liar mencari nombor bilik 104

"104,104,104 HAA tu pun!"jerit jimin lalu berlari ke arah taehyung yang sedang berdiri di luar wad

"Huf! Ma-macam mane keadaan jess??"

"Sabar jimin sabar. Jess tak ape-ape. Dia cuma pengsan akibat terlalu terkejut. Ehe, sorry cakap dekat kau yang jess pengsan macam dah nak mati. Dia yang suruh aku buat"beritahu taehyung sambil tersengih

"Ish! Aku ingat tadi dah nak mati dah minah tu sekor! Baru nak buat tahlil!"omel jimin lalu menghenyak kasar punggungnya di kerusi yang disediakan

"Chill arr jimin. Macam kau tak biasa jess buat macam ni kat kau"

"Chill kepala banana kau! Aku dari office, bersesak kat jammed macam nak mampus kau tau?!"

Terburai terus tawa taehyung apabila abang iparnya, jimin mencarut menggunakan bahasa buah.

Haish, tak padan dengan pendek. Muka pula ala-ala barbie-doll gitu. Tapi, sekali mencarut habis jahanam

Tawa taehyung berhenti apabila pintu wad dibuka oleh doktor lelaki yang merawat jessica.

"Macam mana keadaan isteri saya, doktor?"soal taehyung sambil mendekati tubuh doktor yang lebih tinggi darinya itu.

"Oh, isteri kamu tak apa-apa. Dia cuma pensan akibat terkejut. Dan kamu boleh melawat dia sekarang. Pukul 4 nanti dia boleh check out"ujar doktor tersebut

"Baiklah doktor--"

"Oh Sehun. Doktor Oh Sehun"

"Oh, doktor Oh Sehun. Baiklah, kamsahamnida doktor"ucap taehyung sambil tersenyum

"Cheonma"balas doktor Oh Sehun sambil memandang pelik ke arah jimin yang menatapnya dengan pandangan maut

Hilang sahaja kelibat doktor Oh Sehun, terus jimin menggulingkan matanya.

"Cis, apahal tinggi dia tu lain semacam. Dah macam tiang elektrik tepi rumah jiran sebelah aku dah"bebel jimin seorang diri

TO BE CONTINUE___🌻

[C]Mr Sugelus •Kth•Where stories live. Discover now